Selasa, 27 November 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 8



Semua itu hanya tinggal kenangan. Tiada lagi Izzat Wafie dalam hidupnya. Biarlah Izzat Wafie tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Aku bangun lalu mendapatkan frame gambar yang elok terletak di atas meja sebelah katil. Hati oi tolonglah keras sikit. Perlahan-lahan aku letakkan frame gambar itu di dalam kotak yang menempatkan kesemua barang yang diberi oleh arwah tunangku.

Tudung yang tersangkut di hadapan pintu aku capai. Ingin meneruskan langkah ke pusat karaoke di bandar. Tujuan aku hanya satu, mahu melepaskan segala yang terbuku di dada.

“Ma! Keluar kejap!” tanpa menunggu kata putus dari mama aku terus mencapai kunci kereta.



Suasana di Buzz karaoke pada petang ini kelihatan lengang. Ini kalau hujung minggu pasti sesak. Aku terus menuju ke kaunter.

“ Bang, sejam.” pemuda yang sedang ralit bermain permainan komputer mengangkat muka.

“ Eh, kak Iman !”

Aku yang leka melihat dua orang pemuda yang sedang bermain snoker berpaling. Patutlah aku macam kenal saja mamat ni.

“Lah.... Kau Fiq. Kau buat apa kat sini?” aku teruja dalam bersahaja.

“ Aku kerja kat sini lah kak. Pergi mana selama ni, menghilang?” bertuah punya budak, hari ni baru kau nak tanya aku ke mana? Sewel !

“ Akak study kat Johor lah. Asal tak tahun depan saja kau tanya?” Zulfiqha tergelak mendengarnya sambil jari sibuk menekan keybord komputer.

“Nah, bilik A7. Special untuk akak.” Aku mencapai remote yang di beri oleh Zulfiqha.

Chaw dulu.”

Bereh boh....”

Setengah jam berlalu, Zulfiqha masih meninjau-ninjau kelibat Iman di dalam bilik A7. Pelik di buatnya, tak pernah-pernah Iman ke pusat karaoke seorang diri begini. Buang tebiat apa orang tua ni.

Dingin malam tirai kenanganku,
menyerlahkan segurun ingatan,
terciptalah rimba kehidupan,
percintaan dalam perjuangan.

Kesetiaan sebagai bekalan,
bisikan ku penuh pengharapan,
tiada garis dapat memisahkan,
segalanya kudrat mu tuhan.

Bertambah berkerut kening Zulfiqha mendengarkan lagu nyanyian Iman. Sungguh perempuan ini bukan begini perangainya. Hidupnya dulu bergelumang dengan dosa. Apa dah jadi sekarang? Perempuan ini sekarang dah bertudung? Baju yang di pakainya pun sudah lain. Lamunan Zulfiqha terhenti tatkala mendengar nyanyian korus Serikandi Cintaku dari Iman.

Kan ku usung oh jenazah cinta,
semadikan nisan kasih suci,
semangatmu tetap bersamaku
selama pasti...

Iman menyeka air mata yang jatuh mencurah-curah di pipinya. Sungguh aku rindukan kau Wafie!  Aku akan cuba lupakan kau perlahan-lahan. Aku tidak kuat untuk melupakan kau dalam sekelip mata.

Setelah habis sejam. Aku keluar dari bilik karaoke itu. Aku ke kaunter untuk pulangkan remote . Baru kira-kira hendak melangkah balik.....

“Kak!” Apa hal mamat ni? Iman mematikan langkahnya.

“Hah, apa hal?”

“ Lepak jom? Aku dah habis kerja.” Iman melihat G-Shock kuningnya yang terletak elok di tangan kirinya. Dah pukul 6 petang. Hurm....boleh lah.. Da lama aku tak layan mamat seorang ni.

“ Ok. Tarahal.. Kat mana?”

“ Kau tunggu jap kak. Aku ambil barang.” Iman mengangguk.

Tak sampai lima minit. Zulfiqha sudah berada di hadapannya.
“Ok. Jom. Ikut aku.”

Aku mengikutnya. Langkah di atur mengikut rentak mamat ranggi ni . Langkah kami terhenti tatkala di hadapan kami sebuah kedai mamak yang satu-satunya ada di dalam mall ni.

Kami mengambil tempat di sudut kedai. Kata Zulfiqha, tak best lah kalau bising-bising bila nak berborak dengan aku. Apakah? Mereng kot mamat ni. Tak pun terlebih cocok.

Dah dekat lima minit aku duduk dekat kedai ni tapi sepatah haram pun mamat ni tak bercakap. Kata nak lepak tapi dia pulak yang senyap.

“Aaaaaa....” Dua-dua memulakan bicara. Zulfiqha tergelak tapi aku masih bersahaja.

“Lady first.” Ceh konon nak macho-macho lah dengan aku...

“Apa pasal baik sangat dengan akak?”

Zulfiqha membuat kening double jerk. “ Aku memang baik dari dulu kak. Kau je yang tak perasan.” Iman senyum sinis. Baik lah sangat.

“ Kak, aku tanya boleh?” Iman hanya mengangguk. “Apa dah jadi?”

Kerut seribu kening Iman. “Jadi apa?”

“ Ala kau ni kak. Buat-buat tak tahu lah pulak.”

“ Tahu apa?”

“ Kau dengan Hacks.”

“ Oh mamat tu? Ok je. Kenapa?”

“ Kau dengan dia dulu couple kan?” aku terkedu. Dia kata aku couple dengan si toye tu. Apa aku ni tak ada taste ke?

“ Bila masa akak couple dengan dia?”

“ Ala...dulu tu apa? Lepas tu datang mamat mana rembat kau. Melopong habis la si Hacks tu aku tengok kak.”

“ Akak tak suka kau tuduh orang tanpa sebab Fiq. Kau tak tahu tentang Wafie kau jangan cakap apa-apa.”

“ Ok-ok. Sorry ok kak? Aku minta maaf.” dia merapatkan kedua tapak tangannya sambil membuat muka sedih. “ So Hacks macam mana?”

“ Hacks macam mana apa? Akak tak pernah syok kat dia pon. Dia kawan je lah.”

“ Tapi kak.. Lepas kau blah kan. Hacks hilang. Red Black pun dah tak macam dulu.”

Aku pula yang buat kening double jerk. “Apa kes?”

Kitorang mana hebat macam akak ngan Hacks... Skill tak bayak mana.”

“ Benda boleh belajar.”

                Zulfiqha senyap. Di godak-godaknya air epal di dalam gelas tinggi itu. Terimbas kembali semua kenangan dulu. Zaman tak matang semua mahu di cuba. Alhamdulillah aku tersedar daripada alpa dengan permainan dunia. Aku mula berkenalan dengan Izzat Wafie dan dia mengubah semua perkara yang  tidak elok yang ada pada aku. Seorang lelaki yang pada mulanya aku lihat kuno tetapi lelaki itulah yang membuatkan ada getar di dalam jiwa.

“ Kak, jom pergi port ?” G-Shock kuning aku lihat. Dah 6.30 p.m . Aku gelengkan kepala menandakan tidak. Lambat balik karang mati aku kena rembat dengan ayah.

“Sorry la Fiq. Akak kena gerak balik lah. Dah lambat ni.”

“ Awal lagilah kak. Siang lagi ni. Ala, kalau kau takut balik malam nanti, aku follow belakang lah.”

Next time lah. Lagi pon akak banyak kerja tak setle kan lagi ni. Al maklumlah, orang busy..”

Dia diam sejenak. “ Ok lah. Bila free lagi ni? Aku nak bawak kau jumpa budak-budak kita.” Dia tak kan sesekali memaksa Iman untuk mengikut kehendaknya. Dia ingin membuat kejutan kepada red black dengan kemunculan Iman yang menghilang tanpa berita, tapi hampa. Perempuan ni macam ada sorok sesuatu dari pengatahuannya.

“ Akak bukan red black lagi Fiq. Zaman tu dah berlalu.”

Nope ! Mana boleh macam tu. Kau lagend lah kak. Mana boleh aku nak lupakan macam tu je.” Aku hanya mampu tersenyum. Aku berdiri dan membetulkan baju ku. “ Tak ada siapa dapat gantikan kau dengan Hacks, kak.”

“ Merepek jelah kau ni. Hacks maybe will join balik dengan korang. Tapi akak rasa akak tak kot. Ok lah lambat nanti bising pulak parents akak. So this my phone number. Kalau kau nak belanja akak kopi-kopi boleh call lah. Tak pun for the next time mana tau kau nak up sikit ke belanja akak.” Kertas kecil yang tertulis nombor handphone itu aku letakkan di atas meja makan.

Chaw dulu.”


bersambung..... KLIK SINI ---- MAMPUKAH UNTUK TERSENYUM LAGI? 9
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 7


"Kenapalah kau ni suka sangat buat keputusan sendiri Filza?” Ayahnya sedari tadi tidak bersuara. Marah benar barang kali. Hanya mama sahaja yang tak habis-habis bertanyakan itu ini. Padan muka dengan aku. Siapa suruh ikut suka buat keputusan. Sekarang rasakan, tahan sahajalah telinga tu dengar mulut mama membebel.

“Mama, ayah. Ini cadangan daripada Prof.Syikin sendiri. Apa yang dia cakap tu betul. Tak kanlah Filza nak graduate dengan pointer yang cukup-cukup makan nanti. Tentang urusan penangguhan semua tu ayah dengan mama tak payah risau. Sementara cuti ni saya akan pergi uruskan sendiri. Pandai-pandailah saya nak buat macam mana. Janganlah risau Filza dah besar, dah pandai fikir yang baik dan yang buruk.”

“Ayah tak nak dengar ada masalah satu pun. Jangan cakap dekat ayah yang Filza akan berhenti belajar terus. Kalau itu yang terjadi siaplah.” Ayah yang sejak dari awal hanya diam bersuara. Tegas dan garang nadanya. Marahlah tu.

“Habis Mak Senah dengan abah Zaid dah tahu?”

Aku anggukkan sahaja soalan mama itu.

“Dia kata apa?”

“Dia orang tak kisah. Dia orang cuma harap yang keluarga kita tak akan lupakan mereka.”

Selesai menerangkan segalanya pada ayah dan mama. Aku masuk ke dalam bilik. Menghempaskan badan ke atas katil. Ah... sungguh selesa bila dapat baring di atas katil empuk dan besar. Sedang aku baring melayan perasaan tiba-tiba mata aku terpandang frame gambar yang terletak elok di atas meja. Gambar yang ketika itu mereka bersama-sama bercuti di Cameron Highland pada cuti semester yang lepas sambil di temani adik-adik Izzat Wafie, Ana dan Asyraf.


“Baik-baik sayang nanti jatuh.” Pantas sahaja tangannya menyambar lengan Filza Iman. Cuaca pagi di Cameron Highland sangat-sangat indah. Mereka pergi ke salah satu taman bunga ros yang terletak tidak jauh dengan hotel di mana tempat mereka bermalam. Izzat Wafie tahu yang tunangnya itu menggemari bunga-bunga ros. Walaupun tunangnya itu nampak keras dan bersahaja tetapi di dalam hati penuh dengan taman bunga, taman bunga ros.

Filza Iman yang baru sahaja mahu melangkah terhenti akibat daripada perlakuan Izzat Wafie. “Apalah abang ni. Sayang tahulah tempat ni licin. Risau benar dia.” Matanya masih lagi tertancap pada bunga-bunga ros yang berada di hadapan mata.

“Mahunya tak risau. Anak dara orang.”

“Hahaha..haruslah dara. Dah, dah lepas saya nak pergi sana.” Tangan kirinya dihalakan ke satu tempat yang di tumbuhi bunga-bunga ros yang bewarna putih.

Baru sahaja kakinya hendak melangkah, kaki kiri Filza Iman terlanggar akar-akar yang berada di hadapannya. Badannya sudah tak seimbang. Habislah mesti jatuh punya...

“Abang....!” itu sahaja yang mampu di ucapkan.

Izzat Wafie yang sedang leka mencari adik-adiknya terkejut dengan jeritan Filza Iman lantas menarik tunangnya ke arahnya sekuat mungkin.

Buk ! ! !

Dua-dua terduduk macam nangka busuk...Mata bertentang mata. Terasa ada debaran di dalam hati antara kedua-dua pihak. Ya Allah, kuatkan iman hamba mu ini. Di kala itu hanya jiwa memainkan lagu-lagu cinta. Hangat terasa di wajah mengalahkan suhu sejuk di bumi Cameron highland. Kedua-duanya terkaku di atas tindakkan spontan itu. Tidak di duga. Sepanjang hubungan mereka, tidak pernah mereka serapat ini. Memang mereka hangat bercinta tetapi batas-batas yang perlu dijaga harus di lakukan, walaupun tidak seberapa.

Splassssshhhhh !

“Gotcha!” Asyraf ternyata riang dapat menangkap gambar kami. Kalaulah aku ni artis pasti sudah tersebar gambar-gambar kontorversi ni. “Ana ! Ana ! tengok ni. Angah dapat apa !” Ana yang sedang leka mengambil gambar bunga-bunga ros segera ke arah kembarnya itu.

“Kacaulah angah ni. Apa dia?” Tanya Ana sambil matanya memerhatikan Kak Filzanya serta Abang Wafienya sedang membersihkan punggung masing-masing.

“Ni..” Asyraf menunjukkan gambar itu ke arah adik kembarnya itu.

“Fuyoooo...Kak..romantik habislah.” Filza Iman yang masih blur tercengang.

“Tulah kau asyik nak tangkap gambar bungalah apa lah. Tengok angah dapat apa. Candid and nice !” Teruja sungguh budak ni.

“Eleh. Orang ada projek assignment lah. Angah apa tahu.” Nama sahaja kembar tapi asyik berperang mulut sahaja. Ana dan Asyraf mempunyai minat yang sama dan mengambil jurusan yang sama. Cuma mereka tidak dapat menyambung pembelajaran di Universiti yang sama. Seorang tercampak dekat Utara, seorang lagi dekat Timur.

“Eleh...ayat cover. Macam angah tak tahu kau tu jiwang.” Katanya sambil membelek-belek gambar yang di ambilnya. Nikon d3100 miliknya itu di terima daripada Izzat Wafie sempena ulang tahun kelahiran mereka yang ke 17, begitu juga Ana. “Abang posing lagi. cepat! Biar angah ambil lagi gambar.”

“Jangan nak mengada-ngada angah !” Tegas nada suaranya. Aku hanya tersenyum melihat aksi gelabah Izzat Wafie.

Tanpa pengatahuan Izzat Wafie dan Filza Iman , Asyraf sudah lama mengambil gambar-gambar abangnya dengan Filza Iman. Pasangan yang tepat. Secocok. Hehehe. Tersengih-sengih Asyraf melihat koleksi-koleksi fotonya itu. Model-modelnya pula sungguh pandai beraksi. Eleh, padahal tangkap gambar senyap-senyap. Banyaklah kau punya model. Hahaha.


bersambung.....
KLIK UNTUK SAMBUNGAN....---->; Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 8
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]
{maaf kerana lame tak update..}


Sabtu, 24 November 2012

cerita hari ini , nasib x xcident..

hari ni aku ke Kuala Pilah (KP) , pergi kenduri kahwin saudara aku. yang mana? [tak payah lah aku terangkan satu persatu] heh. :D

perjalanan masa dekat highway ELITE .. lancar belaka.. suka aku drive time-time canggini..

perancangan awal aku nak drive dekat highway je.. jalan dalam ni aku malas.. sebab aku bukan seorang yang penyabar.. heh ! masuk jalan lama nanti mama drive la.. kirenye..

TAPI..

sampai ke sudah.. aku jugak yang drive.. huh.. =,='' tapi tak apa lah.. alhamdulillah aku , ayah dan mama selamat pergi dan balik .

masuk dekat Highway PLUS.. wa cakap lu JAM woo.. pe jadahnye?  -____- ' '

tapi tak lama.. aku lari .. ikut highway LEKAS. heh! se...la...mat.... =D

sampai je KP kat sana biasa lah kalau dah jumpa saudara mara..pot pet sini..pot pet sana lah. kan..

*ayah tak leh drive jauh buat masa ni kerana faktor kesihatan ...[sakit pinggang] 

balik tu lepas aku keluar tol NILAI (dari LEKAS highway) ada PROTON PERSONA color macam purple2 uh .. aku stay la kat line aku lepas Smart Tag.. die boleh himpit aku !

wahwah.. ayah aku cemas gile kottt.. aku yang dah memang terperasan.. aku pelahankan kereta GEN2 orange ayah aku tu.. then....

PON PON PON PON , PON PON PON PON PONNNNNNNNNNNN ! ! ! ! ! ! (saje letak tanda seru.. heh.. MARAH tu !)

pastu aku bagi jeling sket ! heh konon la tunjuk garang.. orang dalam tu cuak gile kottt... heh.. :D

aku, kalau dapat tekan hon.. aku tekan puas-puas! bukan selalu tekan kan! haha! sekali tekan memang aku lepas geram...! sememangnya aku GERAM ! 

kepada pemandu tu.. LUCK die tak ada sakit jantung..hihihi..

"  sorry la bro.. aku pantang orang himpit-himpit ni lebih-lebih lagi tak bagi SIGNAL ! "

=) pandu berhemah..oke! ingat orang tersayang...

wa bawak orang yang wa sayang.. ayah wa..and mama wa.. kottt anything happen wa tuntuttt bela beb.. kereta jangan cakap.. wa nak sejibik macam yang wa ade dlu balik.. haha

*mohon Allah S.W.T selamatkan perjalanan kami kemana sahaja & lindungi kami.. AMIN...

Khamis, 22 November 2012

THE TWILIGHT SAGA : BREAKING DAWN p2






heh... beria-ia aku ajak member-member aku teman kan aku pergi tengok cerita ni..
ehhehe
berbaloi-baloi..
[ BAWALAH KEMANA-MANA SAHAJA KAD MATRIX (student card) ANDA]
kerana:

tadi aku pergi GSC Summit je. 
[ah lantaklah janji aku dapat tengok cite niyh.. heh!]
tiket harga biasa RM10

then member aku tanya :
bang..student card bole guna tak?

a abang said :
bole-bole.. [sambil terangguk-angguk] heh!

untuk beli 5 tiket jadinya RM50 sepatutnye terbang..
tapi because of student card..
utk 5 tiket jadinye RM30..
jimat RM4 ... 
harga student RM6

murah en?

RM4 kau bole tambah-tambah beli pop cone [btol ke eje cam gini?] ke ape ke en...

so dengan happy nye kitorang dapat tiket tu dengan tempat duduk yang best & tak payah mendongak! heh!


[nampak tak jari Sarah Halimi?] ;p


cerite die best! pada aku lah yang memang layan Movie series ni dari dulu..

thanks to :


akhirnye selesai dah tak ada sambung-sambung da..

mesti rindu dengan Adward Cullen ! [bukan Robert Pattinson] ahaks!



nak upload gambar but bluetooth macam taik! =,=''

Sabtu, 17 November 2012

sihatkan hero aku ya Allah..

Assalamualaikum..and very very good morning to all readers and stalkers.. [erk?? ade ke? haha pape jelah]

So aku just nak update blog aku ni pasal parent aku.. spesifik sket.. ayah aku..

doa kan HERO dunia akhirat aku ni cepat sembuh ya!

aku sedeh bila tengok dia sakit..buat itu ini semua terbantut..  [pilu hati]

dia masuk dekat sini....



sakit apa? sakit pinggang.. biasalah weyh.. dulu waktu muda-muda kerja berat and tunjuk power.. ahaks! ayah aku memang power pon.. ngeh2!

dia sakit pinggang atau name saintinfiknya SLIP DISC .. 

banyak sebab terjadinya penyakit ni.. bukan setakat ayah aku je kena.. mama pon penah kena.. ayah setahu aku dah kena banyak kali.. 

aku dengar csra yang terakhir merawatnya adalah masukkan besi ke hape ntah..but bende ni bukan menjamin esok lusa akan terus elok.. sometimes dia sakit jugak... 

ni sebab-sebab jadinya benda ni..references : 

  • bending awkwardly
  • jobs that involve heavy or awkward lifting
  • jobs that involve lots of sitting, particularly driving
  • smoking
  • being overweight
  • weight-bearing sports, such as weight lifting
  • a traumatic injury to your back, such as a fall or car accident

references kedua : 

Faktor Risiko
• Usia, masalah slipped disc lebih biasa berlaku di usia pertengahan. Bagaimanapun, ia jarang terjadi selepas seseorang mencecah umur 60
• Berat badan berlebihan memberikan tekanan berlebihan ke atas disc bahagian belakang bawah
• Diabetes boleh mengurangkan oksigen dalam darah, menjadikan spina disc lebih rentan terhadap penyakit dan masalah kegelinciran
• Kajian mendapati lebih banyak kejadian slipped disc di kalangan individu yang bekerja dalam bidang tugas yang memerlukan fizikal seperti berladang, buruh kasar, pembungkusan makanan, kerja kuari, trak, gudang dan pembalakan.
• Mengangkat secara berulang, menarik dan menolak, membongkok ke sisi, berpusing, duduk atau berdiri dalam satu posisi yang salah untuk jangka waktu yang panjang merupakan antara aktiviti kerja yang meningkatkan risiko slipped disc.

Komplikasi
• Sakit yang semakin kuat, kebas atau lemah yang merebak sama ada pada sebelah kaki atau kedua-duanya sekali.
• Disfungsi usus atau pundi kencing termasuk inkontinens/kebocoran kencing atau sukar membuang air kecil sekalipun pundi kencing penuh terisi.
• Hilang sensasi atau deria rasa secara berterusan di kawasan atau daging pada bahagian antara rusuk dengan tulang pinggul termasuklah paha sebelah dalam, belakang kaki dan sekitar rektum/usus akhir.
• Tidak dapat bergerak/lumpuh.
• Lemah tenaga batin di kalangan lelaki.

Isnin, 12 November 2012

GEMPAR ! PAIP TERBESAR DI JUMPAI !



guwa jumpe kat KL mase tuh...haha macam pertama kali je jumpe.. haha
law tak salah guwa highway nak g cheras

bayangkan kalau paip rumah korang cam ni?
conform! conform korang kene bayar air beribu-ribu..
haha

*gurauan senja oke

kek batik & cheese kek

alhamdulillah..

tercapai gak aku nak membuat 2 bende ni hari ni..

selama ni asyik bertangguh-tangguh je..

sorry mama coz lambat buatkan cheese kek ni.. 
ketahuilah anak mu ini 'tersangattttt lah rajin!'

tak ada bende sangat pun nak nak cerita just saja-saja penuhkan entri aku ni ha.. 

kongsi-kongsi sket lah RESEPI 2 bende alah ni :)

1.Kek Batik


saja letak dalam polisterin..da habis buang tak payah basuh.. heh..pemalas !

bahan-bahan : 
speket milo kecik, 1/2 tin susu pekat, 1 bukus butter,biskut marrie 

cara-cara: 
1. masukkan butter , susu pekat & milo dalam kuali
2. kacau laju jangan sampai bergentel
3. da blupp blupp.. [menggelegak] masukkan biskut marrie
*biskut marrie tu pecah2kan..4 bahagian ke..
4. da gaul dan kesemua biskut marrie masukkan dalam loyang ke bekas yang korang rasa muat
5.hempap-hempap kan.atau pirik-pirik kan.. atau penyek-penyekkan sampai mampat..
6. sejukkan dalam peti ais selama 2/3/4 jam semalaman pon bole..



Cheese Kek



kes yang sama..malas nak membasuh.. haha

bahan-bahan:

250g cream cheese
300 ml susu segar
80g marjerin
80 g gula halus
80 g tepung gandum
beberapa titik aisen vanila
3 bji telo

cara-cara:

1. masukkan cream cheese , susu segar , marjerin dalam periuk..masakkan & jangan sampai berketul
2. asingkan telur kuning & putih
3. pukul telur putih sampai berbuih & masukkan gula halus. pukul shingga kembang dan ringan
4. ayak tepung . 
5. pukol kuning telur dan masukkan bahan-bahan dalam periuk tadi. gaul sampai sebati..
6. masukkan aisen vanila
7. campurkan bahan-bahan dengan adunan telur putih & gula halus. pukul/gaul sampai sebati
8. masukkan dalam loyang yang da di sapu marjerin [supaya tidak melekat]
9. masukkan dalam oven 180 celcius . nampak cam da masak tu. angkat je la.. 

dah tu je dari aku hari ni.. haha



Ahad, 11 November 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 6


“Awal kau bangun hari ni Fil?” Haruman nasi goreng yang di goreng oleh Filza Iman benar-benar membuatkan perutnya berbunyi di pagi-pagi hari. Filza Iman bersahaja. Senyum tak masam pun tidak. Seperti biasalah wajahnya yang dulu murah dengan senyuman seakan mati setelah apa yang terjadi hampir dua bulan lalu. Filza Iman menjadi seorang yang lokek untuk memberi senyuman. Dia menjadi seorang yang serius dalam setiap perkara.

“Apa mimpi kau masak pagi-pagi ni? Ada something good news nak cerita dekat aku?” Teka Fatin Daliana sambil melihat kelincahan Filza Iman di dapur. Minah ni dulu kata tak reti masak, pagi ni aku tengok macam pro habis dia kat dapur.

Nope. Just nak buat baik dengan kau sesekali. Tak boleh ke?” Di letakkannya bekas yang berisi nasi goreng cili api itu di atas meja. Filza Iman kini sibuk menyediakan air kopi panas pula.

Fatin Daliana bangun lalu mengambil pinggan. Macam sedap je nasi goreng ni. Memang tak sabar-sabar aku nak pulun. Dia kembali duduk dan menceduk nasi goreng itu ke dalam pinggan dia dan pinggan Filza Iman. Baru satu suap .. Ting ! berasap telinga. Pagi-pagi lagi aku dah kena cili dengan dia ni. Berapa banyak cili api yang dia bubuh ni?

“Fil....air..air...” katanya sambil mencari cawan dan hulur kepada Filza Iman. Matanya sudah berair.

Filza Iman yang tercengang melihat gelagat Fatian Daliana terus menuang air kopi panas yang baru dibuatnya ke dalam cawan yang di sua kepadanya. Tanpa sempat Filza Iman memberi amaran bahawa air kopi itu panas, Fatin Daliana terus meneguk dengan rakus. Tak sampai sesaat...

Puuffffffff ! habis muka Filza Iman di semburnya dengan air kopi yang tadinya telah masuk ke dalam mulutnya. Tak senonoh betul minah ni !

                “Hoi ! Kau ni kenapa Atin?”

                “Pedas kau tahu tak nasi goreng tu. Ni air ni panas gila. Kau nak bunuh aku ke apa?

                “Ye ke pedas? Tadi aku rasa ok je. Air ni memang panas. Aku tak sempat nak cakap kau dah minum.” Katanya sambil pergi ke singki untuk membersihkan mukanya yang sudah melekit dengan air kopi.

               “Tak pedas kau kata? Kau try lagi sekali.” Fatin Daliana mencari-cari air sejuk di dalam peti ais.

                “Oh, aku lupa. Kau mana tahan pedas kan. Tak apa boleh makan dengan kicap.” Filza Iman duduk di meja makan sambil menadah tangan ingin membaca doa makan. Dia kini menyudu suapan pertama ke dalam mulutnya.

                Mana ada pedas. Penipu besar betul minah ni. Biasa je aku rasa. Nama pun nasi goreng cili api. Tak kan nak letak gula pula. Ingat aku ni orang Kelantan ke yang suka makan manis-manis ni. Ops, kepada orang Kelantan, maafkan hamba di atas pendapat ini.

                Fatin Daliana duduk menghadap Filza Iman yang sedang makan. Lega rasanya dapat air sejuk.

                “Apa tengok aku makan macam tu? Tu nasi dalam pinggan tu habiskan. Penat aku masak.” Mahu tidak mahu disuapnya sedikit demi sedikit nasi goreng itu kedalam mulut. Satu sudu suapan satu teguk air. Mukanya merah menahan pedas.

                “Atin..” Filza membuka bicara. Terbantut niat Fatin Daliana ingin menyuap masuk suapan nasi goreng itu.

                “Ada apa?”

                “Aku rasa. Aku nak balik Shah Alam lah.” Membuntang biji mata Fatin Daliana mendengar apa yang Filza Iman katakan.

                “Kau nak buat apa balik Shah Alam?”

                “Saja nak tanam sayur.” Dia cuba untuk loyar buruk.

                “Tengah serius ni, serius lah.”

                “Aku nak rehat buat masa ni.”

Study kau macam mana pula?”

“Aku extend lah nampak gayanya.”

“Kau tak rasa rugi ke Fil?”

“Ikutkan memang rugi, tapi Prof.Syikin cadangkan benda ni. Aku pun dah fikir masak-masak aku akan extent study aku. Lagi pun carry marks aku teruk. Kalau lulus pun final nanti cukup-cukup makan je.”

“Mama dengan ayah kau dah tahu?” Filza menggeleng. “Habis aku macam mana?”

“Alah Reza kan ada. Dia boleh jaga kau.”

“Mulut kau, aku nak je lumat-lumat dengan cili ni tahu tak? Dia bukan boyfriend aku sampai nak kena jaga aku.”

“Aku dah buat keputusan. Ni keputusan aku. Alah lagi sebulan nak final. Aku tak boleh nak fokus. Mungkin aku akan sambung study aku next semester tapi bukan dekat sini. Aku harap kau jaga diri eh.” Fatin Daliana menunjukkan muka sepuluh sennya.

“Ala kau ni. Janganlah tarik muka. Kita kan boleh masej-masej, calling-calling. Nanti kalau aku free aku datanglah jenguk kau. Ok kan?”

Fatin Daliana tersenyum paksa. Maknanya selama sebulan lagi dia akan duduk di rumah ini seorang diri. Nak cari housemate memang tak ada punya, tambahan lagi dah nak akhir-akhir semester ni.

“Bila kau nak balik Shah Alam?”

“InsyaAllah esok pagi.” Membuntang sekali lagi mata Fatin Daliana.

“Kau memang suka buat kerja terkejut-terkejut ni kan. Weh apa pasal awal sangat? Baliklah hujung minggu ke.”
Filza Iman menggeleng. “Aku balik esok pagi. Dah, aku dah masak ni kau pulak lah yang kemas ye. Terima kasih.” Filza Iman meninggalkan Fatin Daliana seorang diri di dapur.



Selesai kemaskan dapur, Fatin Daliana terus menjenguk Filza Iman yang sedang mengemas barang-barang. Nyata betul bahawa dia akan balik ke Shah Alam esok pagi. Tekad betul hati gadis ini. Dari mula sampai sekarang jika itu jawapan Filza, itu jugalah yang akan menjadi keputusannya. Bukan mudah untuk mematahkan apa yang gadis ini telah ungkapkan.

”Kau tak kasihan kan aku ke Fil?”

Filza Iman yang sedang sibuk mengemas barang-barang masuk ke dalam kotak terkejut. “Lain kali bagi salam dulu.” Tegas nada suaranya.

Sorry.”

“Kalau aku kasihan dekat kau, siapa nak kasihan dekat diri aku? Dia dah tak ada, buat apa aku nak duduk sini lagi.” Filza senyap. Sememangnya dia kasihankan Fatin Daliana, tetapi untuk merialisasikan apa yang dia hajati, dia harus kentalkan hati dan jangan memikirkan hati orang lain.

Fatin Daliana masuk ke dalam bilik Filza Iman. Tangannya perlahan-lahan melipat pakaian-pakaian kawannya itu. Membantu sekadar mampu.

“Fil.. aku nak tanya sikit boleh?” Filza mengangguk. “ Kenapa aku tengok Reza tu rapat dengan kau?”

“Entah.” Pendek sahaja jawapan yang di beri oleh Filza Iman.

“Macam mana kau kenal Reza?” Filza memandang Fatin Daliana sepi. “Kalau kau tak nak cerita tak apalah.”

“Kenapa kau nak tahu?”

“Aku pelik. Rapat dia dengan kau lain macam. Dia budak sport dan boleh dikatakan semua budak sport ni mana nak layan kita yang nerd ni.”

Nerd tu kau. Aku tak.”

“Ok nerd tu aku, kau tak. Aku pelik lah Fil..”

“Apa lagi yang kau pelikkan ni?” Filza Iman masih ligat mengemas barang.

“Kau tak perasan ke Reza tu macam mana. Yelah maksud aku dia kan budak sport, majoriti budak sport mana main pakai motor kapcai. Honda C70 pulak tu. Lepas tu dia sanggup ambil aku semata-mata sebab kau yang suruh.”

“Tak ada bendalah yang nak dipelikkan Atin. Dia kan kawan baik kita, tak kan dia tak boleh bantu kita bila kita minta tolong.”

“Aku rasa yang kawan baik dengan dia tu kau je Fil. Aku ni, asal aku jumpa si siput sedut tu aku nak marah je. Sakit hati aku. Semua tak kena depan aku. Tapi di sebabkan kau yang minta tolong in other words kau yang suruh dia jemput aku, dia sanggup jemput aku yang memang dia sendiri tahu sejak azali lagi aku ni memang tak sebulu dengan dia.”

“Tu sebab aku kata dia baik.”

“Baik? Baik apa kalau mengata aku gemuk? Aku sikit punya keding dia kata aku gemuk tau. Atau dia tu buat baik dengan kau sebab ada makna lain? Hah ! Ada udang sebalik batu kot.”

“Kau jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak Tin. Penatlah. Aku nak kemas ni kau pulak tercotcet-cotcet dekat sini. Kalau nak bantu di persilakan. Kalau nak membebel je silakan..silakan keluar.”

“Ok aku diam.”


                “Sampai hati kau kan, tinggalkan aku.” Fatin Daliana berdiri di pintu hadapan rumah sewa itu.

                Filza Iman yang sibuk memasukkan barang ke dalam bonet kereta terhenti seketika tatkala Fatin Daliana menegurnya.

                “Aku bukan tak boleh nak jumpa kau lagi kan lepas ni? Nanti kau apply lah kerja dekat Shah Alam, mesti selalu punyalah aku jumpa kau.”

                Siap sahaja dia memasukkan barang-barang ke dalam kereta, dia bersalaman dengan Fatin Daliana. Berat hatinya ingin meninggalkan kawannya itu seorang diri. Tapi demi ingin mengubah jalan hidup, dia terpaksa. InsyaAllah suatu hari nanti pasti akan bertemu kembali. Kasih seorang sahabat tidak akan sesekali dia lupakan.

                Reza Hakimi yang sedari tadi membantu Filza Iman mengemas barang turut di salamnya. Ternyata dia sangat terkejut dengan berita yang telah disampaikan oleh Fatin Daliana pagi tadi. Pada mulanya dia tidak percaya sehinggalah dia mendengar sendiri berita itu dari mulut Filza Iman. Bagai mahu pecah dadanya menahan sebak yang berkumpul. Seorang gadis yang di sanjung selama ini tiba-tiba ingin berpindah dan pergi jauh dari dirinya.

                “Kau drive hati-hati tau Fil.. aku sayang kau. Jangan lupakan aku tau.” Pesan Fatin Daliana ketika Filza Iman sudah masuk ke dalam perut keretanya.

                “Kita masih kawankan?” Filza Iman mengangguk bagi soalan yang Reza Hakimi tujukan itu. Tiada senyuman di hadiahkan kepada Fatin Daliana Dan Reza Hakimi.

                “Reza, kau jaga kawan aku ni baik-baik. Jangan asyik nak bertengkar je. Jangan nak ambil kesempatan kat anak dara orang. Ingat tu!” Pesan Filza Iman kepada Reza Hakimi.

                “Kau jangan bimbang. Aku akan jaga mak cik gemuk ni elok-elok. Kau tu drive hati-hati jangan nak jiwang sangat nanti Shah Alam ke mana kau entah ke mana.”

                Filza Iman mengeluarkan dua kotak kecil dari beg tangannya. “Nah, ni untuk kau Atin, yang ni pulak untuk kau Reza.” Mereka menyambut huluran itu dengan wajah sedih.

                “Kau nak bagi aku cincin tunang ke?” Reza Hakimi cuba berseloroh. Fatin Daliana hanya diam membisu. Tidak ada mood langsung nak buka pemberian dari Filza Iman. Yang dia tahu dia ingin tatap wajah ayu milik Fatin Daliana yang dahulu pemurah dengan senyuman tetapi kini tidak lagi. Hadiah ni kejap lagi bole buka.

                “Aku gerak dulu nanti lambat. Jaga diri. Nanti bila-bila free datanglah Shah Alam.”

                Proton Putra Hitam meluncur keluar dari rumah sewa dengan perlahan-lahan. Dua orang sahabat itu hanya menghantar dengan pandangan sehinggalah kelibat kereta itu menghilang.


bersambung.....
[segala comment anda dan idea-idea amat-amat saya hargai dan perlukan bagi mencantikkan jalan cerite...]

^_^