terima kasih ya Allah,
kerana membuat aku bahagia.
kerana kau memberi aku ruang untuk bersua dengannya.
terima kasih ya Al- Basir,
kerana kau membantuku untuk melihat.
melihat air matanya kerana terjatuhnya air mata kecewaku.
terima kasih ya Al-Aziz,
kerana kau membuka segala,
pekung selama ini di simpan akhirnya terbongkar.
terima kasih ya Al-Qudus,
kau membuat ku celik,
mungkin aku perlu berubah,
berubah untuk menjadi yang lebih matang.
terima kasih ya Al-Ghaffar,
kerana kau beri aku sedikit ruang kemaafan di hati ini,
untuk dia di maafkan kerana dia yang aku sayang.
terima kasih ya Ar-Rahim,
kerana masih menyayangi dia walaupun die bersalah.
terima kasih ya Al-Latif,
kerana aku tak berlaku kejam meninggalkan dia.
Ya Al-Mujib ,
kerana aku sayang dia & aku harap dia yang satu, lelaki yang akan jadi imam ku nanti selain ayah ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan