Khamis, 4 Oktober 2012

maafkan aku


salah aku jugak sebab aku yang start masej dia dulu. dia ? sape ? ex aku.. aku just nak tanya pasal tangan dia dah buka simen and da cabut besi ke belum. alhamdulillah everything was okey.. aku suka dengar tangan dia dah elok? tangan dia patah hari tu hampir nak putus nadi dia but tak putus la.. kalau putus rasanya dah....ermmmm forget about it. aku takot . oke lepas tu ntah macam mana dia tanya aku .. betul ke memang tak ada ruang langsung dalam hati aku untuk dia? sedangkan dia tak pernah lupa walau sesaat pasal aku dengan dia.. yeke? entah lah.. harap die tak borak.. hurmmm..kasihan aku baca masej dia.. nak buat macam mana.. time aku ada kau tak hargai.. bohong dalam hati aku langsung tak ingat walau satu moment pon pasal aku dengan dia... dia yang first ! i mean dia org pertama yang betul-betul aku sayang.. dululah.. kantoi ngan parents aku pon waktu dengan dia jugak.. banyak pahit dari manis.. tapi aku tetap harapkan yang terindah.. masa tulah..

jujur aku kata masih ada sediket ruang. aku keraskan hati aku supaya jangan jatuh lagi dekat dia. aku sengaja ! sebab aku dah ada pakcik. aku pernah bagi tahu dia. cukup lah sekali.. adakah ini maknanya aku bagi dia harapan? sedangkan aku mengaku dekat dia, bahawa dia hanya kawan aku.. tak lebih dari tu. aku mengaku kat die yang aku tak nak bagi dia harapan.

apa yang aku cakap dekat dia malam tadi something yang menyakitkan.. cozzz aku jugak rasa saketnya.. adakah makna aku sayang dia lagi? errr aku harap tak..

salah satu sebab aku tak suka couple-couple ni coz bila dah putus mesti ade rasa feeling lagi.. susah nak jumpa orang yang cepat melupakan..but aku tahu ada . sebabnya lagi aku tak berapa suka nak involve couple-couple ni sebab bila dah putus nanti langsung tak boleh jadi member..

aku tak suka lah macam ni.. nanti aku tersakitkan hati orang..aku terbagi harapan sedangkan aku tak nak benda tu. aku memang tak ramai kawan lelaki.. yup aku akui.. tapi yang datang dekat aku mengharapkan kasih lebih dari seorang kawan.. kenapa? aku takot kau faham tak.. aku takut aku saketkan hati orang lagi..

kenapa semua ni jadi sedangkan aku tak nak. aku rela lepaskan kau dulu..but bila aku dah lepaskan.. kau datang lagi...kau tahu hati aku lemah.. sebab tu kau datang? macam tu? dan kau pula tak rela nak lepaskan aku sedangkan terang-terang aku bukan couple dengan kau lagi?

perlu ke ade feeling yang macam ni? tak pasal-pasal aku saketkan hati kau.. aku sama turut sakettt.. aku juga yang menitiskan air mata sebab hati aku sakett sangat...

aku harap kau jumpa orang lain yang lagi baik dari aku.. kalau kau nak aku juga.. doa lah.. supaya aku bertemu jodoh dengan kau.. jika sudah di tetapkan yang aku bukan untuk kau.. pergilah.. tapi jangan tinggalkan aku sebagai kawan kau. sebab kau ada di sudut hati kecil aku atas dasar kawan yang selama ni aku terapkan walaupun seksa yang amat.. tengok kau bahagia dahulu.. dalam masa yang sama aku saket sebab perbuatan kau..

aku dah lama maafkan kau.. cuma.. aku tak kan sesekali lupa apa yang kau dah buat dekat aku...

tatkala kau pergi.. ada yang menghampiri..aku tahu dia juga turut sama rasa bertapa sakettnya hati...

sayang yang hadir dalam diri untuk kau hanya atas dasar kawan...kerana hati aku telah banyak kali terluka...

MAAFKAN AKU......


Tiada ulasan: