Jumaat, 21 September 2012

oh Mr. Charlie [kayap]

korang pernah dengar nama serangga ni... KAYAP/KUMBANG ROVE atau lebih famous lagi di panggil CHARLIE...? terutamanya bagi student dari Arau atau students UTARA, kalau korang tataw serangga ni alamatnya berparut-parutlah badan korang sebab tak berhati-hati dengan serangga kecik dan berkilat ni...

serangga ni fizikali macam semut tapi die panjang.. bewarna hitam dan ade jalur oren dekat badan dia. dia berkilat oke.



Binatang ni sangat-sangatlah berbahaya. sebab binatang ni bila terkena mangsa akan menyebabkan tempat yang di serang terasa gatal & pedih nak mamp** la.. 

petang tadi aku ada last test volleyball. aku jumpa dengan member-member aku. kau tau kenapa. tangan dia habis kena MR.CHARLIE ni.  dia cakap memula kene tu tak rasa apa-apa but lama-lama nanti kau akan rasa pedih. benda ni melepoh taw.. taw kan melepoh tu apa? ala yang ada air kat dalam gelembong tu. nak taw dengan lebih spesifik boleh la letak lutut anda di ekzoz moto yang tengah panassss lagi conform lepas tu kau akan tahu melepoh tu apa.. haha

back to the story.. kesian doh aku tengok dia. die kata kat telinga ada...but da mula nak kering..kat leher kat lengan..kaki and so on die kene..  tempat yang kene tu aku tengok bengkak semacam je lepas tu macam nak mula parut tuh.. scary en? 

alhamdulillah so far bilik aku memang ade jugak MR.CHARLIE sesekali tu pon aku tataw die masok dari mana. biasa la dok kat Perlis ni sangat-sangat panas weyh.. then malam kitorang prefer bukak tingkap supaya panas tu hilang .. but bila bukak tingkap bukan takat Mr.CHARLIE ni je yang masuk, ulat senget [ serangga yang tak reti jalan lurus..aku tataw name dia apa. but dia serangga padi la] kumbang and serangga-serangga lain pun pakat masuk jugak.. 

so kitorang pulak lepas tu terus la pukol 7 petang atau pon sebelum pukol 7 petang tingkap bilik aku akan di tutup. tak rela kitorang menanggung seksa . panas tak per jangan la sakit. terseksa oo..

cara nak bunuh Mr,CHARLIE ni pulak banyak jenis dan petua yang aku dengar.. antaranya :

- jangan bunuh Mr. CHARLIE ni nanti geng-geng dia bawu and seterusnya akan datang lebih banyak la ..
- kene selotep ! yang ni aku confius sket.. jadah dia nak selotep binatang ni..buat aku scary lagi ade la..

ni antara pantang larang dia lah...but aku...
tak sempat nak buat apa , apa yang ada kat tangan aku, akan aku tepekkan supaya Mr.CHARLIE ni akan jadi arwah secepat mungkin. then lap and buang dia kat luar [tong sampah la k]

contoh yang aku buat.. 

-hari tu Mr.CHARLIE ni termasuk 2 ekor dalam bilik aku.. tataw cam ne leh masuk la kan.. depan meja aku.. pergh.. jantung tu bunyi cam ni...DUP DAB DUP DAB !.. takot punya pasal.. aku tercari-cari benda yang ada untuk aku bunuh serangga ni ... aku tunduk nak ambik botol starch kleen .. pastu aku tengok balik dah tak ada.. punya la cuak time tu.. aku tak duduk kat meja aku.. aku kemas lp aku and study kat katil.. and masa tu aku nak turun dari katil tetibe aku nampak Mr.CHARLIE elok ada kat dinding tempat aku nak turun. nasib lah aku tak terpegang kalau tak dah jadi mangsa Mr.CHARLIE ni..  kebetulan kalkulator baru aku ada kat sebelah... KETEPEKKKK ! aku hentak MR.CHARLIE tu dengan kalkulator CASIO fx-991MS.. then baru tersedar.... ALAMAK ! ! ! kalkulator aku ! ! ! !

- then semalam ke kemarin aku tengah syok mandi and shampo rambut tetibe aku ternampak MR.CHARLIE ni dok elok skodeng aku mandi.. takut oooo dah la time tu... hahaha..berani dia skodeng anak dara orang! haha... pastu botol shampo kat sebelah.. aku tak fikir panjang terus hempok natang tuh!  krekkk bunyi die kene gelek ngan botok shampo SUNSILK HIJAU aku.. pas tu baru terfikir.. pecah tak botol ni..sebab sangat kuat aku hempok binatang tu..

and seterusnya macam tu la cara aku bunuh.. banyak kali dah aku jadi pembunuh tegar ni.. haha pembunuh kepada serangga ni la.. aku bekerjasama dengan roomates aku =) nice.. satu benda yang syok... erk? =,=''' haha.. 

ni suggestion dari blogger lain CARA nak bunuh Mr.Charlie ni ;

     *jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan menggunakan tangan.
                       = alamatnya bengkak la jari korang hohoho

     *kertas dan kain boleh digunakan untuk menghindarinya.
                  = safety first oke...
     *pastikan, menggunakan pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang.
                       =jangan nak seksi sangat la.. ececehh macam aku tak kan.haha

     *menggunakan penyembur serangga.
                   = yang ni aku x sure.. kalo aku x berape nak berani lah...selagi aku tak nampak dia mati depan mata, selagi tu la aku tak senang.. takuttt..
     *kurangkan penggunaan cahaya pada waktu malam ( charlie sukakan cahaya ). 
                         = name pon serangga kan..memang suka kan lampu ni.. ce pegi tempat gelap..bukan tak de benda ni tapi kurang la..


KESAN MR.CHARLIE KEPADA MANUSIA ;

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin'(C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya


Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainyaPada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang



peringatan bersama; kenelah berhati-hati , jangan dok seksi sangat kalo kene kat badan aigooo kau tahan je la sakitnye nanti. kalo korang kena cepat-cepat basuh tempat yang kena tu and sabun.. dan seboleh-bolehnye pergi la klinik cari ubat..sementara tu aku rasa boleh letak minyak gamat ke ape kot..but kalo tak sure jangan ikut apa yang aku cakap ni.. tapi apa-apa luka ke apa kan boh minyak gamat kan. tapi law takut memudarat ke ape tak payah bubuh terus g jumpa doktor ke apa oke.. especially student UTARA and UITM ARAU, coz benda ni sangat menakutkan kita semua kan.. 

* sapa yang dok utara tak tahu pasal Mr. CHARLIE ...aku memang pelik lah.. 

sekian terima kasih. =)


6 ulasan:

Unknown berkata...

boleh buat maut ke menatang ni ?

cikzidafira berkata...

Afiq firdaus..
tataw lah nak kata boleh bawak maut ke tak.. yang penting sakit..
member ade yang penah kene.. tapi tak banyak... so tak maut.. tapi sakittt...
try research :)

totty berkata...

mr charlie ni memang bahaya sbb, time dia sengat bukan rasa, tp lepas tu merasa la beberapa hari...haha.. kesan bisa dia buat kita rasa nak garu ja kat tmpt tu, then makin lama makin panjang dan merebak... dlu masa blajar kat penang, bilik sy slalu jadi port charlie ni lepak sbb tingkap mngadap kawasan kelapa sawit... ada skali picit dgn tgn, lpas tu tlupa nak cuci, tertenyeh mata, esok tu merasa la penangan biasa dia, nasib baik xteruk.. bab salotep tu, memang slalu bt gak, tgk dia merayap kat dinding, trus salotep dan tekan kasi mati..hahahaha...

Unknown berkata...

Pedih ya amat . Huhu . Dok menahan je ni . Boleh pula parknkt hidung .

Unknown berkata...

Pedih ya amat . Huhu . Dok menahan je ni . Boleh pula parknkt hidung .

Unknown berkata...

Aq kena charlie pastu letak aloe vera tiga hari pastu lega ahh... Sejuk je time letak aloe vera tu... Tak rasa gatal dan pedih pon... Try ahh