Isnin, 29 Oktober 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 3


Sepanjang perjalanan Filza Iman dan Izzat Wafie dibelenggu kebisuan. Wafie menjeling wajah polos Filza. Hatinya kini yakin bahawa Filza sedang berfikir tentang kebarangkalian yang dia sendiri pun tak dapat nak agak. Kenapalah pelik sangat tunang aku ni hari ni. Selalunya bising mulut tu, ni senyap pulak. Tak syok, tak syok.

Sampai sahaja tepat di pintu rumah sewa milik Filza Iman, dia pantas bersalam dengan tunangnya itu. Semasa Filza ingin keluar dari perut keretanya, pantas dia menarik lengan gadis itu lantas membuatkan gadis itu kembali terduduk. Pandangan tajam dihadiahkan kepada tunangnya itu. Lain benar sikapnya hari ini. Persoalannya kenapa?

“Sayang, cuba cakap apa yang sayang fikirkan dari tadi?” Renungan matanya masih tajam melihat wajah ayu itu.

Masih diam. Gadis itu hanya mampu memandang semula renungan matanya. Inilah sikap Filza Iman yang dia sendiri tak tahu bagaimana ianya boleh terjadi. Rakan-rakannya tak kiralah sama ada perempuan atau pun lelaki, kalau melihat renungan tajam darinya pasti semuanya menikus. Ini lain pula ceritanya, sejak dia mengenali gadis itu, tak pernah sekali pun gadis itu menundukkan wajah jika direnung sedemikian rupa, jauh sekali mahu mengelak.

“Sayang cakap kat abang, abang ada buat salah ke?” Hanya gelengan yang diberi. “Habis tu?.”  Agak tinggi suaranya kali ini. Filza Iman bungkam. Masih tidak menunjukkan ciri-ciri akan menjawab soalan yang diberi oleh Izzat Wafie.  “Cakap sayang ! Jangan buat abang macam ni !” Kali ini dia tidak boleh sabar lagi. Perkara ini harus di jelaskan oleh Filza Iman sendiri. “Cakap sayang !” digoncangnya bahu gadis itu.

“Saya takut kehilangan awak.”

“Berapa kali abang nak cakap yang Filza tak kan kehilangan abang? Kenapa fikir sampai macam ni?”

“ Saya cuma takut...” air mata yang cuba di tahan sejak tadi tidak dapat di bendung lagi. Dia menangis dibahu Wafie. Dia tak kisah lagi jika tunangnya itu fikir dia seorang gadis yang cengeng.

“Sayang..jangan macam ni please..Kenapa fikir yang bukan-bukan?” Di peluk tunangnya itu penuh kasih. Ya kini dia pula yang terasa berat hati untuk tinggalkan tunangnya itu. Filza Iman, abang akan jadi suami sayang. Suami yang akan imamkan setiap kali solat sayang. Itu janji abang.

“Pandang abang ...” seakan dengar tak dengar sahaja suara Izzat Wafie. Diangkat wajah yang disayangi itu.  Kasihan Filza. Kenapa fikir sampai begitu sekali sayang? “Abang tahu Filza sayang abang. Abang tahu Filza takut kehilangan abang. Jangan risau sayang, pelamin indah akan kita naik bersama. Abang janji. Janji pada sayang. Janji untuk cinta kita.” Berjurai-jurai air mata yang jatuh di pipi gadis itu. Pilu rasa hati tatkala melihat wajah yang dikasihi begitu luhur menyatakan kerisauan hati.

“Dah, sayang pergi masuk rumah. Lepas tu pergi mandi dan solat. Doakan yang baik-baik untuk kita berdua ok? Abang nak balik ni, karang lambat balik bising pula mak dan abah nanti.”

Filza menghantar Izzat Wafie dengan wajah yang muram. Hatinya masih risau. Wahai hati, percayalah cik abang Wafie aku tu dalam keadaan yang selamat. Langkah di atur lemah. Di kerling jam di tangan. Alamak dah nak habis waktu maghrib. Hai...Filza...Filza.. tahu kau nak menggelabah. Tadi boleh pulak berdua-duaan, beromantik sakan dalam kereta.


Usai menunaikan solat fardu maghrib, aku masih berteleku di atas sejadah. Kenapa aku patut fikir yang bukan-bukan. Tak tenang betul jiwa aku ni. Ada silap mana-mana ke eh? Rasanya tak ada. Lantas al-Quran di atas meja di capai. Baru sahaja duduk dan ingin membuka kalam suci itu, deringan telefon bimbit yang terletak di atas meja memainkan lagu Lonely No More dari Robs Thomas membatalkan niat ku untuk menyambung niat suci aku sebentar tadi.



Panggilan yang baru di terima tadi benar-benar membuatkan aku hampir-hampir hilang kewarasan. Apakah ini perkara yang ada di benak hati aku sepanjang hari ni? Adakah ini perkara yang aku takutkan selama ini? Ya Allah.... Air mata tak dapat aku tahan. Semenjak dapat panggilan tadi aku tak habis-habis beristighfar, menangis lagilah....

“Atin!!!”...”Atin!!!” raung ku. Aku terduduk lemah di tikar sejadah ku. Tanganku terketar-ketar memegang al-Quran yang sejak tadi aku pegang, mujurlah tak jatuh.

“Ya Allah. Kau kenapa ni?” Nyata Atin sangat cemas melihat aku yang seperti kucing kehilangan anak. Menangis bagaikan orang gila.

“Atin....Wafie ...Tin...Wafie...”

“Kenapa dengan Wafie?”

“Wafie dah tak ada !”

“kau jangan main-main weh.. Bukan tadi dia baru...” tak sempat Atin  habiskan ayatnya dia terpandang telefon bimbit Filza . “Filza apa dah jadi dengan Wafie?”

“Dia kemalangan. Dia .... dia dah tinggalkan aku Atin...Dia dah tinggalkan aku..” tersedu-sedu aku untuk mengatakan perkara ini. Sungguh aku tak dapat terima apa yang terjadi. Bagaikan mimpi. Aku baru sahaja melihat wajah bakal suami ku. Tapi sekarang aku dapat panggilan dari emaknya menyatakan Wafie kemalangan dengan sebuah lori angkut pasir. Mana mungkin aku nak terima semua ni. Allah...hebatnya dugaan Mu.

“Atin..bawa aku pergi hospital.”

“Sekarang?” Eh sengal betul minah ni. Ya la sekarang tak kan esok ! aku dah tengah sedih ni.

“Ye la sekarang !” Alamak sorry Atin. Aku tak sengaja tertengking.

Sekadar menyarungkan tudung di kepala. Aku keluar dengan memakai seluar jeans dan tshirt lusuh. Aku tak mampu drive. Nasiblah housemate aku ni ada lesen. Ah kalau tak ada pun ada kan jugaklah. Yang penting aku nak pergi hospital sekarang ni jugak .

Proton Putra milik Filza yang berwarna hitam membelah kepekatan malam menuju ke Hospital Permai, Johor Bahru.


 bersambung.......

KLIK untuk sambungan..----> Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 4

[sokongan amat-amat di perlukan =) ]

Tiada ulasan: