“Awal
kau bangun hari ni Fil?” Haruman nasi goreng yang di goreng oleh Filza Iman
benar-benar membuatkan perutnya berbunyi di pagi-pagi hari. Filza Iman
bersahaja. Senyum tak masam pun tidak. Seperti biasalah wajahnya yang dulu
murah dengan senyuman seakan mati setelah apa yang terjadi hampir dua bulan
lalu. Filza Iman menjadi seorang yang lokek untuk memberi senyuman. Dia menjadi
seorang yang serius dalam setiap perkara.
“Apa
mimpi kau masak pagi-pagi ni? Ada something
good news nak cerita dekat aku?” Teka Fatin Daliana sambil melihat
kelincahan Filza Iman di dapur. Minah ni dulu kata tak reti masak, pagi ni aku
tengok macam pro habis dia kat dapur.
“Nope. Just nak buat baik dengan kau sesekali. Tak boleh ke?” Di
letakkannya bekas yang berisi nasi goreng cili api itu di atas meja. Filza Iman
kini sibuk menyediakan air kopi panas pula.
Fatin
Daliana bangun lalu mengambil pinggan. Macam sedap je nasi goreng ni. Memang
tak sabar-sabar aku nak pulun. Dia kembali duduk dan menceduk nasi goreng itu
ke dalam pinggan dia dan pinggan Filza Iman. Baru satu suap .. Ting ! berasap
telinga. Pagi-pagi lagi aku dah kena cili dengan dia ni. Berapa banyak cili api
yang dia bubuh ni?
“Fil....air..air...”
katanya sambil mencari cawan dan hulur kepada Filza Iman. Matanya sudah berair.
Filza
Iman yang tercengang melihat gelagat Fatian Daliana terus menuang air kopi
panas yang baru dibuatnya ke dalam cawan yang di sua kepadanya. Tanpa sempat
Filza Iman memberi amaran bahawa air kopi itu panas, Fatin Daliana terus
meneguk dengan rakus. Tak sampai sesaat...
Puuffffffff ! habis
muka Filza Iman di semburnya dengan air kopi yang tadinya telah masuk ke dalam
mulutnya. Tak senonoh betul minah ni !
“Hoi ! Kau ni kenapa Atin?”
“Pedas kau tahu tak nasi goreng
tu. Ni air ni panas gila. Kau nak bunuh aku ke apa?
“Ye ke pedas? Tadi aku rasa ok je.
Air ni memang panas. Aku tak sempat nak cakap kau dah minum.” Katanya sambil
pergi ke singki untuk membersihkan mukanya yang sudah melekit dengan air kopi.
“Tak pedas kau kata? Kau try lagi sekali.” Fatin Daliana
mencari-cari air sejuk di dalam peti ais.
“Oh, aku lupa. Kau mana tahan
pedas kan. Tak apa boleh makan dengan kicap.” Filza Iman duduk di meja makan
sambil menadah tangan ingin membaca doa makan. Dia kini menyudu suapan pertama
ke dalam mulutnya.
Mana ada pedas. Penipu besar
betul minah ni. Biasa je aku rasa. Nama pun nasi goreng cili api. Tak kan nak
letak gula pula. Ingat aku ni orang Kelantan ke yang suka makan manis-manis ni.
Ops, kepada orang Kelantan, maafkan hamba di atas pendapat ini.
Fatin Daliana duduk menghadap
Filza Iman yang sedang makan. Lega rasanya dapat air sejuk.
“Apa tengok aku makan macam tu?
Tu nasi dalam pinggan tu habiskan. Penat aku masak.” Mahu tidak mahu disuapnya
sedikit demi sedikit nasi goreng itu kedalam mulut. Satu sudu suapan satu teguk
air. Mukanya merah menahan pedas.
“Atin..” Filza membuka bicara.
Terbantut niat Fatin Daliana ingin menyuap masuk suapan nasi goreng itu.
“Ada apa?”
“Aku rasa. Aku nak balik Shah
Alam lah.” Membuntang biji mata Fatin Daliana mendengar apa yang Filza Iman
katakan.
“Kau nak buat apa balik Shah
Alam?”
“Saja nak tanam sayur.” Dia cuba
untuk loyar buruk.
“Tengah serius ni, serius lah.”
“Aku nak rehat buat masa ni.”
“Study kau macam mana pula?”
“Aku
extend lah nampak gayanya.”
“Kau
tak rasa rugi ke Fil?”
“Ikutkan
memang rugi, tapi Prof.Syikin cadangkan benda ni. Aku pun dah fikir masak-masak
aku akan extent study aku. Lagi pun carry
marks aku teruk. Kalau lulus pun final
nanti cukup-cukup makan je.”
“Mama
dengan ayah kau dah tahu?” Filza menggeleng. “Habis aku macam mana?”
“Alah
Reza kan ada. Dia boleh jaga kau.”
“Mulut
kau, aku nak je lumat-lumat dengan cili ni tahu tak? Dia bukan boyfriend aku sampai nak kena jaga aku.”
“Aku
dah buat keputusan. Ni keputusan aku. Alah lagi sebulan nak final. Aku tak boleh nak fokus. Mungkin
aku akan sambung study aku next
semester tapi bukan dekat sini. Aku harap kau jaga diri eh.” Fatin Daliana
menunjukkan muka sepuluh sennya.
“Ala
kau ni. Janganlah tarik muka. Kita kan boleh masej-masej, calling-calling. Nanti kalau aku free aku datanglah jenguk kau. Ok kan?”
Fatin
Daliana tersenyum paksa. Maknanya selama sebulan lagi dia akan duduk di rumah
ini seorang diri. Nak cari housemate
memang tak ada punya, tambahan lagi dah nak akhir-akhir semester ni.
“Bila
kau nak balik Shah Alam?”
“InsyaAllah
esok pagi.” Membuntang sekali lagi mata Fatin Daliana.
“Kau
memang suka buat kerja terkejut-terkejut ni kan. Weh apa pasal awal sangat?
Baliklah hujung minggu ke.”
Filza
Iman menggeleng. “Aku balik esok pagi. Dah, aku dah masak ni kau pulak lah yang
kemas ye. Terima kasih.” Filza Iman meninggalkan Fatin Daliana seorang diri di
dapur.
Selesai
kemaskan dapur, Fatin Daliana terus menjenguk Filza Iman yang sedang mengemas
barang-barang. Nyata betul bahawa dia akan balik ke Shah Alam esok pagi. Tekad
betul hati gadis ini. Dari mula sampai sekarang jika itu jawapan Filza, itu
jugalah yang akan menjadi keputusannya. Bukan mudah untuk mematahkan apa yang
gadis ini telah ungkapkan.
”Kau
tak kasihan kan aku ke Fil?”
Filza
Iman yang sedang sibuk mengemas barang-barang masuk ke dalam kotak terkejut.
“Lain kali bagi salam dulu.” Tegas nada suaranya.
“Sorry.”
“Kalau
aku kasihan dekat kau, siapa nak kasihan dekat diri aku? Dia dah tak ada, buat
apa aku nak duduk sini lagi.” Filza senyap. Sememangnya dia kasihankan Fatin
Daliana, tetapi untuk merialisasikan apa yang dia hajati, dia harus kentalkan
hati dan jangan memikirkan hati orang lain.
Fatin
Daliana masuk ke dalam bilik Filza Iman. Tangannya perlahan-lahan melipat
pakaian-pakaian kawannya itu. Membantu sekadar mampu.
“Fil..
aku nak tanya sikit boleh?” Filza mengangguk. “ Kenapa aku tengok Reza tu rapat
dengan kau?”
“Entah.”
Pendek sahaja jawapan yang di beri oleh Filza Iman.
“Macam
mana kau kenal Reza?” Filza memandang Fatin Daliana sepi. “Kalau kau tak nak
cerita tak apalah.”
“Kenapa
kau nak tahu?”
“Aku
pelik. Rapat dia dengan kau lain macam. Dia budak sport dan boleh dikatakan semua budak sport ni mana nak layan kita yang nerd ni.”
“Nerd tu kau. Aku tak.”
“Ok
nerd tu aku, kau tak. Aku pelik lah
Fil..”
“Apa
lagi yang kau pelikkan ni?” Filza Iman masih ligat mengemas barang.
“Kau
tak perasan ke Reza tu macam mana. Yelah maksud aku dia kan budak sport, majoriti budak sport mana main pakai motor kapcai.
Honda C70 pulak tu. Lepas tu dia sanggup ambil aku semata-mata sebab kau yang
suruh.”
“Tak
ada bendalah yang nak dipelikkan Atin. Dia kan kawan baik kita, tak kan dia tak
boleh bantu kita bila kita minta tolong.”
“Aku
rasa yang kawan baik dengan dia tu kau je Fil. Aku ni, asal aku jumpa si siput
sedut tu aku nak marah je. Sakit hati aku. Semua tak kena depan aku. Tapi di
sebabkan kau yang minta tolong in other
words kau yang suruh dia jemput aku, dia sanggup jemput aku yang memang dia
sendiri tahu sejak azali lagi aku ni memang tak sebulu dengan dia.”
“Tu
sebab aku kata dia baik.”
“Baik?
Baik apa kalau mengata aku gemuk? Aku sikit punya keding dia kata aku gemuk
tau. Atau dia tu buat baik dengan kau sebab ada makna lain? Hah ! Ada udang
sebalik batu kot.”
“Kau
jangan fikir yang bukan-bukan boleh tak Tin. Penatlah. Aku nak kemas ni kau
pulak tercotcet-cotcet dekat sini.
Kalau nak bantu di persilakan. Kalau nak membebel je silakan..silakan keluar.”
“Ok
aku diam.”
“Sampai hati kau kan, tinggalkan
aku.” Fatin Daliana berdiri di pintu hadapan rumah sewa itu.
Filza Iman yang sibuk memasukkan
barang ke dalam bonet kereta terhenti seketika tatkala Fatin Daliana
menegurnya.
“Aku bukan tak boleh nak jumpa
kau lagi kan lepas ni? Nanti kau apply
lah kerja dekat Shah Alam, mesti selalu punyalah aku jumpa kau.”
Siap sahaja dia memasukkan
barang-barang ke dalam kereta, dia bersalaman dengan Fatin Daliana. Berat
hatinya ingin meninggalkan kawannya itu seorang diri. Tapi demi ingin mengubah
jalan hidup, dia terpaksa. InsyaAllah suatu hari nanti pasti akan bertemu
kembali. Kasih seorang sahabat tidak akan sesekali dia lupakan.
Reza Hakimi yang sedari tadi
membantu Filza Iman mengemas barang turut di salamnya. Ternyata dia sangat
terkejut dengan berita yang telah disampaikan oleh Fatin Daliana pagi tadi.
Pada mulanya dia tidak percaya sehinggalah dia mendengar sendiri berita itu
dari mulut Filza Iman. Bagai mahu pecah dadanya menahan sebak yang berkumpul.
Seorang gadis yang di sanjung selama ini tiba-tiba ingin berpindah dan pergi
jauh dari dirinya.
“Kau drive hati-hati tau Fil.. aku sayang kau. Jangan lupakan aku tau.”
Pesan Fatin Daliana ketika Filza Iman sudah masuk ke dalam perut keretanya.
“Kita masih kawankan?” Filza
Iman mengangguk bagi soalan yang Reza Hakimi tujukan itu. Tiada senyuman di
hadiahkan kepada Fatin Daliana Dan Reza Hakimi.
“Reza, kau jaga kawan aku ni
baik-baik. Jangan asyik nak bertengkar je. Jangan nak ambil kesempatan kat anak
dara orang. Ingat tu!” Pesan Filza Iman kepada Reza Hakimi.
“Kau jangan bimbang. Aku akan
jaga mak cik gemuk ni elok-elok. Kau tu drive
hati-hati jangan nak jiwang sangat nanti Shah Alam ke mana kau entah ke mana.”
Filza Iman mengeluarkan dua
kotak kecil dari beg tangannya. “Nah, ni untuk kau Atin, yang ni pulak untuk
kau Reza.” Mereka menyambut huluran itu dengan wajah sedih.
“Kau nak bagi aku cincin tunang
ke?” Reza Hakimi cuba berseloroh. Fatin Daliana hanya diam membisu. Tidak ada mood langsung nak buka pemberian dari
Filza Iman. Yang dia tahu dia ingin tatap wajah ayu milik Fatin Daliana yang
dahulu pemurah dengan senyuman tetapi kini tidak lagi. Hadiah ni kejap lagi
bole buka.
“Aku gerak dulu nanti lambat.
Jaga diri. Nanti bila-bila free
datanglah Shah Alam.”
Proton Putra Hitam meluncur
keluar dari rumah sewa dengan perlahan-lahan. Dua orang sahabat itu hanya
menghantar dengan pandangan sehinggalah kelibat kereta itu menghilang.
bersambung.....
[segala comment anda dan idea-idea amat-amat saya hargai dan perlukan bagi mencantikkan jalan cerite...]
^_^
6 ulasan:
best2... tpi rasanya klau uat cita heroin dah kahwin lgi best kot.. uat cita psai heroin ngan hero ka? lepa brgaduh ka? baru best.. jnji konflik x bnyak sdah..
Ruunna Qizbal.. insyaAllah.. jap lagi ada pasal lepas kahwin la tuh.. haha
btw thanks coz bg comment.. insyaALLAH akan menggunakan idea-idea yang di beri
ok2.. sya sntiasa skong awak.. :)
uat cita yg sweet2 tau.. jgan konflik banyak sdah.. hehe
terima kasih daun keladi.. heh heh ^_^
bila nak smbng ni.. :(
Ruunna Qizbal:
maaf kerana lambat... sila.. 2 bab da masuk :)
terima kasih kerana sabar menunggu :)
Catat Ulasan