Sabtu, 15 Disember 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 9


Proton Putra hitam di parking dalam garaj. Ketika mahu menutup pintu kereta.. Pap! Ada sesuatu yang terjatuh. Apa bendalah yang nak jatuh-jatuh ni. Benci betul aku kalau ada je benda nak jatuh-jatuh ni. Hish. Aku menunduk. Terdiam. Perlahan-lahan aku mengambil keychain yang di berikan oleh Arwah Izzat Wafie. Keychain yang berbentuk hati itu tertulis nama aku dan dia.

“Baru balik?” lamunan di kejutkan oleh ayah tersayang.

“Hurm...”

“Hai baru balik dari merayap pun still tak ada mood ke?”

“Tak ada benda lah yah. Masuk dulu.”

Encik Zakaria menggeleng-gelengkan kepalanya. Kehilangan Wafie memberi impak yang sangat besar untuk Filza Iman. Anak tunggalnya itu bagaikan berubah 180 darjah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Abang tolonglah..saya nak lupakan abang. Jangan datang lagi dalam hidup saya !

Tangisannya bergema di segenab ruang biliknya. Kenapa susah sangat aku nak lupakan kau Wafie? Kenapa perlu kau pergi dari aku? Kenapa semua ni jadi kat aku? Aku tak nak macam ni! Sakit! Aku boleh jadi gila kalau terus macam ni! Pergilah!

Jeritan sanu bari tiada siapa yang dapat dengar. Penampilannya jauh berubah. Dengan rambut yang tidak terurus, dengan muka yang berkilat. Sudah dua hari dia tidak keluar dari bilik. Jenuh mama dengan ayah memujuknya suruh makan. Filza Iman tidak kisah! Dia tidak ambil peduli dengan dirinya. Dia tertekan!
Orang boleh kata aku gila. Orang boleh kata aku bodoh kerana menggilai orang yang sudah mati. Tapi siapa yang boleh buat aku lupakan dia?! Bagi tahu aku!

Setiap malam di temani saat-saat indah bersama tunang tersayang, bila terjaga hampa.

“Argggggghhhhhh ! ! ! !”

Mama dengan ayah sudah lali mendengar jeritan-jeritan dari aku setiap hari. Makin risau kedua orang tua itu. Sejak sebulan yang lalu masih tiada tanda-tanda Filza Iman akan berubah. Hai apa lah nak di lakukan lagi untuk mengubati perasaan Filza Iman?


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Fiq! Hari tu kau kata kau ada jumpa Iman?”

“Aah. Tapi tak lama mana pun aku jumpa dia. Dia nampak lain sangat dah sekarang.” Jawab pemuda itu sambil mengemas kini data pengunjung di pusat karaoke tempat dia bekerja itu.

“Kau ada jumpa dia lagi tak?”

“Tak. Aku ada jugalah contact dia. Tapi tak respond apa-apa pun.” Dia memandang pemuda yang berdiri di hadapannya itu. “Mana kau pergi selama ni Hacks?”

“Tak ke mana.”

Hope kau...”

“Kalau kau nak aku join Red Black sorry lah bro, aku tak nak.”

“Kenapa?”

“Aku malaslah. Aku akan ingat Iman nanti.”

“Benda kecil je bro. Kau ni jiwang juga. Dulu kemain hati batu sangat.” Melihat Hacks masih senyap, dia menyambung kata-katanya. “Bukan salah pun kan kalau kau nak join kita orang balik.”

“Tak salah? Memang tak bagi kau. Bagi aku tetap salah.”

“Apa yang salah?”

“Macam aku tak tahu lepas Iman blah..aku pula ikut blah.. Red Black main barang kan?” Zulfiqha diam. “Kau fikir selama aku tak ada, aku tak tahu perkembangan kau orang semua?” Di keluarkan kotak rokok di dalam kocek seluarnya. Satu batang rokok di ambil dan di nyalakan.

“Hacks. Sini tak boleh...”

“Aku nak keluar dah pun. Sabtu ni aku nak pergi port. Kalau kau senang, di persilakan datang.”

Senyuman Zulfiqha melebar. Dia dah agak. Hacks pasti akan join Red Black balik. Betul ke dia datang nak join? Atau dia nak ‘basuh’ Red Black? Kau jangan yakin sangat Fiq.


[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]