Jumaat, 12 Oktober 2012

terima kasih kerana menemani..

dari dulu sejak kau kenali diri aku. kau sentiasa hadir tatkala aku kesedihan. persoalannya kenapa? adakah kau masih menyayangi atau masih mahukan aku kembali seperti dahulu ? jika itu lah maksud mu , aku mintak maaf kerana aku tidak dapat membenarkan pintu aku terbuka untuk mu lagi. biarlah kita hanya ber'title' kan atas dasar kawan, sahabat dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

bukan aku menafikan apa yang ada di dalam hati ku. bohong jika aku katakan tiada rasa kasih kepada kau yang selama ini menyinta.. tapi kasih itu biarlah terbuku di lubuk hati ku yang paling dalam.

terima kasih kerana kau masih sudi mendengar esak tangisku. kau seorang yang pandai memujuk ku.. itu aku akui. aku rasa selesa kerana kau tidak melupakan aku dan masih mampu memegang atau menggenggam perhubungan kita itu walaupun atas dasar sahabat walupon jauh di sudut hatimu , aku tahu kau terluka. kau kecewa.

tapi kekecewaan mu tidak sehebat kekecewaanku yang dahulu. maaf. & terima kasih. kata-kata yang paling sesuai aku ungkapkan di saat ini.

terima kasih kerana meminjamkan bahu mu untuk aku lepaskan tangisanku. walaupun tak seberapa aku masih tetap menghargai..

aku tidak mampu untuk berterus terang dan berkata-kata di atas tulisan ku ini kepada kau. kerana aku takut aku terbagi harapan. cukup dan sudah lah. masa lalu yang manis dan pahit kita lupakan.

sekarang antara kau dan aku hanya atas dasar sahabat.

JIKA benar kau tetap mahukan aku yang tidak seberapa ini, angkatlah tanganmu dan ber-DOA kepada DIA yang ESA.

insyaAllah..jika aku pemilik tulang rusuk kirimu...jodoh kita tak kemana...

terima kasih kerana menemani..



*jiwang pulak aku ni.

Tiada ulasan: