Rabu, 6 November 2013

DI MANA SALAHNYA?

Tak tahu mana salahnya. 
mana perginya gelak ketawa bersam dulu?
Mana perginya kata-kata dulu.
Aku tunggu dan tunggu.
Aku cari dan cari mana salahnya.
Jika dahulu aku pernah melakukan silap.

Sombong ke aku?
Aku seorang yang sombong?
Dari mana sombongnya datang?
Di mana nampaknya sombong tu?

Aku ni kau dan kau cari bila ada masalah je ke?
Kenapa lakukan aku seperti tiada perasaan?
Ke memang kau dan kau fikir aku tiada sekeping hati?

Air mata aku meleleh kerana kau dan kau pernah kau tahu?
Aku buat tak endah bila di tanya sama ada aku sedih atau tidak.
Aku buat happy dan aku berlakun sebenarnya.
Aku buat dan aku lagak yang aku orang paling bahagia.

Tapi sekuat mana hati yang kecil ni?
Tapi sampai bila sekeping daging ini mampu untuk bertahan?
Sampai satu hari riwayat aku tamat?
Begitu baru kau dan kau puas menyakiti?
Thanks!

Terima kasih yang tak terhingga.
Di atas lakunan anda dan anda. 
hebat sangat.
*Clap * Clap


Jumaat, 1 November 2013

melangkah ke tangga akhir ke semester 6 :)

fuhhhhh~ tiup-tiup habuk...
-apa ni habuk banyak sangat... hailaaaaa apa nak jadi ntah...

Eh? Hye .. Hehe Assalamualaikum. 
Thanks to Allah bagi peluang kat aku sekali lagi untuk stay on bernafas... *tarik nafas turun nafas...


exactly right... jika kita mahukan sesuatu kejayaan perlulah ada usaha bukan sekadar angan-angan kosong. 

Alhamdulillah untuk semester 5 kali ini habis dengan tidak sia-sia bertungkus lumus (walaupun sebenarnya ada terselit kenakalan) hehe

Cerita dari awal lah oke. Semester 4 aku berakhir dengan kesedihan yang melampau-lampau apabila aku diuji dengan kegagalan main paper... di ulangi main paper..

dekat kampus aku ada 7 orang kawan yang rapat :) termasuklah aku dalam 7 orang tu. Di kalangan 7 orang ni, 2 orang je pass semua paper.. 5 orang lagi sangkut main paper... kena pula tengah intersesi waktu tu.. di ulangi intersesi...mood memang habis lah sampai lecturer pon perasan akan mood students haha :D

dengan ujian aku sem 5 yang lepas, aku tak dapat duduk kolej atas kesalahan yang bodoh -tak mohon online- =,=''

hidup aku semester 5 pada awal-awal semester agak tonggang langgang jadinya. dengan pada awalnya tak selesa duduk dekat asrama luar. dengan kawan-kawan yang mula buat aku tacing macing.. erk? oke abaikan..haha 

result how? dengan cara belajar aku pulun last minit jugak la di katakan...tapi alhamdulillah lulus semua dan GPA dan CGPA aku meningkat .. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang bagi kejayaan ni. mungkin result ni kenalah kot dengan usaha aku.

jujur aku kata.. aku menangis waktu nak buka email.. pukol 12 tengah malam. buk-buka tweeter semua alhamdulillah syukur.. dalam erti kata lain semua mesti result oke kan. tapi aku? ya Allah that's why aku menangis sebelum buka result.. 

dan dengan di beri secebis kekuatan dari seorang kawan.. aku bukak dengan bismillah dan Allahuakbar.. dan.. resultnya melegakan. spoton..aku turus sujud mengucapkan syukur..

diam x diam .. pejam celik pejam celik.. kita sama-sama melangkah bersama ke semester 6 :) ..
kita melangkah ke tangga yang terakhir untuk Diploma in Accounting Information System in UiTM Arau, Perlis 
^,^

  


thanks untuk segala kenangan
Alhamdulillah





Sabtu, 13 April 2013

bukan senang nak senang

esok nak balik tapi malam ni aku menangis. menangis kerana? stress! ya Allah hanya KAU je lah yang faham situasi aku sekarang...

aku curi masa dari menghadap FAR250 sepuluh minit untuk menaip dan luahkan apa yang dekat hati..

tahu tak belajar ni susah? sebab apa susah? sebab pepatah Melayu kan ade cakap :

"BERSUSAH-SUSAH DAHULU BERSENANG-SENANG KEMUDIAN"

memang orang akan nampak alah belajar ni senang je. bukak buku buat latihan.. hafal dan hafal..

bai aku nak cakap sket pada orang yang fikir macam ni..

pernahkah anda terfikir bagai mana kehidupan student?

ya aku akui memang senang nak dibandingkan dengan bekerja.. tak siap kerja kena marah dengan bos atau silap-silap 'you are fired'

but...

ko tahu tak stress nya bila ---> kita takut akan hadapai kegagalan..

walaupun kau tahu kegagalan itu mematangkan dan mengajar kita?

aku tahu semua tu.. aku tahu.. tapi as long as kau sebagai students.. ko mesti jugak akan fikir nak capai target... tak nak fail takut repeat .. bla bla bla..

yes aku admit benda ni aku pon jadi..

aku admit jugak.. org yang cakap macam ni.. ' alah pasrah la.. dah usaha..berdoa...yakin...tawakal..."

these sentences dah banyak kali aku dengar.. ya.. memang perlu dan memang kita kene percaya dan berpegang pada benda ni..

dan as student kau kene yakin ayat ni 'KUN FAYAKUN' .. kalo kau dah usaha takat mana kau dah try gila-gila kalau Allah tak bagi kau berjaya kau akan gagal jugak..

dan gagal kau pada hari itu bukanlah penyebab untuk kau terus gagal lagi...

TAPI gagal kau tu untuk kau belajar dari kesilapan.. maybe waktu kau berjaya dulu kau ada terrrrr RIAK.. terrr BONGKAK... terrrrr BERLAGAK.....

Allah nak uji kau tu... sebab Allah tak nak kau jadi macam tu.. so kau kena pandai fikir..

but...

aku pon as a student aku admit yang aku dalam masalah ni.. sekian..

p/s" esok balik..tapi malam ni aku menangis..

Jumaat, 5 April 2013

wink~

nak cakap banyak pun takut terlebih merepek.. aku tawu aku da lambat sangattt dah dalam mengenai kpop. haha jangan nak kpop sangat lah kan..

cukup yang aku nak kata aku bukan fanatik atau addict kat kpop.. but aku addict kat mamat-mamat ni.. wakakaka...

abaikan... dia sangatttt handsome.. pada pkck.. hihi tercurang.. wakaka...(but you know me kan..) hihi






Sabtu, 23 Mac 2013

Alhamdulillah kini sudah makin matang

First sekali aku nak thanks to Allah S.W.T kerana memanjangkan umur aku yang banyak dosa ni. Alhamdullillah Allah masih bagi nyawa untuk aku beramal dan bertaubat. In Shaa Allah. :)

Dah 20 tahun. yeah! 18 march lepas genap la umur aku 20 tahun. yeah! 'Akak sedar akak dah tua dik'. -nada bapok sket- ewah... ;) jalan cerita yang amat panjang... oke aku akan cerita satu persatu.

jatuhnya 18 March 2013 pada hari Isnin minggu terakhir kelas before study week untuk student diploma UiTM seluruh Malaysia.. hihi... keluar bilik dengan senyuman kerana hari ini hari aku. Oh ya ya before terlupe... malam tu.. 

Fana kawan satu sekolah dengan aku datang bilik aku nak jumpa Nadot, roomate aku yang merangkap classmate dia. oke aku tak detect apa-apa cuma aku pelik. ape ke he nye minah ni tak wish ape-ape ni.. jam dah kol 12 lebih tak kan tak ingat kott.. huhu hati sedih tapi seperti biasa aku tetap berlagak macho.. puiii. tetibe die ajak aku pergi toilet teman dia pergi tandas sambil-sambil tunggu Nadot balik. oke aku pun keluar but dalam hati dah berkata.. hati-hati Zida... mesti ada yang tak kena. oke sampai je dekat depan bilik air yang sebelah bilik aku je tu.. aku tengok Sai...Ani (member volleyball aku)....Kak Nurul and Mira.. (roomate sai and Ani) ada dalam bilik air.. aku pelik then Fana ajak aku teman sampai ke depan bilik pintu jamban.. hoish.. die pike aku rajin bebeno nak ikot... tanak-tanak.. itu pun aku masuk toilet tu setelah di paksa beberapa kali... * kena paksa! jahat betol!

lepas je Fana kua dari jamban tu aku terus masuk bilik cepat-cepat.. huhu tamaw aku tunggu lelame... cam pelik je.. dengan baldi air sabun kemain banyak dalam bilik air tuh.. seram...seram.. aku pun sambung buat latihan Maf280 aku.. buat punya buat jam dah kol 1 lebih kot time tu.. tetibe Ani masuk bilik and Fana pulak tak masuk-masuk bilik.. ani amik fon Fana main-main.. TIBA-TIBA! 

TOK TOK TOK ! !! ada orang ketuk pintu dari luar bilik macam nak roboh pintu bilik aku tu ha.. dengan nada bengang aku bersuara.. "MASUK JE LAAAA" oke nada bengang gila! haha

pintu terbukak then Kak Nurul ada depan pintu...muka serius nak mati bak hang... aku pandang kerja aku balik and buat sambil tu pasang telinga jugak lah..

"Nadot.. Ani..! Fana dengan Sai bergaduh tuha..."

krik..krik.. tadi bukan oke ke? fikir aku.. apa-apa je lah.. trick ni.. aku fikir lagi.. oke lepas tu..aku macam sebersalah nak keluar ke tak sebab aku dapat rasa ini perangkap ni.. heh heh.. 
oke lah aku redha je la.. pergi jugak.. Nadot... sume dah berdiri depan pintu bilik air tu.. aku pun teragak-agak.. tertinjau-tinjau..

tengok-tengok Sai serius je muka.. memang macam bergaduh betul je ghupenye.. huhu.. tanya-tanya Fana mana.. rupe-rupenya Fana kat dalam tandas merajuk semua.. aku terfikir jugak.. ai takut-takut pergi tandas pun merajuk boleh pulak minah ni duduk dalam tandas then nadot masuk dulu and aku follow die... 
then Nadot ye ye ooo je pujok Fana..
"Fana keluarlah...Fana...bla..bla..." sungguh pandai masing-masing melakonkan watak yew.. hewhew... aku pon dok la pujok2...then aku cakap.."Hish kau ni bagi aku melepas dulu lah... nanti aku pujuk kau..." wak tu aku nak jalan je nak pergi masuk tandas  sebelah... TIBA-TIBA.... aku nampak Ani berlari kat aku seterusnya......

GEDEBUSHHHHHHHH!!!! serrrr maka air sabun berbaldi-baldi di siram kat atas kepala aku.. yeah! aku mandi sabun malam tu.. Kak Nurul datang and... goncang-goncang botol bedak kat kepala aku... huhu Haru-haru..... *1 hari 3 kali aku mandi.. and 2 kali aku shampoo rambut...siap boh perapi....tapi rambut still kejong and bau bedak.. haru-haru...... *Then... HAPPY BIRTHDAY TO YOU......Happy Birthday to You....bla...bla....


++++++++++++Habis First Slot +++++++++++++


oke pagi tu keluar dengan senyuman pergi kelas... di wish-wish tapi tak ramai.. yelah siapa lah kita kan.... haha abaikan... ada aku kisah nak jadi famous...? tak pernah pon.. tapi bila esok nye birthday kawan aku mereka-mereka sambut bagai nak rak.. oke aku jeles... seriously aku jeles... Teya... Raffi (bf Teya) sanggup datang dari jauh..KL semate-mata nak celebrate birthday Teya...dapat bear besar..... mereka-mereka pun bertungkus lumus kerana birthday dia... sedangkan aku.. haish.. hanya wish sahaja.. aku biarkan sahaja.. tapi orang cakap muka aku memang tak boleh nak hide kan apa yang aku rasa kan.. diorang nampak perubahan muka aku dari semasa ke semasa.. senyum kerana menjaga hati.. senyum kerana ingin menyorok segala sedih di hati...

aku tak harap kek mahal.. aku tak harap nak sambut kat SR..tapi bila si dia birthday sebelah aku di layan bagai puteri.. hamboi.. puteri... kemain kau nyah.. hakhak... aku terasa dalam diam.. tapi gagah kan lagi...

1 hari aku berjalan sampai malam baru masuk gate A and pergi sport com nak tengok Yana lawan lontar peluru... -kat sini ada bende lucu.. tapi abaikan..-  waktu Nani...Irah...Dayah...and Niza tengok orang-orang berlawan... aku sibuk on the fon dengan mama and ayah.. seriously waktu ni nak mama and ayah and nak nangis puas-puas...
ayah pun cakap .. : "ala tak per nanti kita sambut lambat sikittt..oke..tak mo sedih-sedih"
mama pon cakap bende yang sama..

aku tak dapat tangkap pun apa yang mama and ayah cakap tu.. yang aku ingat dorang na re-celebrate birthday aku.. pastu aku terfikir jugak yang Niza ni biar betul datang sorang-sorang dari Kolej ke Sport Com semata-mata nak tengok Yana main.. aku pelik.. jalan gelap kot....tapi... maybe ada logiknya...

malam tu waktu on the way balik Kolej... area court tenis.. Yana... "Bak sini handphone hang sat.. aku nak tengok gambar...dek sebab kan siang tadi banyak gambar-gambar birthday Teya dalam fon aku.. aku pon tanpa curiga bagi.. then dekat batu cave.. diorang take picture banyak-banyak bawah lampu... aku yang dah penat ..jalan kat depan.. tengah-tengah jalan...

aku rasa ada air and bende jatuh atas kepala aku and terbang atas kepala aku.. aku pon sapu kepala aku tengok-tengok tepung! then...

"HAPPY BIRTHDAY ZIDAAAAAAAA!!!"

dia orang dah meluru turun tangga tinggalkan aku.. aku kejo diorang.. waktu ni sedih aku tak ada dah.. yang aku fikir... aku nak kotorkan diorang jugak :)

sampai je kat depan kolej... aku terduduk.. aku nangis... weyh gila terharu.. aku ingat dorang tak nak sambut.. as i said sebelom ni.. aku tak harapkan kek besar..kek mahal.. or apa-apa yang lebih-lebih.. aku cuma harapkan sesuatu yang boleh buat aku simpan sebagai kenangan...

then diorang kata...
"zida kami sayang hang.. bukan kami tak ingat birthday hang.. tapi kami fikir mesti hang dapat agak yang kami ada buat something....kami minta maaf buat hang nangis.."

dush...waktu ni melalak habis weyh... sedih gila...!

then yana Ada tulis "20 ,ZIDA" kat parking lot guna tepung....so sweet......tingkiuuuu kak...long....

aku fikir malam tu tamat semuanya.. rupa-rupanya... esok tu habis kelas MGT180... skali lagi aku pelik... biasanya aku dengan Niza waktu balik mesti ikut pintu depan then hari tu dia nak ikut pintu belakang..alasan... Dayah and Irah nak ikut balik sama... diorang pergi tandas sat... 

lepas kat tandas tengok-tengok Dayah betulkan tudung je...
nak turun tangga tu.. Irah and Dayah dah mula peluk-peluk aku... cakap... "Zida Kami sayang hang...Kami sayang Hang..."

aku dah rasa macam lesbian dah waktu ni.. hihi.. but.. aku ikutkan aje,..waktu ni seriusly aku pelik gila lah.. diorang pimpin aku macam aku dah tak reti berjalan dah...

sampai bawah... diorang nak pakaikan aku penutup mata waktu tidur tu..ape ntah namenye.. aku dah fikir aku nak lari dah.. tapi di pujuk-pujuk.. aku pun ikutlah...pakai natang tu...

diorang bawak aku jalan kat tasik ilham .. tipu aku kata ada longkang tapi tak de longkang pon.. oke bende ni di rakam gune fon aku pulak tuh.. ceit... kejam... 

then sampai satu tempat Irah and Dayah tinggal kan aku kejap... TIBA-TIBA ! POMMMM! belom meletop and ada air jatuh kat kepala and baju aku.. aku pon jeritttt... then aku di pimpin lagi and di suruh dudukk...

anddd...anddd HaPPY BIRTHDAY TO YOU....HappY BirthDay TO YOU...bla-bla.." dengar bunyi gitar.. ah sudha siapa pulak yang main gitar... Then sekali lagi POM !!!! belon meletop lagi... 

aku dibenarkan bukak mata... andddd guesttt what semua ada.. TEya Niza.Yana Irah Dayah and Nani ada.. and .. selebihnya korang tengok sendiri....

20 March 2013




*lawakan diorang hias.. aku rasa macam back to 2 years old balik da :)



*mate nangis tengok kek and effort diorang :)


*mama.....ayah... dari jauh pun boleh berpakat dengan member-member yun ye.. thanks Allah coz bagi aku parents yang sweet macam ni.. dari jauh pun diorang sanggup buat aku happy dan gembire.... 
*idea terpakse ditangguhkan kerana  dorang cakap... aku mesti dapat agak ..so naty tak jadi surprise.. walaupun 12 March ayah da bank in duet :'(




19 MARCH 2013


* gambar before kene prank






v
v
v
v
v
 TEYA 
(birthday kitorang sebelah-sebelah)
(ZIDA 18 MARCH / TEYA 19 MARCH)




Alhamdulillah kerana dapat kawan macam ni...

NURRUL ANIZA pakat dengan mama aku ye....

GIRLS... alot of THANKS

_______________________

AYAH & MAMA... 
sampai ke akhir nyawa YUN sayang mama ayah ..





Isnin, 18 Mac 2013

senyuman tak menggambarkan perasaan

Ku Petik Bintang-bintang Lyrics

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

sumbangan :  http://www.lyrics.my/46964

* melodi & lirik...menggambarkan apa yang aku rasakan...

Ahad, 17 Mac 2013

Siapa yang nak gagal ?


Assalamualaikum ... hujung-hujung semester ni.. as a student siapa yang nak gagal kan? macam tu jugak aku. Sekadar berkongsi bersamalah. Semester ni seriusly aku memang banyak main. aku admit it.

So disebakan oleh itu some of paper test aku ada yang fail. Yup! maybe ada orang akan kata

"Tak Malu Ke cerita yang kau ada fail?"

Pada aku.. memang aku malu. Kalau aku tak malu aku tak akan rasa se-down macam hari tu. Yelah di kelilingi dengan orang yang pandai-pandai.. try untuk maintain pointer or tingkatkan pointer tapi sudahnye fail!

Memanglah orang akan kata

"Alah...fail test je pun.. final ada lagi."

Seriusly orang macam ni.. hurm... kind of... oke abaikan.... tu maybe pada dialah. bukan aku.

maybe Allah S.W.T nak uji aku.. mesti ada sebab dan hikmahnya..

Aku perlu rasa gagal ni pada awal-awal supaya one day if jadi yang lebih dasyat aku tak terlampau sedih dan duka...

Aku ada satu story nak cerita .. sekadar perkongsian bersama.. dari ayah aku..

" Ada seorang makhluk Allah.. dia dulu sangat success dalam hidup terutamanya study.. success die bukan DL biasa-biasa.. tapi DL 4 flat (btol ke eja flat tu?) die top students..memang succes la orang kata.. but one day.. paper final die.. tataw la kan final apa... die fail!// u know what.. wayar otak putus.. then terus tak betul... 

ayah aku kenal die ni dekat bus stop kat seremban dulu..waktu die mude-mude kerja kat seremban dulu... makhluk Allah tu selalu lepak kat bus stop dengan gitar then dia akan menyanyi.. guest what.. suara die ayah aku kata sedap kott.. but orang yang di duga macam tu.. orangnya tak ganggu orang... 

one day ayah aku bertanya a.k.a berborak-borak dengan dia.. layan dia... dari situ ayah aku dapat tahu cerita ni.. "

Ya Allah berat sungguh dugaanMu pada dia..

Dan Ya Allah terima kasih kerana bagi aku keperitan ini kerana aku tahu kau mahu aku jadi kuat.. in shaa Allah dengan izin Mu aku akan jadi lebih kuat menutup segala perasaan aku..

Rezeki ada dekat mana-mana.. in shaa Allah selagi kita berusaha.. bertawakal...berdoa... in shaa Allah.. Allah tak kan hampa kan kita.. jika kita tak dapat habuannya sekarang..mungkin Allah telah/sedang merancanakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan...

WaAllahualam...


Ahad, 3 Mac 2013

Perkara 2 : give us a chance

 Haiyoo tajuk… memang nak buat orang fikir ape je kan. Dah 3 hari masuk bulan March, terasa kejap gila kut masa berlalu. Rasa macam baru minggu lepas masuk semester 4. Aku ni ha ya Allah takutnya.. hujung bulan ni 28 aku dah start final kutt.. di bismillah kan dengan paper MGT180.

Bila duduk sorang-sorang ni ha. Aku teringat kawan-kawan aku. Dari sekolah sampailah yang ada sekeliling aku ni sekarang. Meh aku ceritakan pasal sorang-sorang..

*klik gambar untuk lihat FB mereka :)
oh btw sorry eh cilok gambar korang :D

First :

Nama: Qila (aku kenal dia ni dari aku darjah 2)

Info:
  •  ramai orang tanya aku, macam manalah kau boleh tahan berkawan dengan dia weyh? Jawab aku.. senang je..janji ikhlas berkawan dengan dia, in shaa Allah kau akan tahan dengan dia. Dia bukan buat apa pun dekat orang. Tapi orang yang banyak buat ‘apa’ kat dia. *kalo ade yang terasa maaf lah ye. Itu dari pandangan aku. Allah S.W.T kan tak bagi / tak suka kita membenci orang tanpa sebab yang kuat.

  • Walaupun aku selalu gado-gado dengan dia. Kengkadang sampai kene lecture ngan mak dia / mama aku, tapi at the end oke balik.

  • Skang dia Study kat some of the places .. haha macam apa je. Dulu dia satu kampus dengan aku tapi dia pindah Segamat sebab urusan keluarga dan masalah-masalah yang tak dapat di elakkan. Course : Investment /  Business 

  •  Mok.. kat mana je kau pergi.. ingat aku taw! Aku tahu kau sayang aku.. hihi :D
  
      Second :

     Nama : Amalina a.k.a Bulat (aku kenal dia since Form 2)  
     Info :
  •  aku kenal dengan dia dari kawan. Padahal aku satu kelas kut dengan dia ni. Jenis aku yang tak berapa nak peramah dengan orang yang aku tak rapat jadilah canggitu.. tapi at the end kitorang rapat sampailah kalau aku nangis mesti die pon ikut tacing sekali.. so sweet bulattt.. hihi..banyak story aku ngan die ni.. tak kurang jugak ada yang terfikir kitorang les? Haha eeeuuu tolong ler.. kitorang straight oke. Take note.

  •  Skang die study kat UiTM Sabah. Pray for her selamat kat sana. Kena pulak skang ni area sana dalam keadaan bahaya. *aku selalu doakan kau and member-member lain selamat. In shaa Allah.

  •  Minah ni in shaa Allah akan habis belaja dalam Diploma Pentadbiran Awam hujung tahun ni. Sampai semester 5 je course dia. *sejujurnya aku jeles oke. Kau habis dulu dari aku. -,-''
   Third : 


    Nama : Qila’z (aku jumpa die ni dekat skolah agama Masjid Al-Munawwarah)
    Info:
  • Dia ni paling kecik antara kitorang (5 orang). Tapi otak die.. bambooom!!! Brillianttttt!!! Wutt.. Tersenarai pelajar harapan sekolah kutt..

  •  Dia dengan Bulat tak boleh dekat oke.. begadoh yo kojo eh.. tapi ngan aku die malu-malu kucing la konon.. kahkah… tapi tetap nak menang dalam apa-apa point yang die rasa betul. Jenis dia laki pompuan law die tak puas hati.. bom! Bom ! ko kene la. Haha

  • Skang dia tengah buat Degree in Engineering tak salah aku. Dulu dia amik asasi bab-bab tu jugak lah. Kat UiTM Puncak Alam.


    Fourth :

------ tak ada gambar tak ada fb-----

    Nama : Mira (Kenal dia sebab dia kawan Bulat)
     Info:
  • Dia ni tak banyak cerita. Jenis femenin je. Hoho.. tapi bila kitorang ber5 combine. Fuh hilang ayu nya.. gelak hamboi sampai leleh-leleh air mata tu.

  • Waktu skolah dulu die ni nak jadi something yang ada kene mengena about chemist la.. sampai die ni sorang je yang bukan UiTM. Tapi UniKL. Dah cuti tak sama. Punya payahlah nak jumpa sekarang.

  • Tanya Bulat, Qila and Qila’z pon dorang tak selalu contact. Aku harap kau tak lupa kitorang weyh.. ;( 

 Mana lagi sorang? Kata ber-5. Yang sorang tu aku la tuh.. pasal aku tak payah nak tahu sangat lah eh.. nanti boleh rujuk kat ruang info pasal aku tu ha.. J

    • 69P = 69 Populations. Ni kire macam nama group kitorang la. Kenapa 69 Populations. Yang 69 tu aku tak berapa sure kenapa dan mengapa. Tapi populations tu.. korang belajar science kan? Populations ni di atas sebab dalam membership ni mesti perangai pelik-pelik kan.
    • Ade 1 quote ayat die canggini :

      “Dalam banyak-banyak member kita.. mesti ada sorang perangai dia entah apa-apa”

    • waktu aku bace quote ni. Aku tersengih sendiri je teringatkan korang.

    • Tapi bak kata Bulat: “Tapi kita semuanya entah apa-apa”

    • Sekali lagi aku tersenyum. Sentap sekejap hati aku. Yes I do aku rindu kan korang weyh. Seriously! *Ambil Tisu lap-lap air mata. :P

    • Member-member 69P  yang lain. Jangan tacing eh nanti aku update pasal korang pulak ye in shaa Allah.

- - - - - - - - - - Habis cerita pasal member kat sekolah hihi - - - - - - - - - 


Masuk cerita member kat UiTM Arau pulak. Yeah kitorang ada 7 orang sumenye! Haha macam ape ntah aku punya ayat.
Di mulakan dengan…..


Pertama : Teya (jumpa die waktu jalan nak pegi kelas first day)


Info :


  • Asal Teluk Intan, Perak.
  • Aku risau takut budak-budak kelas tak sekepala. Sekali tengah jalan-jalan orang depan aku pusing..orangnya tinggi-tinggi, kurus-kurus..
  • “Hye! Eh D.A.I.S eh?” aku angguk. “Group ape?” aku jawab “E” pastu die cakap ngan member-member die. “Bye awak kite dah ade kawan baru.” Aku muka pelik je time tu. Gurau kott!
  • Then member-member kelas ada yang ingat aku satu skolah kot dengan dia. Fuh. Mane ke datangnye sorang budak Shah Alam and sorang Teluk Intan. Haha
  •  Die ni miong-miong kelas 2 punya tahap. Addict nak kurus. Sedangkan dah kurus. Haiyooo nak tinggal tulang je kut agaknya. Dia hyper online shopping and fashion. Sampai tak makan tak pe janji shopping online. Haha. Tapi die best. Die good listener bagi aku. Bila aku pot pet pot pet luahkan perasaan ceit ade ke pujuk aku sembamkan muka aku kat ketiak.. tak senonoh betul
    • *adik-adik jangan tiru ye perangai cam ni. Boleh pitam oii kawan korang nanti.. wahahaha

                                          Kedua : Niza (kenal dalam kelas)


Info :


  • Orang Ipoh,Perak.
  •  Die ni DL oi.. every sems kot..
  •  Keje die study.. hard and hard.. ikot care die study memang aku pitam la jawabnye. Hihi
  • Di mana ade die kat kampus ni.. for sure korang boleh jumpe aku.. kihkihkih..
  • Senang kua ngan die. Sekepala.
  •  Aku ngan die banyak persamaan kot.. paling utama korang perlu tahu kat sini.. KAMI ANAK TUNGGAL ! hoooyeahhhh!.. parents kitorang pakai kereta yang sama. Kegemaran makan coklat & air cream.. hah ! yang lainnya die kurus aku gemok! Heh! =,=''


Ketiga: Yana (part2 barunak jinak-jinak ngan Yana’s group. Heh)



Info:


  • Orang Jitra, Kedah.
  • Orangnya law tak kenal orang akan kata garang nak mampussss! Tapi.. percayalah cakap aku dia baik and dia kelakar tanpa die sedar.
  • Apsal aku cakap cam tu kan. Kadang-kadang aku dah gelak golek-golek dah. Die boleh Tanya.. “hampa gelak pasai pa..aku serius ni..” oke tengok muke die serius aku diam. Kahkah..




Keempat: Nani (Yana’s geng)


Info:


  •  Die ni orang Sungai Siput, Perak.
  •  Aku nak cerita apa pasal die ni.. Hurm.. hah! Orang die cool-cool je. Pssstt ade orang kata die ni garang ngan bf die? Erk… =,=’’’ tataw la aku en..
  •  Pasai nak membahan orang die boleh geng dengan sesiapa je. Haha..ingat time Birthday Yana.. wat surprise.. ingat Birthday Yana taon lepas teruk uh die kene kunyittt..

KeLima: Irah (Yana’s geng)


Info:


  • -         Asai Kedah.
  • -         Orang die jenis tak kisah.. ke situ boleh ke sana boleh.
  • -         Asalkan oke die on.
  • -         Sempoi.. aku suka kacau die. Haha penggeli orangnya. Tak buleyh kene geletek.
  • -         Tak pernah lagi Nampak die marah. Hihi. 





KeEnam: Dayah (Yana’s Geng)


Info:


  • -         Asai Kedah jugak. Menetap kat Perlis.
  • -         Orangnya ustazah siket.
  • -         Penggeli lagi teruk dari Irah. Haha.


Tengah duduk-duduk ni.. aku terfikir.. alangkah bestnya one day nanti kita graduate same-same kan. Bergambar same-same. Aku harap sangat time tu semua ada. Mesti best. Baling topi grad same-same. Untuk terakhir kali. Maybe nanti kalo ada rezeki sambung degree tak semua kita akan same-same lagi.

“Ya Allah.. lancarkan jalan kami menuju kejayaan di Dunia Mu.. demi akhirat Mu.. Kau berilah kejayaan kepada kami semua di Dunia dan di akhirat.. Kau Berkatilah segala apa yang kami telah pelajari dan akan pelajari. Dan utuhkanlah hubungan yang terjalin antara kami sehingga akhir hayat kami”.


Ikhlas : aku J


*klik gambar untuk lihat FB mereka :)


Selasa, 26 Februari 2013

perkara 1 . hati.. dia..kawan...ex...

lama aku tak meng-update blog ni.. haha berhabukk!!! fuhhhhh *tiop kuat-kuat, mulut kembong.

oh sebelum tu.. sambungan Novel bersiri (ye ye ooo je kau ni) haha.. aku update waktu-waktu aku cuti sem naty la erk.. ihiks..

nak story sket pasal Sabar lah Hati .  ape ke he nye le kau ni pepagi bute..sesubuh pi'e ni buat tajuk jiwang karat sangat... *pergi ambil berus sental siket otak tu. ;p

oke nak buat luahan perasaan ni siket memandangkan situasi pun dah kene dah... subuh... hujan...huwaaaa syiiiookk babe law dapat tido ni.. [tape-tape..kita mengarut dulu then baru tido..baru syiookk]

aku sebenarnya bukan sengaja lame biarkan blog aku ni senyap je.. tapi.. ada sebab.. banyak doe sebabnya .. antaranya.. jeng...jeng..jeng..... :

1- ke-busy-an melanda aku.. assignments berlambak-lambak.. *me shooo scared.

2- tade mood nak mengarut! ;p

          antara-antara sebab ketiadaan mood :

                   - aku frust tertonggeng-tonggeng... haha (target utk paper tak mengena..ceit!)

                   - org tersayang slah faham hubungan antara kawan .. di kata kan aku suka 'dia'
                      minta jauhkanlah dari aku.

3- idea untuk sambung novel terbatas buat seketika.. tak sempat nak berangan! hihihi

4- jarang gila kut bukak lp...

..................... tade la banyak sangat sebenarnye... hihihi...........................

sabar lah hati...
nak di bicarakan di sini amatlah public.. hanya kau, kau, kau dan kau sahaja yang tahu perkara sebenar.

oh Ye.. sebelomn aku terlupa.. ROCK OO da kua en...
pe kate yang free-free tu gi tengok..

aku tak jamin la cte tu segempak mane.. macam juvana ke.. macam wawa semput..naik semput aku gelak.. haha oke meraban lagi dah ni..

promote sket la.. members aku ada jadi extra kat situ..
bukan lah aku nak bangga ada member jadi extra.. tidak sama sekali oke... just bagi support dekat filem tempatan.. hihihi...

to awak (Madie).. semoga satu hari nanti success oke.. saya doakan.. :) to : Rockers Sabahan ..

to  PakCik.. namo jeles-jeles oke.. law jeles sangat sila call saya di number yang terdapat dalam handphone anda.. ;)

salam Subuh.. jom Subuh yok...



Rabu, 23 Januari 2013

Mampukah Untuk Tersenyum lagi... writer

Maaf ..
aku tak dapat nak menyambung jalan cerita novel bersiri aku buat masa sekarang kerana kesuntukan masa.

busy dengan quiz dan test.

paper makin susah..

dan aku harap kau maafkan aku.

kerana sekarang aku juga mengalami krisis hati.

di mana aku keliru dengan perasaan aku.

ya atau tak aku keliru.. tapi yang aku pasti aku sayang dia. 

Sabtu, 5 Januari 2013

module part 4 : treasure hunt

wuhoooo ! modul part 4 menakotkan? silap sangat tu weyh.. haha..



MODUL part 4 la yang paling besttt kot setakat ni. tak bosan.

dengan member2 group yang sangat the sporting one haha.. habis berterabur grammar .. haha

oke kenapa best? aku cerita kat sini .. dia ada 6 cek point..

first group aku pergi ke ...

1------> kene pegang ikan haruan yang banyakkkk lendir! eeeeuuu haha *getiks sungguh.. haha aku tak la sebegitu .. haha

2-------> menyarap kat lecak.. yang sengaja abang-abang komander curahkan air lagi.. tak kotor baju tak sah.. nasib lah aku pakai jersy.. senang tanggal kotor2nye.. hihihi

3------> makan petai?? ee itu tak best oke.. makan cam tu je.. pastu kene masak nasi ngan sardin dalam masa 30 min.. oke dak laki masak.. hihi bagus bakal calom suami pilihan.. :D

4------>  kayak...! gune tangan bahahahaha tapi aku tak buat.. coz die nak 20 org je...

5--------> kene bahagi 2 kumpulan .. satu asingkan kacang n satu agi kene lukis logo uitm tanpa bercakap dan bangun..

6 ------> kene seberang kat tasik ilham.. wuhoooo paling best! tapi kat situ ktorg kene penalti sebab sepanduk ktorg komander amik coz leka tak jaga betol2.. eeei! jahat! law tak ktorg ta de kene penalti kottt

yang paling best!!! GROUP 18 DAPAT NO. 3 WOKKKKK ! yeay! good job !

sekian

Jumaat, 4 Januari 2013

Mampukah Untuk Tersenujm Lagi ? 10


Motosikal Kawasaki Ninja 650r bewarna hitam meluncur laju. Menuju ke port yang menjadi tempat Red Black berlatih. Red Black suatu masa dahulu yang di ketuai oleh Iman dan Hacks adalah kumpulan drumer yang di geruni.

 Ya, mereka sangat aktif dalam bermain drum dan ‘bettle of the drum’ jugak selalu mereka memenangi tempat pertama. Game seperti ini tidak sepopular geng-geng shufle, skate board dan yang seangkatan dengannya.

Banggunan usang di hadapan di renung. Dari atas motosikal Kawasaki Ninja miliknya dan masih tidak menanggalkan helmet, Hacks memerhatikan sekeliling banggunan itu. Ya, jika orang tidak tahu, mesti mereka ingat banggunan di hadapannya ini hanya banggunan buruk. Tapi apa yang ada di dalamnya tidak tepat sama sekali dengan jangkaan awal.

Warna yang sudah luntur dan di penuhi dengan akar-akar pokok yang sudah mula melingkari banggunan di hadapannya itu.  Tinggal berapa tahun sahaja lagi, dah boleh jadikan lokasi penggambaran filem-filem mistik. Dia menggeleng-gelengkan kepala dua tiga kali.

Helmet di buka. Enjin motosikalnya di matikan. Terkeluar keluhan halus dari pernafasan. Hish..apalah nak jadi.. langkah di atur menuju ke pintu masuk banggunan usang itu.

Bunyi hiruk pikuk hasilan dari ketukan-ketukan drum di sekeliling membingitkan telinga. Hacks yang sudah lama tidak terdedah dengan bunyi bising seperti ini mula berasa rimas.

Kehadirannya langsung tidak di sedari dan di ambil peduli. Nampak sangat ahli-ahli Red Black sudah melupakan dia. Eh touching pulak kau ni Hacks. Atau mereka ambil ‘barang’? macam mana boleh gerak semua drum set dalam satu masa yang sama? Hairan ni hairan.

Di toleh kanan di toleh kiri. Aku mencari kalau-kalau ada barang yang boleh aku hentak bagi dia orang sedar kedatangan aku. Ada ke patut aku tidak di layan. Pernah rasa terkontang-kanting tak? Ha, macam tulah yang aku rasa sekarang ni. Huh!


BANG ! ! !
tin besar di tepi kaki di tendang sekuat hati. Puas kau! Geram aku.

Suasana yang riuh bertukar senyap secara tiba-tiba.

“Hoi ! ! !” lelaki gemuk yang sedang duduk mengangkat kaki sebelah itu menengking.

Amboi, cantik betul bahasa kau! Tak apa, tak apa benda boleh bawa berbincang. Hehehe..

“Lu siapa?”

“Lu  siapa?” aku patahkan balik pertanyaan itu kepada si gemuk tu. Ish! Dah la gemuk , pakai baju tak cukup kain pulak tu. Seluar pendek. Ish ! kalau betis tu lawa tak apa la jugak, ni berlemak sana sini. Ketiak hitam. Bikin selera aku putus je nak makan.

“Lu langsi sama wa a..! Wa Cheng! Lu siapa masuk sini mau bikin kecoh, cicak?”

Lebih pulak gemuk seorang ni. Panggil cicak. Apa aku keding sangat ke? Bahalol betul! Rileks Hacks. Kita kene rileks ni. Jangan cepat melatah.

“Wa datang sini, wa nak tengok Red Black! Ada masalah?”

“Waaaaa..lu siapa mau ushar wa punya budak?”

“Wa siapa lu tak payah nak kecoh. Wa nak tengok siapa yang angkat ini Red Black. Main ‘barang’ pulak.”

Nampak gaya aku kena siap sedia ni. Budak-budak tu dah mula nak angkat barang-barang nak hentak aku.

“Rileks bro.. wa datang sini bukan mau cari gaduh. Wa Cuma nak jumpa dengan lu punya leader saja.”

“Wa.. diorang punya leader. Apa masalah lu? Wa bagi dia orang main ‘barang’ pon apa masalah lu?” 

Sengihan yang aku pamirkan memang aku sengajakan. Biar panas hati si gemuk ni. “Lu jangan bikin masalah la cicak !”

“Apa yang wa buat?” sambil membuat kening double jerk. “ Wa tara buat apa-apa ma.. apa pasal lu panas?”

“Kasi hentam sama dia!” jerit Cheng. The Red Black sudah tidak mengenali dirinya? Apa dah jadi ni?
Hacks di kepung oleh Red Black. Cahaya yang suram menyukarkan untuk mereka mengecam siapa lelaki yang berani mengacau aktiviti-aktiviti harian mereka.

“Apa pasal lu tengok saja? Hentam la!”

Ketika mereka mahu membelasah Hacks, salah seorang dari Red Black bersuara.

“Woi. Kejap-kejap!” sambil dia menjerit dia perhatikan susuk tubuh di hadapannya itu. Dengan sedikit bantuan cahaya dari luar, dia kenal di hadapannya siapa.

“Apa pasal lu berenti? Lu leader ke wa leader?”

“Kejap Cheng!” lelaki itu masih cuba mengecam susuk tubuh yang ingin di serang itu.

“Kau, Hacks kan?” Red Black yang lain bila mendengar lelaki tadi menyebut’ Hacks’ terus mereka menurunkan barang-barang yang telah di angkat dan hanya tinggal masa nak hentak lelaki di hadapannya itu.

Aku hanya tersenyum sinis. Baru nak perasan ke? Huh! Langkah aku atur dan aku tinggalkan mereka dengan kebingungan.

 bersambung.....
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]