List Price : [ Individual Private ]
Selling Price : RM 329,093.10
Road Tax : RM 379.00
Registration Fee : RM 300.00
H.P Ownership Claim : RM50.00
Inspection & Handling Fees : RM 200.00
Number Plates : RM 50.00
On The Road Price without Insurance : RM 330,072.10
Insurance : RM 8,815.90
On-the-road Price With Insurance : RM 338,888.00
Insured Value : RM 329,000.00
So, ada duit ke nak beli cash kereta sebijik ni ?
Mesti pinjam bank jugak kan nak beli kereta ni ?
So macam mana nak kira berapa tiap-tiap bulan nak kena bayar untuk kereta ni ?
Macam aku, seriusly aku tak suka terikat dengan loan lama-lama . Tapi nak beli kereta cash ? aku rasa kurang bijak kot . Sebabnya ... sebabnya... aku ada sebab tapi tak terkeluar pulak time aku nak tulis entry pasal ni..
=HAHAHA=
So berapa tiap-tiap bulan nak bayar ?
Ni formula nak kira untuk korang & aku habiskan duit beli kereta yang di idam & di mimpikan selama ni ..
Total / Insured Value : RM 329,000.00
Down Payment : RM 32,900.00 [ yang aku tahu minimum 10% dari Insured Price ]
So, ada lagi balance = RM 296,100.00
Interest Bank [ setahun ] : RM 296,100.00 * 3% (percentage mengikut peredaran semasa bank)
RM 8,883.00
Jangka masa nak pinjam dengan bank [ maximum kalau tak salah aku 9 tahun tapi ada yang kata 11 tahun]
Katalah nak buat pinjaman dalam masa 9 tahun sahaja :
Interest setiap tahun darabkan dengan jangka masa pinjaman :
RM 8,883.00 * 9 = RM 79,947.00
So RM 79,947.00 ni adalah interest dengan bank !
Kemudian : Interest dengan bank tadi + dengan balance harga kereta tadi :
RM 296,100.00 + RM 79,947.00 = RM 376,047.00
Inilah harga kereta yang kena bayar lagi dalam masa 9 tahun .
Untuk mengetahui harga kereta yang di bayar tiap-tiap bulan :
RM 376,047.00 / [ 9 * 12 ] = RM 3,481.92 sebulan [setiap bulan]
( 9 * 12 untuk mengetahui berapa bulan dalam masa 9 tahun)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
RM 3,481.92 hanya untuk bayar kereta ? ? ?
MAMPU KAH ?
bersambung di entry : http://zidafira.blogspot.com/2012/05/gaji.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan