Isnin, 29 Oktober 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 4


“Mak, mana abang Wafie mak? Mana, mak?” Mak Senah dari tadi hanya menangis tak berhenti-henti. Aku pandang satu persatu adik beradik Wafie yang nyata turut sama menjatuhkan air mata. Aku terduduk lesu di sisi Mak Senah. Wanita yang aku gelarkan mak ini adalah Mak Wafie. Aku tak dapat lagi menahan sebak yang sedari tadi aku tahan. Melihatkan keadaan mereka, aku bertambah yakin aku tidak dapat lagi melihat Izzat Wafie.

                “Sabarlah Filza. Allah lebih sayangkan dia.” Ucap Abah Zaid yang sedari aku tiba tadi hanya berdiri membisu.

                “Saya baru je jumpa dia tadi bah. Kenapa benda ni jadi? Ya Allah kenapa kau ambil nyawa insan yang aku sayang?”

                “Filza tak baik cakap macam tu. Apa yang dah berlaku tak dapat kita nak sangkalkan. Ini semua takdir nak. Abah ni abah kepada Wafie, abah relakan pemergiaan arwah. Jadi Filza sebagai tunangnya harus juga merelakan pemergiaanya. Dah sampai janji dia dengan Allah. Kita tak dapat nak buat apa lagi dah nak.”

                Hanya tangisan yang mampu aku berikan. Kenapa hati aku tak secekal abah? Kenapa?

                “Atin, kau bawa Filza balik ke rumah abah dulu. Esok jenazah akan di kebumikan di kawasan rumah abah. Takut lagi teruk nanti.” Arahan yang muktamat telah abah berikan. “Ana, Asyraf. Ikut kak Filza balik rumah. Abah dengan mak nak uruskan jenazah along.”

                Dengan berat hati, aku melangkah keluar bersama Atin dan adik-adik Wafie, Ana dan Asyraf. Sunyi sepi sepanjang perjalan ke rumah abah. Masing-masing mengalirkan air mata. Aku masih lagi setia mengalirkan air mata di atas apa yang berlaku pada malam ini.

                “Filza.” Panggilan Atin hanya aku sahut dalam hati. “Kau dah bagi tahu mama dengan ayah kau?” Aku geleng. Sesungguhnya aku tak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Atin dengan keadaan aku yang begini. Hidung tersumpat. Hingus bertakung. Mata, bengkak !

                “Bagi tahu dia orang lah. Esok nak kebumikan arwah. Tak kan dia orang tak nak datang.”
                Aku hanya menjawab dengan perlakuanku. Handphone di keluarkan lalu menekan-nekan nombor ayah.

                “Hello Assalamualaikum.” Aku biarkan sunyi. Salam dijawab dalam hati. “Filza.....?”

                “Errrr... ayah.....” dalam sendu aku cuba membuka bicara.

                “Kenapa ni?Nangis pula anak ayah ni?”

                ‘”Abang Wafie......”

                “Kenapa dengan Wafie....?”

                “Dia....dia...”

                “Jangan buat ayah risau. Kenapa dengan Wafie.” Suara ayah mulai tegas.

                Aku masih lagi cuba menahan sendu supaya ayah jelas mendengar apa yang akan aku katakan nanti.

                “Abang Wafie dah meninggal.....” Pecah terus tangisan yang baru mula reda sebentar tadi. “Dia dah tak ada ayah..” Tangisan ku semakin menjadi-jadi.

                “Ya Allah, kau jangan main-main Filza. Kau ingat benda ni kelakar ke?”

                Pilu lagi hati aku dibuatnya. Ayah pun tak percaya. Inikan aku yang baru sahaja berjumpa dan bermaja dengan tunang aku tu.

                “ Betul......”

                “Atin mana? Bagi ayah bercakap dengan dia. Kau tu bukan boleh percaya, kalau dah bergaduh main cakap ikut sedap mulut saja.”

                Aku serahkan handphone itu ke tangan Atin. Lagi kuat tangisan aku. Ana dan Asyraf yang tadi sudah reda, kini kembali menagis mendengar tangisan aku.

                “Ye pakcik.. pakcik datanglah sini. Esok Abah Zaid dengan Mak Senah akan kebumikan arwah lepas Subuh insyaAllah.”

                Hanya itu sahaja aku dengar perbualan Atin dengan ayah. Aku tak ambil pusing akan itu semua. Yang aku fikirkan hanya Izzat Wafie Zaid. Aku masih lagi tak percaya  apa yang dah berlaku.

********************************
                Sudah dua bulan arwah selamat di kebumikan. Tapi aku tetap macam ni. Pembelajaran aku teruk. Boleh ke aku sambung study dekat tempat yang penuh dengan kenangan antara aku dengan Izzat Wafie. Insan yang sangat aku sayang, pergi tinggalkan aku tanpa tanda.

                Sedang aku kusyuk mengelamun, alunan lagu Lonely No More membelah kesunyian.
                “Assalamualaikum Prof....Baik, nanti saya datang.”

                Aku tergesa-gesa mengemas barang masuk ke dalam beg. Lalu meninggalkan Atin yang kusyuk mentelaah di perpustakaan.

                “Oi nak pergi mana?” Langkah terhenti. Atin ni lah, kalau bercakap tak reti nak perlahan. Main ikut sedap je, bukan nak tengok tempat ke apa.

                “Prof. Syikin nak jumpa aku. Chaw dulu.” Aku berlalu tanpa menoleh ke arah Atin.


Tokk ! Tokk ! Tokk !

                Pintu di ketuk dari luar. Kedengaran suara Prof. Syikin memberi arahan masuk.

                “Assalamualaikum Prof.” Tegak aku berdiri di hadapan Prof muda seorang ini.

                “Waalaikummussalam. Hah, Nur Filza Iman. Have a sit please.”

                “Ada apa prof nak jumapa saya ni?”

                “Begini Filza. Awak ada apa-apa masalah ke?”

                Kerutan di mukaku mungkin jelas kelihatan di saat ini.  “Maksud Prof.?”

                “Mengikut record awak. Keputusan test-test dan quiz-quiz awak  tak pernah seteruk ini sebelum ni.” Aku diam. Tak tahu nak menjawab apa. “Awak ada masalah ke?”

                “Errr... tak ada Prof.”

                “Awak jangan bohong saya Filza. Saya bukan baru sebulan dua dekat sini, dan awak bukan yang pertama macam ni. Awak ada masalah, awak boleh cerita pada saya. Kalau boleh saya bantu atau beri pendapat saya akan lakukan sebaik mungkin.”

                “Err.......”

                Mahu tidak mahu aku terpaksa membuka cerita yang aku simpan selama ni. Bukan aku mahu semua ini terjadi. Fikiran aku masih pada Izzat Wafie. Aku masih tidak boleh fokus. Setiap kali ingin aku buka buku, pasti pesanan dari Wafie akan berlegar-legar di kepala. Pasti bayang Wafie akan hadir bila-bila masa. Mengingatkan aku segala kenangan yang tercipta antara aku dengan dia. Memang bagi orang yang memandang itu cuma alasan, itu hanya helah aku. Tapi siapa mereka untuk faham situasi aku? Mereka tak akan faham dan mereka tak akan pernah faham kerana mereka bukan di tempat aku.

                “Begini lah Filza. Saya nasihatkan awak berehat buat sementara waktu. Benda ni akan jadi serius kalau awak terus berkeadaan begini. Tidak mengapa kalau awak rehat buat sementara dan sambung semula selepas awak reda dari kejadian ni. Saya bukannya apa, saya cuma takut kalau-kalau awak akan repeat mana-mana paper untuk semesta last ni. Lagi pun kalau boleh saya tidak mahu student saya graduate dengan pointer yang cukup-cukup makan sahaja.”

                Keluar sahaja dari bilik Prof. Syikin aku terus memberi pesanan ringkas kepada Atin.
‘ Atin, aku balik terus. Kau balik dengan Reza nanti. Sorry.’

*******************************************
                Apa hal lah pulak minah ni nak balik awal pula? Bukan ke ade kelas kejap lagi. Filza...Filza... Dia sendiri kasihan tengok keadaan sahabatnya itu. Semenjak arwah Wafie meninggal dunia. Hidupnya cukup serabut. Makan minum tidak menentu. Rutin harian seperti beku, lumpuh. Tiada lagi Filza Iman yang dia kenal sebelum ini. Tiada lagi senyuman yang terukir di wajahnya.

                Pernah satu hari, dia dan Reza membawa Filza untuk menonton Maharaja Lawak akhir secara langsung. Ini semua di sebabkan ingin melihat Filza tersenyum dan ketawa semula. Tapi hampa. Filza langsung tidak tersenyum. Inikan pula mahu ketawa. Lebih teruk lagi, Filza balik ke rumah tanpa memberi tahu mereka. Katanya ingin ke tandas, tapi tidak muncul-muncul selepas itu. Hanya kiriman pesanan ringkas sahaja yang di terima dari Filza, itu pun setelah persembahan habis.

                “Hoi mak cik ! Termenung  je kerja kau kan.”

                Bagai mahu tercabut jantung Fatin Daliana di atas sergahan Reza Hakimi. Mamat selenge ni, aku back hand karang baru tahu. Bikin hati gua panas je.

First, kau ni memang tak ada adab ke? Second, kaw ni memang tak reti nak fikirkan orang ke? Buat kata aku ada sakit jantung ke , lemah semangat ke macam mana? Kau nak tanggung?”

Tersengih-sengih si siput sedut ni. Macam handsome sangat nak sengih-sengih kat aku kan.

“Ala aku minta maaf lah mak cik. Aku tahu kau sihat, tu sebab aku berani buat. Kalau kau ada penyakit tu memang aku tak buatlah. Kau jangan risau. Aku ni lelaki yang paaaaaaling baik dalam dunia ni. Itu perlu kau tahu. Fakta bukan auta.”

                Fakta bukan auta dia cakap? Akulah kalau diberi percuma pun aku tak naklah dengan si siput sedut ni. Menyemak, menyakitkan hati, apa lagi yang tak ada. Semua cukuplah.

                “Apa pandang aku macam tu?” Reza buat mata terkebil-kebilnya itu. Dia ingat dia cute ke buat macam tu. Oh,memang tak lah. “Aku handsome eh?”

                Apa pasallah aku kenal dengan dia ni. Perasan gila. “Fil, suruh aku balik dengan kau.”

                “Hah? Kau nak balik dengan aku? Demam ke apa kau ni? Tak larat lah motor aku nak tampung berat badan kau. Dah lah gemuk. Semput motor aku nanti.”

                “Hoi, kau ni kalau bercakap tak menyakitkan hati aku tak boleh ke? Kau tahu tak mulut puaka? Tahu? Mulut puaka tu pun tak busuk macam mulut kau.”

                “Mana ada mulut aku busuk. Aku gosok gigi apa. Nak kata aku merokok, pegang kotak jelah yang aku penah. Nak kata aku makan petai, aku tak makan pun lagi dari pagi.” Kata Reza sambil menghembus nafasnya ke tapak tangan sambil cuba untuk menghidu wap mulutnya sendiri. Mana tahu memang betul busuk. Malu dia.

                “Kalau kau tak nak tumpangkan aku tak apalah. Tak payah nak kutuk-kutuk. Dah aku chaw dulu, ada kelas.” Sambil mengemas barang-barang masuk ke dalam beg galasnya.

                “Lah, sensetif lah pula kau ni. Tapi semput la weh motor aku.”
                “Motor  kau tu tahap dah boleh jual kat besi buruk je. Tak payahlah, aku boleh balik naik teksi. Terima kasih. Adios...”

                “Ni lah yang malas nak bercakap dengan perempuan. Cakap sikit mula nak tegang. Cakap sikit mula nak sentap.”

Kata-kata Reza langsung tak di endahkan oleh Fatin Daliana. Bengkak sungguh hatinya. Dia memang tidak boleh rapat-rapat dengan lelaki jenis begitu. Memang tak akan ngam. Mulut kalah mulut ahli-ahli mesyuarat tingkap. Puaka habis mulut si siput sedut ni.

Kalau tak di sebabkan Reza tu kawan baik kepada Filza, dia tak akan sesekali bertemu muka apatah lagi mahu bercakap dengan lelaki yang menjengkelkan itu.


“Kak ! Kak!” siapa pulaklah yang berkakak kakak dekat sini ni.

“Kak ! Kak Atin !” sepantas kilat kepalanya lipat kebelakang. Ingin mengetahui gerangan siapa yang memanggil itu, yang paling penting penggunaan’kakak’ itu sangat-sangat tak rasional. Aku muda lagi kut, tak kan nak panggil kakak. Jatuh saham aku. Nampak sangat dah tua. Tak boleh, di biarkan.

Excuse me. what did you call me just now? Kakak?” Gadis di hadapannya itu terangguk-angguk. Wajah dah pucat dah. Takutlah tu aku marah. Hahaha. Jahat tak aku? Serta merta wajah Fatin Daliana berumah menjadi manis bila melihat wajah juniornya itu bagaikan baru nampak hantu.

 “Apalah adik ni. Kalau nak panggil kakak, panggil pelahan sikit. Nampak sangat akak dah tua. Jatuh saham nanti.” Gadis itu kembali tersenyum bila melihat kemesraan Fatin Daliana.

“Hah, ada apa panggil akak?”

“ Errr .. kawan saya suruh tanya. Errr...” Apa punya pelik nak tanya pun takut-takut. Aku ni bukan harimau nak makan orang.

“Tanya apa? Cepatlah akak ada kelas ni. Ni pun dah lambat.” Terang Fatin Daliana sambil melihat jam. Alamak dah pukul 2.15 p.m ! Mampus aku. Dahlah kelas Encik Badrul. “Nak tanya ke tak nak ni?” Dia dah mula tidak senang duduk kerana takut akan dimarahi oleh pensyarah Akaun itu.

“Akak dengan abang Reza tu, couple eh?”

Gulp ! Macam ada batu terhempap kat atas kepala aku sekarang ni. “Apa punya soalan ni dik. Akak dah lambat ni. Akak pergi dululah.”

Fatin Daliana meninggalkan gadis itu tanpa jawapan yang kukuh. Sungguh tidak masuk akal jika Fatin Daliana dan Reza Hakimi ber-couple. Ush ! mintak simpang la weh. Tergeleng-geleng kepalanya bila memikirkan soalan yang tak logik itu. Biasalah tu budak-budak.

Ops ! Wait a minutes ! Ada budak perempuan tanya aku pasal Reza? Reza Hakimi? Tanya aku couple ke tak dengan Reza Hakimi? What the.... ada orang minat dekat Reza? Handsome ke mamat tu sampai ada orang yang nak dekat dia? Atau mata budak tu dah rabun tahap keronik? Tak mungkin, tak mungkin. Benda pelik ni.

Langkah masih di teruskan. Tapi kenapa.... apa pasal aku lalu semua orang pandang semacam dekat aku? Aku pakai baju terbalik ke? Kalau terbalik dah lama dah Filza tegur. Aku melihat baju kurung yang membaluti badan. Aku periksa tudung yang terletak di kepala, mana tahu terkena tahi burung ke, apa ke.

“Atin ! Atin !” sekali lagi kepala aku lipatkan ke belakang. “Mun.. kenapa?”

Mun yang termengah-mengah itu memusingkan tubuh Fatin Daliana membelakanginya.

“Ni ha...” sambil menunjukkan kertas yang dia ambil di belakang tubuh ku. “Bila masa?”

Membuntang biji mata Fatin Daliana melihat contengan di atas kertas itu.

“Rezaaaaaaaaaaa ! ! ! !” nyaring sekali jeritan yang terkeluar dari bibir Fatin Daliana ketika ini. Tiba-tiba jeritan itu terhenti apabila suara Encik Badrul.

“Fatin Daliana!” wajah Encik Badrul sudah berada di hadapan mata. Mati aku, mampus aku.

“Awak kenapa? Sawan? Dah la datang kelas lambat. Terjerit-jerit macam orang kena sampuk ni kenapa? Awak berdiri sekarang dekat depan kelas ni sampai habis waktu.”

Wajah yang bengang sebentar tadi terus menikus mendengar suara Encik Badrul yang bagaikan naga bunting itu. Sudahlah bengang dengan Reza Hakimi, di tambahkan lagi bengangnya dengan denda yang di beri oleh Encik Badrul. Nasib kau lah Fatin Daliana. Agak malang kau hari ini.

“Encik Badrul, bagilah saya duduk. Lenguh kaki saya ni.” pinta Fatin Daliana dengan nada sedih.

“Bagi saya lima sebab kenapa awak datang lambat? Awak pun dah nak ikut jejak langkah Filza Iman ke? Suka termenung sana sini. Bagus sangatlah anak dara suka termenung.”

Apa masalah orang tua ni nak samakan aku dengan Filza. Dia tak tahu apa-apa jangan lah suka nak tuduh-tuduh orang. Ni lah masalah pensyarah seorang ni, suka sangat bom orang tanpa selidik dulu. Aku fikir aku dah janji dengan Filza je, kalau tidak dah lama aku buka cerita ni. Bagi semua orang tahu perkara sebenar.

“Kan bagus kalau minta alasan dari saya awal-awal. Tak adalah lenguh kaki ni kena berdiri. Encik minta lima kan? Sebelas saya boleh bagi.” Fatin Daliana menyedut sedalam mungkin nafasnya sebelum memberikan alasan-alasan kepada Encik Badrul.

“Yang pertama, saya lambat sebab saya kena ganggu dengan kawan kepada kawan saya dekat library tadi. Kedua saya tak perasan jam dah menunjukkan pukul 1.55 petang.dan seharusnya saya sudah ada dekat dalam kelas ni. Yang ketiga, waktu saya dalam perjalanan datang ke sini, ada seorang budak, entah datang dari mana tahan saya. Semata-mata nak tanya saya benda yang tak logik. Yang keempat saya kena tunggu budak tu tegagap-gagap nak tanya saya soalan. Macam ni, kak Atin....Errrr...Errrr.” Fatin Daliana mengajuk semula cara gadis yang menahan perjalannya tadi.

“ Kelima, saya tercengang dengan pertanyaan yang budak tu tanya, so benda tu dah makan 2 minit untuk saya kembali kepada keadaan yang waras. Keenam, waktu saya on the way nak pergi kelas akaun Encik Badrul ni, semua student pandang saya macam saya pakai baju terbalik,membuatkan saya sangat tak selesa. Yang ketujuh saya di tahan sekali lagi oleh kawan saya. Kelapan saya tanya dia kenapa dia termengah-mengah kejar saya. Kesembilan dia menunjukkan sesuatu yang terlekat dekat belakang baju saya. Kesepuluh saya terkejut dan tanpa sedar saya terjerit dan akhir sekali yang kesebelas saya lambat kerana saya terkejut dengar suara Encik Badrul panggil saya.” Mengah dibuatnya. Kalah Malique rap ni.

“ Encik Badrul, boleh saya duduk sekarang?”' Tanpa menunggu jawapan dari pensyarah yang sudah beruban itu, Fatin Daliana melangkah ke kerusi kosong di bahagian belakang kelas.

“Ni lah budak sekarang. Kita tanya sikit, jawab saja kerjanya.” di geleng-geleng kepalanya. “Ok kelas, kat mana kita tadi?”


Manalah teksi ni. Tadi aku call, kata tengah on the way. Jauh sangat ke nak datang sini untuk jemput aku.

Tinnn ! Tinnnn !

                “Oh teksi datang betul-betul.....depan aku !” Latah Fatin Daliana.

                Sesumpah  manalah yang kurang di ajar ni. Bikin jatuh aku punya air muka saja.

                “Oi Atin, jom aku hantar kau balik.” Pelawa Reza Hakimi sambil menjongket-jongketkan kening tebal miliknya.

                Si siput sedut ni ! Memang sengal betullah. Eeee menyampahnya aku. Dia fikir aku tergoda ke apa buat muka macam tu. Honda C70 yang sudah tersedia di depan mata, dengan topi keledar hello kitty merah jambu itu, betul-betul membuatkan hati Fatin Daliana segan ingin menerima tawaran daripada Reza Hakimi. Si Filza Iman ni pun satu, ada ke patut suruh aku naik sesumpah ni dengan mamat tak berapa nak betul ni. Tiba-tiba... Nada deringan handphone Fatin Daliana berbunyi. Panjang umur kau Fil...

                “Hah makcik! Kau suruh aku naik sesumpah ni dengan si siput sedut ni?” Tanpa memberi salam terus sahaja di hembur rasa ketidak puasan hatinya. “Aku rela naik teksi lah Fil..”Senyap lagi. Barang kali kena bebel dari Filza Iman. Reza Hakimi masih setia menanti untuk menghantar Fatin Daliana pulang. Arahan Filza Iman pasti tidak akan dia hampakan. Dia kenal dengan Filza Iman dari awal persekolahan lagi. 

“Ish..yelah, yelah. Aku naik.” Huluran topi keledar dari Reza Hakimi di sambut dalam rela dan paksa.

                “Atin, cuba kau senyum sikit. Karang makin semput motor aku kalau kau masam mencuka ni. Apa pasal kau sombong sangat dengan motor aku ni?”

                “Banyak songeh kau kan. Jalan lah, cepat.” Fatin Daliana menarik muka.

                “Eleh, mahu tapi malu pula.”

                Memang aku malu pun. Naik sesumpah ni. Harap-harap sampailah aku kat rumah dengan selamat. Amin..

                Reza Hakimi bersiul-siul sambil tersenyum melihat perlakuan dan wajah Fatin Daliana yang bagai asam kecut.


bersambung.....

KLIK untuk sambungan.... ----> Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 5
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]

2 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

best2... klau bleh konflik dia jgan jhat sngat ya writer.. smbng lgi ya, lpsni uat la wtak lepa dah kahwin ka? haha. bru best..

cikzidafira berkata...

Ruunna Qizbal ... insyaaAllah dalam prosess.. ;) tengah ketandusan idea sket skang ni :)