Sabtu, 20 Oktober 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 2

BAB 1


Pagi ini Filza bangun awal daripada biasa. Biasalah ingin bertemu buah hati lah katakan. Suasana di rumah sewanya masih sunyi. Adatlah anak dara kalau berjauhan dengan ibu bapa pasti tidur setelah mengerjakan solat Subuh setiap pagi jika tiada kelas atau agenda lain. Sambil mengeringkan rambut gadis genit itu bernyanyi-nyanyi kecil. Riang benar hatinya kerana sudah lama tidak bertemu dengan tunang tersayang.

Tanpa dia perasan Atin memasuki biliknya. “Hoi cik kak! Happy nya bukan main lagi. Nak pergi mana ni wangi-wangi?” Dia duduk di hujung katil bujang bersarungkan cadar warna hitam berbunga-bunga putih milik Filza itu.

‘‘Oh mak kau ! beruk masuk bilik.” Latah Filza. Lalu menjeling Atin yang tersengih-sengih itu. “Kau kan, memang tak reti nak bagi salam ke, hai ke, bila masuk bilik aku ni?” Omelnya sambil mengurut dada yang laju degupannya kerana terkejut dengan sergahan Atin tadi.

Sorry lah kawan. Aku tengok kau happy je siap nyanyi-nyanyi lagi. Tu yang aku jengah masuk dalam bilik kau ni. Kau nak pergi mana?”

“Jumpa Wafie kejap. Hari ni dia tak kerja. Kita kan tak ada kelas esok, bolehlah balik lambat sikit.” Jawabnya sambil menyarungkan tudung selepas mengeringkan rambut dan mengikatnya sebentar tadi.

“Kau jemput dia ke atau dia jemput kau?”

“Dia jemput! Seperti biasa, aku nak jimat sikit.”

“Kau bukannya nak jimat sikit Fil, tapi nak  jimat banyak. Dah macam kedekut pun ada aku tengok kau ni. Kau tu perempuan tau, macam tak normal je kedekut-kedekut ni.” Ujar Atin tak puas hati.

“Lah kira ok lah tu. Persediaan untuk dia menaja aku sepanjang hidup.” Tiba-tiba telefon di dalam beg mininya berbunyi. Nama Wafie tertera di skrin. “ Hello..dah sampai? Ok kejap saya turun.” Dia meletakkan semula telefon bimbitnya kedalam beg tangannya. “Tin, aku gerak dululah ya. Wafie dah ada kat luar tu.” Filza menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Atin.

“Kau keluar tu hati-hati. Aku tahu kau dah bertunang tapi jaga maruah tu. Nanti takut tak sempat malam pertama dah tergadai.”

“Kau ni... aku tahulah jaga diri. Don’t worry okey sayang..dah aku gerak dulu.”

Masuk sahaja dalam kereta. Wafie terus memandu keretanya ke Bandar Johor Bahru. Tujuan mereka keluar ke bandar hari ini untuk melihat rekaan-rekaan baju untuk hari persandingan mereka yang akan menjelang tidak lama lagi. Rancangannya untuk menikahi Nur Filza Iman selepas Filza menamatkan pelajarannya peringkat ijazah ini di restui oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian panggung wayang menjadi lokasi seterusnya bagi pasangan itu.

Aduhai apa pasallah mamat ni lain macam hari ni. Janji nak tengok cerita-cerita romaktik tapi ada ke patut dia hadapkan aku dengan cerita perang? Kalau nak kenakan aku tu pun agak-agaklah. Ugh...Sengal !
Selepas keluar dari panggung wayang, aku mengajak encik abang sayang seorang ni ke Food Coart. Laparlah pulak perut aku ni. Setelah dua tiga kali aku pusing food court tu, barulah aku putuskan apa yang ingin aku sental sekejap lagi.

“Abang..tak lama je lagi kita dah nak naik pelamin...” kenapa berat pulak hati aku nak cakap ni..

“Jadinya kenapa sayang?” alahai kenapalah dia ni tak pernah nak kasar-kasar dengan aku. Wahai hati sabar...sabar.. tak lama je lagi dia akan jadi suami kau Filza.

“Saya takutlah kalau awak tak cukup duit nak prepair barang-barang.” Ceit! Ade ke ke situ dia ni fikir. Aku tahulah aku ni nampak sengkek tapi tak de la teruk sangat nak kahwin pun tak ada duit. Ye ke Wafie? Aku rasa betullah apa yang bakal bini kau tu cakap. Ni satu lagi masalah, apa pasallah hati aku ni tak pernah nak backup tuan sendiri?


“Filza Iman, kenapa sampai fikir macam tu? InsyaAllah tak ada apa-apa yang kurang. Jangan fikir yang bukan-bukan oke?” Nampak gayanya cik kak seorang ni masih ragu-ragu ni. Hai sayang, jangan kau ragukan keupayaan abang mu ini, segalanya pasti ok.

“Bukan itu masalahnya bang.” Nak teruskan ke tak ni. Hurm... Aku dapat rasakan perkara ini tidak seindah yang dijangka. Pasti tak seindah seperti yang dibayangkan. Tangan kanan Wafie ditarik. Aku genggam erat tangannya. Berat nak luahkan. Takut difikirkan suka berfikir yang tidak-tidak. Haish...berapa banyak fikir da... “ Saya takut kehilangan abang.” Akhirnya terluah juga apa yang ada dalam hati ini.

“Shhh... Apa yang sayang fikir ni?  Depan rezeki jangan monyok-monyok. Sayang tak kan kehilangan abang. Abang sayangkan awak. Sayang awak selamanya.” Dibalas genggaman tangan tunangnya itu. Melihatkan tiada respon yang diberikan oleh Filza Iman, Wafie terpaksa membuka bicara kembali. “Dah la tu sayang. Jangan buat abang risau.”




KLIK untuk sambungan ---> Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 3 

*****
SUDI-SUDI HANTARKAN COMMENT ANDA


**********
SUDI-SUDI BERIKAN COMMENT ANDA =)

Tiada ulasan: