Selasa, 27 November 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 7


"Kenapalah kau ni suka sangat buat keputusan sendiri Filza?” Ayahnya sedari tadi tidak bersuara. Marah benar barang kali. Hanya mama sahaja yang tak habis-habis bertanyakan itu ini. Padan muka dengan aku. Siapa suruh ikut suka buat keputusan. Sekarang rasakan, tahan sahajalah telinga tu dengar mulut mama membebel.

“Mama, ayah. Ini cadangan daripada Prof.Syikin sendiri. Apa yang dia cakap tu betul. Tak kanlah Filza nak graduate dengan pointer yang cukup-cukup makan nanti. Tentang urusan penangguhan semua tu ayah dengan mama tak payah risau. Sementara cuti ni saya akan pergi uruskan sendiri. Pandai-pandailah saya nak buat macam mana. Janganlah risau Filza dah besar, dah pandai fikir yang baik dan yang buruk.”

“Ayah tak nak dengar ada masalah satu pun. Jangan cakap dekat ayah yang Filza akan berhenti belajar terus. Kalau itu yang terjadi siaplah.” Ayah yang sejak dari awal hanya diam bersuara. Tegas dan garang nadanya. Marahlah tu.

“Habis Mak Senah dengan abah Zaid dah tahu?”

Aku anggukkan sahaja soalan mama itu.

“Dia kata apa?”

“Dia orang tak kisah. Dia orang cuma harap yang keluarga kita tak akan lupakan mereka.”

Selesai menerangkan segalanya pada ayah dan mama. Aku masuk ke dalam bilik. Menghempaskan badan ke atas katil. Ah... sungguh selesa bila dapat baring di atas katil empuk dan besar. Sedang aku baring melayan perasaan tiba-tiba mata aku terpandang frame gambar yang terletak elok di atas meja. Gambar yang ketika itu mereka bersama-sama bercuti di Cameron Highland pada cuti semester yang lepas sambil di temani adik-adik Izzat Wafie, Ana dan Asyraf.


“Baik-baik sayang nanti jatuh.” Pantas sahaja tangannya menyambar lengan Filza Iman. Cuaca pagi di Cameron Highland sangat-sangat indah. Mereka pergi ke salah satu taman bunga ros yang terletak tidak jauh dengan hotel di mana tempat mereka bermalam. Izzat Wafie tahu yang tunangnya itu menggemari bunga-bunga ros. Walaupun tunangnya itu nampak keras dan bersahaja tetapi di dalam hati penuh dengan taman bunga, taman bunga ros.

Filza Iman yang baru sahaja mahu melangkah terhenti akibat daripada perlakuan Izzat Wafie. “Apalah abang ni. Sayang tahulah tempat ni licin. Risau benar dia.” Matanya masih lagi tertancap pada bunga-bunga ros yang berada di hadapan mata.

“Mahunya tak risau. Anak dara orang.”

“Hahaha..haruslah dara. Dah, dah lepas saya nak pergi sana.” Tangan kirinya dihalakan ke satu tempat yang di tumbuhi bunga-bunga ros yang bewarna putih.

Baru sahaja kakinya hendak melangkah, kaki kiri Filza Iman terlanggar akar-akar yang berada di hadapannya. Badannya sudah tak seimbang. Habislah mesti jatuh punya...

“Abang....!” itu sahaja yang mampu di ucapkan.

Izzat Wafie yang sedang leka mencari adik-adiknya terkejut dengan jeritan Filza Iman lantas menarik tunangnya ke arahnya sekuat mungkin.

Buk ! ! !

Dua-dua terduduk macam nangka busuk...Mata bertentang mata. Terasa ada debaran di dalam hati antara kedua-dua pihak. Ya Allah, kuatkan iman hamba mu ini. Di kala itu hanya jiwa memainkan lagu-lagu cinta. Hangat terasa di wajah mengalahkan suhu sejuk di bumi Cameron highland. Kedua-duanya terkaku di atas tindakkan spontan itu. Tidak di duga. Sepanjang hubungan mereka, tidak pernah mereka serapat ini. Memang mereka hangat bercinta tetapi batas-batas yang perlu dijaga harus di lakukan, walaupun tidak seberapa.

Splassssshhhhh !

“Gotcha!” Asyraf ternyata riang dapat menangkap gambar kami. Kalaulah aku ni artis pasti sudah tersebar gambar-gambar kontorversi ni. “Ana ! Ana ! tengok ni. Angah dapat apa !” Ana yang sedang leka mengambil gambar bunga-bunga ros segera ke arah kembarnya itu.

“Kacaulah angah ni. Apa dia?” Tanya Ana sambil matanya memerhatikan Kak Filzanya serta Abang Wafienya sedang membersihkan punggung masing-masing.

“Ni..” Asyraf menunjukkan gambar itu ke arah adik kembarnya itu.

“Fuyoooo...Kak..romantik habislah.” Filza Iman yang masih blur tercengang.

“Tulah kau asyik nak tangkap gambar bungalah apa lah. Tengok angah dapat apa. Candid and nice !” Teruja sungguh budak ni.

“Eleh. Orang ada projek assignment lah. Angah apa tahu.” Nama sahaja kembar tapi asyik berperang mulut sahaja. Ana dan Asyraf mempunyai minat yang sama dan mengambil jurusan yang sama. Cuma mereka tidak dapat menyambung pembelajaran di Universiti yang sama. Seorang tercampak dekat Utara, seorang lagi dekat Timur.

“Eleh...ayat cover. Macam angah tak tahu kau tu jiwang.” Katanya sambil membelek-belek gambar yang di ambilnya. Nikon d3100 miliknya itu di terima daripada Izzat Wafie sempena ulang tahun kelahiran mereka yang ke 17, begitu juga Ana. “Abang posing lagi. cepat! Biar angah ambil lagi gambar.”

“Jangan nak mengada-ngada angah !” Tegas nada suaranya. Aku hanya tersenyum melihat aksi gelabah Izzat Wafie.

Tanpa pengatahuan Izzat Wafie dan Filza Iman , Asyraf sudah lama mengambil gambar-gambar abangnya dengan Filza Iman. Pasangan yang tepat. Secocok. Hehehe. Tersengih-sengih Asyraf melihat koleksi-koleksi fotonya itu. Model-modelnya pula sungguh pandai beraksi. Eleh, padahal tangkap gambar senyap-senyap. Banyaklah kau punya model. Hahaha.


bersambung.....
KLIK UNTUK SAMBUNGAN....---->; Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 8
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]
{maaf kerana lame tak update..}