Isnin, 15 Oktober 2012

salah ke kereta PROTON ?

tadi aku ngan roommates & mates lain tgok movie cerite SAM.. almaklumlah tadi aku ade paper MAF220.. so gap ade 4 hari nak ke paper last FAR200 =)

insyaAllah hope semua perjalanan dan halangan dapat aku tempuhi dengan success dan tabah..

tengah-tengah tengok cerite SAM tu.. cam ne aku nak cerite ni ek... hurmm.... ni la ... kan Sam bawak kereta PROTON WAJA en..

tetibe ade mate sorang ni cakap.. 'nampak sangat kereta PROTON ni lembik !' ......'langgar siket je da kemik teruk .'

try google ' safety features proton...' akan dapatlah korang jawapan.. setiap kereta perlu melalui procedures yang ni untuk di export ke luar negara..kalau tak silap aku.. kerana nak menjaminkan ketahanan dan tahap keselamatan..

persoalannya nak cantik ke nak selamat? hahaha fikir-fikirkan lah kan.. nyawa penting ke figure penting?

aku waktu tu berasap je telinga... tapi aku diamkan aje sebab minah sorang ni aku tak rapat and aku tataw dia jenis yang macam mana.  dengar cerita dia kuat sentap.. so aku malas nak sound.. karang lain jadinya..lagipun sekarang ni tengah musim final karang tak pasal-pasal aku ade masalah nak menjawab paper kang kan..

dah boleh tengok Sam hentam kaw-kaw punya.. kau bagi kereta apa je yang boleh tahan kalau macam tu punya kes? kecuali lah kereta kebal ke kereta yang besi keliling die tu ke.... contohnya macam STROM ke..JIP masuk hutan tu ke.. aku terima. cakap macam apeeeee la!

aku bukan lah nak agung-agung dan bangga-bangga kan sangat kereta PROTON... but yes i am la.. coz ayah aku kerja sana kat quality department.aku tahu susahnye macam mana nak hasilkan sesuatu benda tu..so..apa kata kita hargai sikettt kan.. tu pada aku lah...

kau fikir senang process sesuatu perkara tu?

bangga lah siket pada model-model yang anak tempatan usahakan..

kenapa perlu 'kondem' sangat ? yup kritikkan perlu ada untuk menambah baikkan lagi sesuatu product.. kalau tak ade kritikkan itu namanya syok sendiri.. tapi bukanlah kutukan dan cacian..

aku cakap betullah..aku suka je kereta PRODUA..PROTON... coz apa.. setiap kereta/model tu ada kelebihan dia sendiri.. bukan takat 2 jenis jenama ni jelah.. aku suka semua... bagi aku setiap model dia ada sentimental value tersendiri..

kita ni pandai nak kutuk je.. kalau banyak duit sangat..kalau tak suka.. memnag kau boleh cakap.. tapi agak-agak bila bercakap..berlapik lah sikit.. aku sure sangat kau tak tahu ayah aku kerja sana.. kalau kau tahu maybe kau tak cakap sebab kau takut aku kecik hati atau aku beat kau balik.. tak pun kau akan terus bercakap sebab kau bukan jenis yang nak jaga hati orang...kalau dah banyak sangat duit..beli je kereta apa yang korang suka sangat...

ni kutuk-kutuk.. tapi ada tu langsung tak ada kereta.. apa nak cakap? aku rasa elok yang ada kereta tu dari yang tak ada kereta tapi mengutuk..

oke stop it..

cerita pasal kereta PROTON banyak tiru kereta luar... yang aku tahu setakat pengatahuan aku.. setiap apa yang mahu di ubah suai atau mahu di ambil dan di letakkan jenama lain,..perlulah membuat beberapa agreement..kalau tak boleh jadi kes saman kottt.. itu setakat apa yang aku tahu...bukan PROTON je weyh yang macam ni.. ade sesetngah tu memabg sejibik-sejibik dia amik.. tak pulak korang bising...

nak tahu sebab apa? sebab korang tak tahu pon kereta tu pernah ada sebelum syarikat yang baru tu keluarkan model.. yang korang tahu..wuuuuu dia ni bagus tak tiru.. bukan macam PROTON asik nak meniru je...

apa kata korang try search balek kat internet tu .. search kat pakcik google semua tu.. tengok sape tiru sape.. kan? senang.. according to matluthfi90 [vlogger] 'apa kata sebelum kita bercakap atau mengutarakan sesuatu pendapat tu, kita fikirkan sejenak?'


*tulisan aku jujur dari hati aku.. pandangan aku..
banyak lagi aku nak cakapkan..tapi nanti-nantilah..yang penting aku ngantuk sekarang ni..nanyteeee...



layan lagu ni...best !

Tiada ulasan: