Ahad, 11 November 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 5


Gitar kapok coklat di pandang lesu. Tuan empunya telah pergi selamanya. Dahulu Izzat Wafie lah yang akan memainkannya lagu-lagu kegemarannya. Filza Iman termenung jauh memikirkan masa yang akan di tempuhinya. Kata-kata Prof.Syikin membuatkan dirinya berada di dalam dilema. Ditenungnya salinan keputusan kuiz-kuiz dan test-test yang nyata teruk selepas pemergian arwah. Memang dia boleh meneruskan pembelajarannya tetapi keputusannya pasti tidak cemerlang.

Lamunannya terhenti apabila pintu pagar rumah sewanya berbunyi. Fatin Daliana turun dari motor Honda C70 milik Reza Hakimi dengan tergopoh-gapah. Muncung mulutnya bagaikan boleh di sangkut baldi. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Reza Hakimi dia terus berlalu pergi. Malas hendak di layan perangai Reza Hakimi. Menyakitkan hati sahaja. Dari dia naik motor lelaki itu sehinggalah sampai di rumah sewanya, Reza Hakimi tidak habis-habis membebel-bebel mengatakan motornya semput kerana Fatin Daliana berat. Pada awalnya Fatin Daliana melawan tetapi penyudahnya dia balik yang terkena, akhirnya dia senyap dan membiarkan Reza Hakimi membebel seorang diri serta ketawakan dirinya.

“Assalamualaikum.” Fatin Daliana memberi salam sambil membuka kasut tumit tingginya. Ah malu sungguh berpakaian begini dan berkasut tinggi naik motor kapcai. Filza yang sedang termenung menjawab salamnya ringkas.

“Kau memang saja nak kenakan aku kan Fil?” dihenyakkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Filza Iman. Penat sungguh hari ini. Hari yang boleh dikatakan malang bagi dirinya.

“Kenapa?” tanya Filza Iman bersahaja.

“Kau tanya aku kenapa, Fil?” nyata dia memang tidak berpuas hati. “Apa pasal kau suruh aku naik sesumpah si siput sedut tu? Aku boleh balik sendirilah. Teksi depan kampus kita tu banyak.”

“Dia baik. Aku tahu dia akan hantar kau dengan selamat.”

“Tapi Fil, mulut dia teruklah. Macam puaka !”

“Puaka-puaka mulut dia tapi hati baik.”

“kau dah kenapa ni? Tak habis-habis puji si siput sedut tu baik-baik?”

“Dah memang dia baik, tak kan aku nak cakap dia jahat.” Tanpa dia sempat bangun Fatin Daliana menarik tangan Filza Iman untuk duduk semula. Tapi dia tidak sedar bahawa tindakkannya membuatkan hati Filza Iman berang.

“Hey! Kau kenapa? Kalau kau tak suka lain kali tak payah naik!”

Tersentak Fatin Daliana mendengar tengkingan dari Filza Iman. “Eh Fil, kau kenapa nak tengking-tengking aku? Aku tanya je tu pun nak marah ke?”

Filza Iman terdiam. Bukan niatnya mahu menengking Fatin Daliana. Dia betul-betul tidak sengaja. Tindakan Fatin Daliana membuatkan dia terimbas kembali apa yang telah Izzat Wafie lakukan sebelum dia terlibat dalam kemalangan. Segalanya masih jelas sehingga sekarang. Dia baru mahu cuba melupakan bekas tunangnya itu, tapi Fatin Daliana telah membuatkan dirinya teringat kembali kepada Izzat Wafie. Tanpa dia sedar air matanya turun semula. Fatin Daliana tergamam.

“Fil... Aku minta maaf ok. Kau jangan ambil hati. Aku tak kisah kau marah aku. Betul aku tak kisah.” Filza Iman masih menangis. “Fil... dahlah tu. Aku tak ambil hati pun apa yang kau cakapkan tadi.”

Kepala Filza Iman tergeleng-geleng. “Aku....aku minta maaf sebab tengking kau.......Aku tak sengaja...Aku cuma..cuma...” tak sanggup dia nak sebut nama bekas tunangnya. Makin parah kalau dia mengungkapkan nama Izzat Wafie.

“Cuma apa Fil.. Cerita kat aku..” pujuk Fatin Daliana. Kasihan dia melihat keadaan kawannya itu. Dia tahu kawannya sedang berperang dengan dirinya sendiri. Melihat tiada sebarang tanda yang Filza Iman ingin menyambung kata, akhirnya dia cuba meneka. “Kau ingat Izzat Wafie?”

Filza Iman hanya mengangguk.

“Fil..kau dengar sini.” Di alihkan wajah Filza Iman menghadap mukanya.

“Kau kena kuat. Kau kena kuat untuk lupakan dia. Aku yakin kalau Wafie tengok kau macam ni, mesti dia pun sedih. Fil..Wafie dah tak ada, dah hampir dua bulan dia tinggalkan kita semua. Tapi aku yakin dia nampak kau. Dia tahu keadaan kau sekarang. Kau suka tengok Wafie sedih?” Filza hanya menggeleng.

“Kalau kau tak suka tengok Wafie sedih, kau pun tak bolehlah sedih macam ni. Tak adil bagi pihak Wafie. Kau kan kuat Fil. Kalau kau ada masa lapang nanti buatlah solat-solat sunat. Minta petunjuk dari Allah, keluarkan kau dari masalah ni. Minta pada Dia supaya kau dapat lupakan atau biarkan apa yang dah terjadi ni pergi dengan tenang dan redha. InsyaAllah kalau kau minta tolong dengannya pasti dia akan bantu hambaNya. Allah tak suka melihat hambaNya bersedih dan meratap kematian seseorang itu.”

Filza hanya diam. Sisa sendunya masih ada. Ada benarnya apa yang Fatin Daliana cakapkan.
“Sekarang aku nak pergi mandi. Kau pun kena mandi. Ni dah buchuk dah. Badan aku ni dah melekit-lekit kena habuk-habuk kat luar tu. Ni semua kau punya pasallah, ada ke patut suruh aku naik motor dengan mamat selenge tu.” Dia cuba untuk bergurau dengan Filza. Harapannya supaya Filza tersenyum, tetapi hampa.


Malam itu Filza Iman mendirikan solat-solat sunat sehinggalah ke awal subuh. Cadangan yang telah di cadangkan oleh Prof. Syikin benar-benar merunsingkan kepalanya. Alasan apa yang ingin dia beri kepada ayah dan mama nanti? Mesti mereka marahkan dirinya.

“Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk teruskan hidup di dunia ini tanpa Izzat Wafie. Bantulah aku melupakan dirinya. Sesungguhnya aku tidak mampu melupakan satu kenangan pun ketika aku bersama dia. Bantulah aku ya Tuhanku. Aku merayu kepadamu. Berikanlah aku petunjuk yang jelas untuk tindakkan yang akan aku ambil untuk masa hadapanku. Pinjamkanlah sedikit kekuatan Mu untuk aku berhadapan dengan kedua orang tua ku. Sesungguhnya aku insan yang lemah yang perlukan pertolongan dariMu. Amin...”

Aku harus buka kamus baru. Aku perlukan hidup baru. Orang yang telah pergi tak akan kembali. Aku yang hidup harus tempuhi masa hadapan.

Segala barang yang diberi oleh Izzat Wafie, di simpannya kedalam kotak. Gitar kapok coklat milik bekas tunangnya itu di simpan di dalam beg. Tiada lagi nama Izzat Wafie akan bertandang di dalam kamus hidupnya lagi. InsyaAllah.


bersambung.....
KLIK UNTUK SAMBUNGAN....-----> Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 6
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]

2 ulasan:

Ruunna Qizbal berkata...

best2

cikzidafira berkata...

Ruuna Qizbal.. alhamdulillah..terima kasih