“Mak, mana abang Wafie mak? Mana, mak?” Mak Senah
dari tadi hanya menangis tak berhenti-henti. Aku pandang satu persatu adik
beradik Wafie yang nyata turut sama menjatuhkan air mata. Aku terduduk lesu di
sisi Mak Senah. Wanita yang aku gelarkan mak ini adalah Mak Wafie. Aku tak
dapat lagi menahan sebak yang sedari tadi aku tahan. Melihatkan keadaan mereka,
aku bertambah yakin aku tidak dapat lagi melihat Izzat Wafie.
“Sabarlah
Filza. Allah lebih sayangkan dia.” Ucap Abah Zaid yang sedari aku tiba tadi hanya
berdiri membisu.
“Saya
baru je jumpa dia tadi bah. Kenapa
benda ni jadi? Ya Allah kenapa kau ambil nyawa insan yang aku sayang?”
“Filza
tak baik cakap macam tu. Apa yang dah berlaku tak dapat kita nak sangkalkan.
Ini semua takdir nak. Abah ni abah kepada Wafie, abah relakan pemergiaan arwah.
Jadi Filza sebagai tunangnya harus juga merelakan pemergiaanya. Dah sampai
janji dia dengan Allah. Kita tak dapat nak buat apa lagi dah nak.”
Hanya
tangisan yang mampu aku berikan. Kenapa hati aku tak secekal abah? Kenapa?
“Atin,
kau bawa Filza balik ke rumah abah dulu. Esok jenazah akan di kebumikan di
kawasan rumah abah. Takut lagi teruk nanti.” Arahan yang muktamat telah abah
berikan. “Ana, Asyraf. Ikut kak Filza balik rumah. Abah dengan mak nak uruskan
jenazah along.”
Dengan berat hati, aku melangkah
keluar bersama Atin dan adik-adik Wafie, Ana dan Asyraf. Sunyi sepi sepanjang
perjalan ke rumah abah. Masing-masing mengalirkan air mata. Aku masih lagi
setia mengalirkan air mata di atas apa yang berlaku pada malam ini.
“Filza.”
Panggilan Atin hanya aku sahut dalam hati. “Kau dah bagi tahu mama dengan ayah
kau?” Aku geleng. Sesungguhnya aku tak tahu bagaimana hendak menjawab soalan
Atin dengan keadaan aku yang begini. Hidung tersumpat. Hingus bertakung. Mata,
bengkak !
“Bagi
tahu dia orang lah. Esok nak kebumikan arwah. Tak kan dia orang tak nak datang.”
Aku
hanya menjawab dengan perlakuanku. Handphone
di keluarkan lalu menekan-nekan nombor ayah.
“Hello
Assalamualaikum.” Aku biarkan sunyi. Salam dijawab dalam hati. “Filza.....?”
“Errrr...
ayah.....” dalam sendu aku cuba membuka bicara.
“Kenapa
ni?Nangis pula anak ayah ni?”
‘”Abang
Wafie......”
“Kenapa
dengan Wafie....?”
“Dia....dia...”
“Jangan
buat ayah risau. Kenapa dengan Wafie.” Suara ayah mulai tegas.
Aku
masih lagi cuba menahan sendu supaya ayah jelas mendengar apa yang akan aku
katakan nanti.
“Abang
Wafie dah meninggal.....” Pecah terus tangisan yang baru mula reda sebentar
tadi. “Dia dah tak ada ayah..” Tangisan ku semakin menjadi-jadi.
“Ya
Allah, kau jangan main-main Filza. Kau ingat benda ni kelakar ke?”
Pilu
lagi hati aku dibuatnya. Ayah pun tak percaya. Inikan aku yang baru sahaja
berjumpa dan bermaja dengan tunang aku tu.
“
Betul......”
“Atin
mana? Bagi ayah bercakap dengan dia. Kau tu bukan boleh percaya, kalau dah
bergaduh main cakap ikut sedap mulut saja.”
Aku
serahkan handphone itu ke tangan Atin. Lagi kuat tangisan aku. Ana dan Asyraf
yang tadi sudah reda, kini kembali menagis mendengar tangisan aku.
“Ye
pakcik.. pakcik datanglah sini. Esok Abah Zaid dengan Mak Senah akan kebumikan
arwah lepas Subuh insyaAllah.”
Hanya
itu sahaja aku dengar perbualan Atin dengan ayah. Aku tak ambil pusing akan itu
semua. Yang aku fikirkan hanya Izzat Wafie Zaid. Aku masih lagi tak
percaya apa yang dah berlaku.
********************************
Sudah
dua bulan arwah selamat di kebumikan. Tapi aku tetap macam ni. Pembelajaran aku
teruk. Boleh ke aku sambung study
dekat tempat yang penuh dengan kenangan antara aku dengan Izzat Wafie. Insan
yang sangat aku sayang, pergi tinggalkan aku tanpa tanda.
Sedang
aku kusyuk mengelamun, alunan lagu Lonely
No More membelah kesunyian.
“Assalamualaikum
Prof....Baik, nanti saya datang.”
Aku
tergesa-gesa mengemas barang masuk ke dalam beg. Lalu meninggalkan Atin yang
kusyuk mentelaah di perpustakaan.
“Oi
nak pergi mana?” Langkah terhenti. Atin ni lah, kalau bercakap tak reti nak
perlahan. Main ikut sedap je, bukan nak tengok tempat ke apa.
“Prof.
Syikin nak jumpa aku. Chaw dulu.” Aku
berlalu tanpa menoleh ke arah Atin.
Tokk ! Tokk ! Tokk !
Pintu
di ketuk dari luar. Kedengaran suara Prof. Syikin memberi arahan masuk.
“Assalamualaikum
Prof.” Tegak aku berdiri di hadapan Prof muda seorang ini.
“Waalaikummussalam.
Hah, Nur Filza Iman. Have a sit please.”
“Ada
apa prof nak jumapa saya ni?”
“Begini
Filza. Awak ada apa-apa masalah ke?”
Kerutan
di mukaku mungkin jelas kelihatan di saat ini.
“Maksud Prof.?”
“Mengikut
record awak. Keputusan test-test dan quiz-quiz awak tak pernah seteruk ini sebelum ni.” Aku diam.
Tak tahu nak menjawab apa. “Awak ada masalah ke?”
“Errr...
tak ada Prof.”
“Awak
jangan bohong saya Filza. Saya bukan baru sebulan dua dekat sini, dan awak bukan
yang pertama macam ni. Awak ada masalah, awak boleh cerita pada saya. Kalau
boleh saya bantu atau beri pendapat saya akan lakukan sebaik mungkin.”
“Err.......”
Mahu
tidak mahu aku terpaksa membuka cerita yang aku simpan selama ni. Bukan aku
mahu semua ini terjadi. Fikiran aku masih pada Izzat Wafie. Aku masih tidak
boleh fokus. Setiap kali ingin aku buka buku, pasti pesanan dari Wafie akan
berlegar-legar di kepala. Pasti bayang Wafie akan hadir bila-bila masa.
Mengingatkan aku segala kenangan yang tercipta antara aku dengan dia. Memang
bagi orang yang memandang itu cuma alasan, itu hanya helah aku. Tapi siapa
mereka untuk faham situasi aku? Mereka tak akan faham dan mereka tak akan
pernah faham kerana mereka bukan di tempat aku.
“Begini
lah Filza. Saya nasihatkan awak berehat buat sementara waktu. Benda ni akan
jadi serius kalau awak terus berkeadaan begini. Tidak mengapa kalau awak rehat
buat sementara dan sambung semula selepas awak reda dari kejadian ni. Saya
bukannya apa, saya cuma takut kalau-kalau awak akan repeat mana-mana paper untuk semesta last ni. Lagi pun kalau boleh saya tidak mahu student saya graduate
dengan pointer yang cukup-cukup makan
sahaja.”
Keluar
sahaja dari bilik Prof. Syikin aku terus memberi pesanan ringkas kepada Atin.
‘ Atin, aku balik terus. Kau balik dengan Reza
nanti. Sorry.’
*******************************************
Apa
hal lah pulak minah ni nak balik awal pula? Bukan ke ade kelas kejap lagi.
Filza...Filza... Dia sendiri kasihan tengok keadaan sahabatnya itu. Semenjak
arwah Wafie meninggal dunia. Hidupnya cukup serabut. Makan minum tidak menentu.
Rutin harian seperti beku, lumpuh. Tiada lagi Filza Iman yang dia kenal sebelum
ini. Tiada lagi senyuman yang terukir di wajahnya.
Pernah
satu hari, dia dan Reza membawa Filza untuk menonton Maharaja Lawak akhir
secara langsung. Ini semua di sebabkan ingin melihat Filza tersenyum dan ketawa
semula. Tapi hampa. Filza langsung tidak tersenyum. Inikan pula mahu ketawa.
Lebih teruk lagi, Filza balik ke rumah tanpa memberi tahu mereka. Katanya ingin
ke tandas, tapi tidak muncul-muncul selepas itu. Hanya kiriman pesanan ringkas sahaja
yang di terima dari Filza, itu pun setelah persembahan habis.
“Hoi
mak cik ! Termenung je kerja kau kan.”
Bagai
mahu tercabut jantung Fatin Daliana di atas sergahan Reza Hakimi. Mamat selenge ni, aku back hand karang baru tahu. Bikin hati gua panas je.
“ First,
kau ni memang tak ada adab ke? Second,
kaw ni memang tak reti nak fikirkan orang ke? Buat kata aku ada sakit jantung
ke , lemah semangat ke macam mana? Kau nak tanggung?”
Tersengih-sengih si siput sedut ni. Macam handsome sangat nak sengih-sengih kat
aku kan.
“Ala aku minta maaf lah mak cik. Aku tahu
kau sihat, tu sebab aku berani buat. Kalau kau ada penyakit tu memang aku tak
buatlah. Kau jangan risau. Aku ni lelaki yang paaaaaaling baik dalam dunia ni.
Itu perlu kau tahu. Fakta bukan auta.”
Fakta
bukan auta dia cakap? Akulah kalau diberi percuma pun aku tak naklah dengan si
siput sedut ni. Menyemak, menyakitkan hati, apa lagi yang tak ada. Semua
cukuplah.
“Apa
pandang aku macam tu?” Reza buat mata terkebil-kebilnya itu. Dia ingat dia cute ke buat macam tu. Oh,memang tak
lah. “Aku handsome eh?”
Apa
pasallah aku kenal dengan dia ni. Perasan gila. “Fil, suruh aku balik dengan
kau.”
“Hah?
Kau nak balik dengan aku? Demam ke apa kau ni? Tak larat lah motor aku nak
tampung berat badan kau. Dah lah gemuk. Semput motor aku nanti.”
“Hoi,
kau ni kalau bercakap tak menyakitkan hati aku tak boleh ke? Kau tahu tak mulut
puaka? Tahu? Mulut puaka tu pun tak busuk macam mulut kau.”
“Mana
ada mulut aku busuk. Aku gosok gigi apa. Nak kata aku merokok, pegang kotak
jelah yang aku penah. Nak kata aku makan petai, aku tak makan pun lagi dari
pagi.” Kata Reza sambil menghembus nafasnya ke tapak tangan sambil cuba untuk
menghidu wap mulutnya sendiri. Mana tahu memang betul busuk. Malu dia.
“Kalau
kau tak nak tumpangkan aku tak apalah. Tak payah nak kutuk-kutuk. Dah aku chaw dulu, ada kelas.” Sambil mengemas
barang-barang masuk ke dalam beg galasnya.
“Lah,
sensetif lah pula kau ni. Tapi semput la weh motor aku.”
“Motor
kau tu tahap dah boleh jual kat besi
buruk je. Tak payahlah, aku boleh balik naik teksi. Terima kasih. Adios...”
“Ni
lah yang malas nak bercakap dengan perempuan. Cakap sikit mula nak tegang.
Cakap sikit mula nak sentap.”
Kata-kata Reza langsung tak di endahkan
oleh Fatin Daliana. Bengkak sungguh hatinya. Dia memang tidak boleh rapat-rapat
dengan lelaki jenis begitu. Memang tak akan ngam. Mulut kalah mulut ahli-ahli
mesyuarat tingkap. Puaka habis mulut si siput sedut ni.
Kalau
tak di sebabkan Reza tu kawan baik kepada Filza, dia tak akan sesekali bertemu
muka apatah lagi mahu bercakap dengan lelaki yang menjengkelkan itu.
“Kak ! Kak!” siapa pulaklah yang berkakak
kakak dekat sini ni.
“Kak ! Kak Atin !” sepantas kilat
kepalanya lipat kebelakang. Ingin mengetahui gerangan siapa yang memanggil itu,
yang paling penting penggunaan’kakak’ itu sangat-sangat tak rasional. Aku muda
lagi kut, tak kan nak panggil kakak. Jatuh saham aku. Nampak sangat dah tua.
Tak boleh, di biarkan.
“Excuse
me. what did you call me just now? Kakak?” Gadis di hadapannya itu
terangguk-angguk. Wajah dah pucat dah. Takutlah tu aku marah. Hahaha. Jahat tak
aku? Serta merta wajah Fatin Daliana berumah menjadi manis bila melihat wajah
juniornya itu bagaikan baru nampak hantu.
“Apalah adik ni. Kalau nak panggil kakak,
panggil pelahan sikit. Nampak sangat akak dah tua. Jatuh saham nanti.” Gadis
itu kembali tersenyum bila melihat kemesraan Fatin Daliana.
“Hah, ada apa panggil akak?”
“ Errr .. kawan saya suruh tanya. Errr...”
Apa punya pelik nak tanya pun takut-takut. Aku ni bukan harimau nak makan
orang.
“Tanya apa? Cepatlah akak ada kelas ni. Ni
pun dah lambat.” Terang Fatin Daliana sambil melihat jam. Alamak dah pukul 2.15
p.m ! Mampus aku. Dahlah kelas Encik Badrul. “Nak tanya ke tak nak ni?” Dia dah
mula tidak senang duduk kerana takut akan dimarahi oleh pensyarah Akaun itu.
“Akak dengan abang Reza tu, couple eh?”
Gulp ! Macam ada batu terhempap kat atas
kepala aku sekarang ni. “Apa punya soalan ni dik. Akak dah lambat ni. Akak
pergi dululah.”
Fatin Daliana meninggalkan gadis itu tanpa
jawapan yang kukuh. Sungguh tidak masuk akal jika Fatin Daliana dan Reza Hakimi
ber-couple. Ush ! mintak simpang la
weh. Tergeleng-geleng kepalanya bila memikirkan soalan yang tak logik itu.
Biasalah tu budak-budak.
Ops ! Wait
a minutes ! Ada budak perempuan tanya aku pasal Reza? Reza Hakimi? Tanya
aku couple ke tak dengan Reza Hakimi?
What the.... ada orang minat dekat
Reza? Handsome ke mamat tu sampai ada
orang yang nak dekat dia? Atau mata budak tu dah rabun tahap keronik? Tak
mungkin, tak mungkin. Benda pelik ni.
Langkah masih di teruskan. Tapi kenapa....
apa pasal aku lalu semua orang pandang semacam dekat aku? Aku pakai baju
terbalik ke? Kalau terbalik dah lama dah Filza tegur. Aku melihat baju kurung
yang membaluti badan. Aku periksa tudung yang terletak di kepala, mana tahu
terkena tahi burung ke, apa ke.
“Atin ! Atin !” sekali lagi kepala aku
lipatkan ke belakang. “Mun.. kenapa?”
Mun yang termengah-mengah itu memusingkan
tubuh Fatin Daliana membelakanginya.
“Ni ha...” sambil menunjukkan kertas yang
dia ambil di belakang tubuh ku. “Bila masa?”
Membuntang biji mata Fatin Daliana melihat
contengan di atas kertas itu.
“Rezaaaaaaaaaaa ! ! ! !” nyaring sekali jeritan
yang terkeluar dari bibir Fatin Daliana ketika ini. Tiba-tiba jeritan itu
terhenti apabila suara Encik Badrul.
“Fatin Daliana!” wajah Encik Badrul sudah
berada di hadapan mata. Mati aku, mampus aku.
“Awak kenapa? Sawan? Dah la datang kelas
lambat. Terjerit-jerit macam orang kena sampuk ni kenapa? Awak berdiri sekarang
dekat depan kelas ni sampai habis waktu.”
Wajah yang bengang sebentar tadi terus
menikus mendengar suara Encik Badrul yang bagaikan naga bunting itu. Sudahlah
bengang dengan Reza Hakimi, di tambahkan lagi bengangnya dengan denda yang di
beri oleh Encik Badrul. Nasib kau lah Fatin Daliana. Agak malang kau hari ini.
“Encik Badrul, bagilah saya duduk. Lenguh kaki saya ni.” pinta Fatin
Daliana dengan nada sedih.
“Bagi saya lima sebab kenapa awak datang lambat? Awak pun dah nak ikut
jejak langkah Filza Iman ke? Suka termenung sana sini. Bagus sangatlah anak
dara suka termenung.”
Apa masalah orang tua ni nak samakan aku dengan Filza. Dia tak tahu apa-apa
jangan lah suka nak tuduh-tuduh orang. Ni lah masalah pensyarah seorang ni,
suka sangat bom orang tanpa selidik dulu. Aku fikir aku dah janji dengan Filza
je, kalau tidak dah lama aku buka cerita ni. Bagi semua orang tahu perkara
sebenar.
“Kan bagus kalau minta alasan dari saya awal-awal. Tak adalah lenguh kaki
ni kena berdiri. Encik minta lima kan? Sebelas saya boleh bagi.” Fatin Daliana
menyedut sedalam mungkin nafasnya sebelum memberikan alasan-alasan kepada Encik
Badrul.
“Yang pertama, saya lambat sebab saya kena ganggu dengan kawan kepada kawan
saya dekat library tadi. Kedua saya tak perasan jam dah menunjukkan pukul 1.55
petang.dan seharusnya saya sudah ada dekat dalam kelas ni. Yang ketiga, waktu
saya dalam perjalanan datang ke sini, ada seorang budak, entah datang dari mana
tahan saya. Semata-mata nak tanya saya benda yang tak logik. Yang keempat saya
kena tunggu budak tu tegagap-gagap nak tanya saya soalan. Macam ni, kak
Atin....Errrr...Errrr.” Fatin Daliana mengajuk semula cara gadis yang menahan
perjalannya tadi.
“ Kelima, saya tercengang dengan pertanyaan yang budak tu tanya, so benda
tu dah makan 2 minit untuk saya kembali kepada keadaan yang waras. Keenam,
waktu saya on the way nak pergi kelas
akaun Encik Badrul ni, semua student
pandang saya macam saya pakai baju terbalik,membuatkan saya sangat tak selesa.
Yang ketujuh saya di tahan sekali lagi oleh kawan saya. Kelapan saya tanya dia
kenapa dia termengah-mengah kejar saya. Kesembilan dia menunjukkan sesuatu yang
terlekat dekat belakang baju saya. Kesepuluh saya terkejut dan tanpa sedar saya
terjerit dan akhir sekali yang kesebelas saya lambat kerana saya terkejut
dengar suara Encik Badrul panggil saya.” Mengah dibuatnya. Kalah Malique rap
ni.
“ Encik Badrul, boleh saya duduk sekarang?”' Tanpa menunggu jawapan dari
pensyarah yang sudah beruban itu, Fatin Daliana melangkah ke kerusi kosong di
bahagian belakang kelas.
“Ni lah budak sekarang. Kita tanya sikit, jawab saja
kerjanya.” di geleng-geleng kepalanya. “Ok kelas, kat mana kita tadi?”
Manalah teksi ni. Tadi aku call, kata tengah on the way. Jauh sangat ke nak datang sini untuk jemput aku.
Tinnn ! Tinnnn !
“Oh
teksi datang betul-betul.....depan aku !” Latah Fatin Daliana.
Sesumpah manalah yang kurang di ajar ni. Bikin jatuh
aku punya air muka saja.
“Oi
Atin, jom aku hantar kau balik.” Pelawa Reza Hakimi sambil
menjongket-jongketkan kening tebal miliknya.
Si
siput sedut ni ! Memang sengal betullah. Eeee menyampahnya aku. Dia fikir aku
tergoda ke apa buat muka macam tu. Honda C70 yang sudah tersedia di depan mata,
dengan topi keledar hello kitty merah jambu itu, betul-betul membuatkan hati
Fatin Daliana segan ingin menerima tawaran daripada Reza Hakimi. Si Filza Iman
ni pun satu, ada ke patut suruh aku naik sesumpah ni dengan mamat tak berapa
nak betul ni. Tiba-tiba... Nada deringan handphone
Fatin Daliana berbunyi. Panjang umur kau Fil...
“Hah
makcik! Kau suruh aku naik sesumpah ni dengan si siput sedut ni?” Tanpa memberi
salam terus sahaja di hembur rasa ketidak puasan hatinya. “Aku rela naik teksi
lah Fil..”Senyap lagi. Barang kali kena bebel dari Filza Iman. Reza Hakimi
masih setia menanti untuk menghantar Fatin Daliana pulang. Arahan Filza Iman
pasti tidak akan dia hampakan. Dia kenal dengan Filza Iman dari awal
persekolahan lagi.
“Ish..yelah, yelah. Aku naik.” Huluran topi keledar dari
Reza Hakimi di sambut dalam rela dan paksa.
“Atin,
cuba kau senyum sikit. Karang makin semput motor aku kalau kau masam mencuka
ni. Apa pasal kau sombong sangat dengan motor aku ni?”
“Banyak
songeh kau kan. Jalan lah, cepat.” Fatin Daliana menarik muka.
“Eleh,
mahu tapi malu pula.”
Memang
aku malu pun. Naik sesumpah ni. Harap-harap sampailah aku kat rumah dengan
selamat. Amin..
Reza
Hakimi bersiul-siul sambil tersenyum melihat perlakuan dan wajah Fatin Daliana
yang bagai asam kecut.
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]