Motosikal Kawasaki Ninja 650r bewarna hitam meluncur laju. Menuju ke port yang menjadi tempat Red Black berlatih. Red Black suatu masa dahulu yang di ketuai oleh Iman dan Hacks
adalah kumpulan drumer yang di
geruni.
Ya, mereka sangat aktif dalam bermain drum dan ‘bettle of the drum’ jugak selalu mereka memenangi tempat pertama. Game seperti ini tidak sepopular
geng-geng shufle, skate board dan yang seangkatan
dengannya.
Banggunan usang
di hadapan di renung. Dari atas motosikal Kawasaki Ninja miliknya dan masih
tidak menanggalkan helmet, Hacks memerhatikan sekeliling banggunan itu. Ya,
jika orang tidak tahu, mesti mereka ingat banggunan di hadapannya ini hanya
banggunan buruk. Tapi apa yang ada di dalamnya tidak tepat sama sekali dengan
jangkaan awal.
Warna yang sudah
luntur dan di penuhi dengan akar-akar pokok yang sudah mula melingkari
banggunan di hadapannya itu. Tinggal
berapa tahun sahaja lagi, dah boleh jadikan lokasi penggambaran filem-filem mistik.
Dia menggeleng-gelengkan kepala dua tiga kali.
Helmet di buka.
Enjin motosikalnya di matikan. Terkeluar keluhan halus dari pernafasan.
Hish..apalah nak jadi.. langkah di atur menuju ke pintu masuk banggunan usang
itu.
Bunyi hiruk pikuk
hasilan dari ketukan-ketukan drum di sekeliling membingitkan telinga. Hacks
yang sudah lama tidak terdedah dengan bunyi bising seperti ini mula berasa
rimas.
Kehadirannya
langsung tidak di sedari dan di ambil peduli. Nampak sangat ahli-ahli Red Black sudah melupakan dia. Eh touching pulak kau ni Hacks. Atau mereka
ambil ‘barang’? macam mana boleh gerak semua drum set dalam satu masa yang
sama? Hairan ni hairan.
Di toleh kanan di
toleh kiri. Aku mencari kalau-kalau ada barang yang boleh aku hentak bagi dia
orang sedar kedatangan aku. Ada ke patut aku tidak di layan. Pernah rasa
terkontang-kanting tak? Ha, macam tulah yang aku rasa sekarang ni. Huh!
BANG ! ! !
tin besar di tepi
kaki di tendang sekuat hati. Puas kau! Geram aku.
Suasana yang riuh
bertukar senyap secara tiba-tiba.
“Hoi ! ! !”
lelaki gemuk yang sedang duduk mengangkat kaki sebelah itu menengking.
Amboi, cantik
betul bahasa kau! Tak apa, tak apa benda boleh bawa berbincang. Hehehe..
“Lu siapa?”
“Lu siapa?” aku patahkan balik pertanyaan itu
kepada si gemuk tu. Ish! Dah la gemuk , pakai baju tak cukup kain pulak tu.
Seluar pendek. Ish ! kalau betis tu lawa tak apa la jugak, ni berlemak sana
sini. Ketiak hitam. Bikin selera aku putus je nak makan.
“Lu langsi sama
wa a..! Wa Cheng! Lu siapa masuk sini mau
bikin kecoh, cicak?”
Lebih pulak gemuk
seorang ni. Panggil cicak. Apa aku keding sangat ke? Bahalol betul! Rileks
Hacks. Kita kene rileks ni. Jangan cepat melatah.
“Wa datang sini,
wa nak tengok Red Black! Ada
masalah?”
“Waaaaa..lu siapa
mau ushar wa punya budak?”
“Wa siapa lu tak
payah nak kecoh. Wa nak tengok siapa yang angkat ini Red Black. Main ‘barang’ pulak.”
Nampak gaya aku
kena siap sedia ni. Budak-budak tu dah mula nak angkat barang-barang nak hentak
aku.
“Rileks bro.. wa datang sini bukan mau cari gaduh. Wa Cuma nak jumpa dengan
lu punya leader saja.”
“Wa.. diorang
punya leader. Apa masalah lu? Wa bagi
dia orang main ‘barang’ pon apa masalah lu?”
Sengihan yang aku pamirkan memang
aku sengajakan. Biar panas hati si gemuk ni. “Lu jangan bikin masalah la cicak
!”
“Apa yang wa
buat?” sambil membuat kening double jerk.
“ Wa tara buat apa-apa ma.. apa pasal lu panas?”
“Kasi hentam sama
dia!” jerit Cheng. The Red Black
sudah tidak mengenali dirinya? Apa dah jadi ni?
Hacks di kepung
oleh Red Black. Cahaya yang suram
menyukarkan untuk mereka mengecam siapa lelaki yang berani mengacau
aktiviti-aktiviti harian mereka.
“Apa pasal lu
tengok saja? Hentam la!”
Ketika mereka
mahu membelasah Hacks, salah seorang dari Red
Black bersuara.
“Woi.
Kejap-kejap!” sambil dia menjerit dia perhatikan susuk tubuh di hadapannya itu.
Dengan sedikit bantuan cahaya dari luar, dia kenal di hadapannya siapa.
“Apa pasal lu
berenti? Lu leader ke wa leader?”
“Kejap Cheng!”
lelaki itu masih cuba mengecam susuk tubuh yang ingin di serang itu.
“Kau, Hacks kan?”
Red Black yang lain bila mendengar
lelaki tadi menyebut’ Hacks’ terus mereka menurunkan barang-barang yang telah
di angkat dan hanya tinggal masa nak hentak lelaki di hadapannya itu.
Aku hanya
tersenyum sinis. Baru nak perasan ke? Huh! Langkah aku atur dan aku tinggalkan
mereka dengan kebingungan.
bersambung.....
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan