Selasa, 16 Februari 2010

Tragedi Planning episod 5

jam sudah menujukkan pukul 11.30 malam. namun bayang Qila masih tidak muncul-muncul lagi. Zaf yang sedang duduk di dalam bilik semakin resah lantas di capainya telefon binbitnya untuk menelefon Mira.

"hello" terdengar suara Mira di hujung talian..

"Mira !, Qila tak balik-balik lagi ni. aku risaulah.."

"Kau dah try call handphone dia?"

"dah...dah banyak kali dah..."

“erm..kalau macam tu jom kita cari dia..kau tunggu kat luar aku datang sekarang.”

Zaf dan Mira pun turun ke lobby danke banggunan kedai berhampiran. Suasana malam di sepanjang kaki lima kedai itu sunyi sepi. Mereka berdua berjalan sambil memerhati di setiap sudut kedai..

“Weyh Mira, kau tak rasa lain ke?” Zaf memulakan pertanyaan.

“ish kau ni. Jangan merepek lah.” Zaf hanya diam. Tetapi dengan tindakannya untuk mendiamkan diri ternyata salah. Ini menimbulkan rasa tidak tentu di hati Zaf. Tiba-tiba terasa bagai ada sesuatu yang lalu di belakang mereka. Zaf pantas menoleh, di sangkanya Qila, tetapi sangkaan itu meleset. Tiada sesiapa.

“kau ni kenapa Zaf?” Tanya Mira pelik.

“er..tak ada apa-apa..” Zaf diam. Bulu romanya sudah menegak. Mereka meneruskan lagi perjalanan. Kali ini sah, bagai ada yang menggelikan leher Zaf. Dia sangkakan Mira.

“weyh, apa ni main geli-geli ni?” Zaf seakan marah kepada Mira. Dalam saat genting mahu bergurau lagi.

“apa pulak. Aku sentuh kau pun tidak.” Mira menegakkan kebenaran.
Mereka meneruskan lagi perjalan mereka.

“Kau ni kenapa Mira? Tak payah la cucuk-cucuk pinggang aku.”

“Weyh, aku tak buat ok. Tak buat. Kau ni kena…” tak sempat lagi dia menghabiskan ayat, mereka terdiam. Baru mereka terasa bulu roma mereka sudah tegak berdiri. Mereka meneruskan perjalanan.

“Weyh Zaf, cuba kau call minah tu,” tiba-tiba nada ringtone milik hand[hone Qila kedengaran tidak jauh dari situ. Mereka mencari-cari dari mana datangnya bunyi itu.

Akhirnya bunyi itu dating dari longkang berdekatan. Zaf mengambil handphone itu. Ternyata handphone itu tidak lagi digenggaman Qila sejak mereka mula mencari gadis itu.

“Mira kau call Shahrol suruh dating sini cepat. Aku nak call Hafiz.” Tidak lama kemudian mereka berlima pun sampai. Mereka berpecah kepada dua bahagian.

Sedang Mira berjalan, dia terpandang sebatang pokok. Disebalik pokok itu terlihat seperti orang sedang duduk. Kebetulan pada malam itu, qila memakai baju putih.

“weyh kau orang, cube tengok dekat pokok tu. Orang kan?” kata Mira inginkan kepastian.

“Urm..mcam orang tapi…” Shahrol tidak meneruskan kata-katanya.

“eah aku tak rasa orang lah Shah. Macam han…”

“Oi kau ni Am, agaklah pun. Aku tanpa mulut tu karang.” Tegas Izat yang bersama dengan kumpulan Mira itu.

“Jom kita tengok . mana tahu tu Qila.” Ajak Mira.

“Hah? Kalau bukan?” Tanya Za’am

“Kau ni kan.. malulah sikit. Name je lelaki tapi penakut…” kata Shahrol. Seakan bengang dengan mulut celupar Za’am.

Mereka semakin menghampiri. Semakin dekat semakin berdebar jantung mereka. Mira cuba mahu menyentuh, tetapi pantas Shahrol menarik tangannya.

“Kau serius?” Mira hanya mengangguk. Di sentuhnya benda itu.. dan benda it uterus rebah. Mira menjengah..

“QIla!!!” ya Allah Qila macam mana boleh jadi macam ni. Weyh bangunlah weyh. Kau ni kenapa? Siapa buat ni Qila…….” Tangannya terketar-ketar melihat Qila terjelopok di bawah pokok yang menyeramkan itu. “Shah, apa lagi call yang lain, bagi tahu dah jumpa.”

Tidak lama selepas panggilan di buat, mereka bertiga yang lain sampai. Zaf yang mendahului kini berada di samping Qila. “weyh Qila, bangun weyh. Kenapa sampai jadi macam ni? Kau ni kenapa tidur dekat sini.. bangun!!!!”

Akhirnya mereka membawa Qila pulang ke hotel…




to be continue...

Tiada ulasan: