Selasa, 16 Februari 2010

TRAGEDI PLANNING episod 4

“ok la kalau kau boleh pergi sorang. Tapi baik-baik..hati-hati jangan nak cakap lepas.ni kawasan orang, bukan kawasan kita.” Tegas nada Zaf member keizinan rakan baiknya itu untuk pergi membeli ke kedai pinggan.

“ye lah, kau jangan risau yea. Aku pergi kejap jeh.” Kata Qila sambil menghampiri Zaf dan mengucup pipinya.

Hafiz yang melihat aksi kedua kawan baik itu hanya tersenyum. Dia tahu bahawa skandelnya itu penyayang. Dia ingin sekali bersama dengan Zaf kalau ada waktu lapang. Tetapi masa itu amat payah untuk di a dapati. Pasti ada sahaja mata-mata yang memerhati gelagat mereka berdua. Zaf menghantar Qila dengan pandangan. Dalam sudut hati kecilnya, dia begitu risau dengan tindakan kawannya itu ingin pergi sorang diri ke kedai. Berat sungguh hatinya, bagai ada sesuatu ingin terjadi terhadap nasib kawan baiknya itu. Dalam termenung…

“Oi Zaf, kau tenung apa tu?” Tanya Hafiz yang dari tadi memandangnya. Dia yang duduk sebelah Hafiz hanya terpinga-pinga apabila dia sedari kelibat Qila sudah tiada.

“Er..tak ada apa-apa.” Kata Zaf…

“Err…Zaf jom kita pergi ambil ranting kayu, unggun da nak habis dah ni.” Ajak Hafiz yang sudah bangun lalu menarik tangan Zaf. . Zaf hanya mengangguk, dan Mira, Bulat serta Ikha hanya tersenyum-senyum..

“jangan buat apa-apa dekat anak dara orang King.” Usik Adam , saudaranya. Usikan itu hanya dijawab dengan senyuman Hafiz. Zaf yang melihat gelagat Hafiz hanya menjeling. Tangan yang dipegang oleh Hafiz masih tidak di lepaskan.


Dalam perjalanan Qila hendak ke kedai..

“apahallah sunyi je kawasan ni.” Detik hati Qila. Dia yang merasakan seram sejuk pantas membuka handphonenya untuk mendengar lagu.
Tiba-tiba…….


Di tepi pantai..

Mereka berlapan sedang berborak-borak dengan gembiranya sementara menunggu daging dan ayam masak. Berbagai cerita yang di kongsikan bersama. Dan berbagai lagu yang sudah dinyanyikan bagi menghiburkan hati..

“eah Mira, Hafiz dengan Zaf ada apa-apa ke?” Tanya Adam.

“Kenapa kau Tanya?” Adam diam belum sempat dijawab soalan Mira itu, Bulat menyampuk…

“Kau jeles yea?” sambil di ikui gelak tawa. Muka Adam memerah. Pantas dia menjawab.

“eah, ada ke . aku Tanya je. Dari aku sampai tadi dia tak lekang asyik pandang Zaf tu je. Si Shah ni pun sama. Tak lekang pandang Mira. Kau orang ni ada apa-apa ke?”

“Eah, aku dengan Mira pun kena ke?” kate Shahrol. “Ala kau kalau kau minat Zaf tu cakap jea lah…” Dia berhenti kan percakapannya seketika dan menyambungnya kembali..”eah, jangan-jangan, karaang King marah payah. Kau ambil lah Bulat ke, Ikha ke.. kosong lagikan?”

“ewah-ewah, kau ingat aku dengan Bulat ni apa? Main tempah=tempah yea?” kata Ikha, dia kyrang berminat jika orang berkata begitu.

“Ala makcik ni, Shahrol tu gurau je la. Kalau betul pun apa salahnya kan? Aku pun nak rasa juga couple-couple ni. Aku tak pernah rasa ber-couple ni.” Kata Za’am.

“Ah tak ingin aku. Kau tu, aku baru kenal hari ni. Entah baik, entah tidak.” Selambe sahaja muka Ikha semasa bercakap begitu. Za’am hanya ketawa mendengar kata Ikha.

Dari awal dia perhatikan gadis comel itu. Ikha paling kecil dan comel dalam kumpulan gadis itu. Hati lelakinya ingin mengenali lebih dekat siapa Ikha. Betullah kata orang tua, kecil-kecil cili padi. Sekali Ikha bercakap, siapa yang tak tahan boleh berapi telinga.

“Eah Bulat, kau dari tadi senyap je kan. “ kata Adam, “weyh Man, layanlah si Bulat tu kesian dia.”

“Ah kau, kau tak Nampak aku dengan Izat tengah borak dengan Bulat ke?”

“Kau orang je aku tengok borak lebih, si Bulat tu senyap jea.” Kata Adam. Sememangnya mamat nilah paling kecoh.


Sementara Hafiz dengan Zaf masih mencari ranting-ranting kayu. Dari tadi Zaf tak banyak bercakap, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Lalu…

“Zaf..aku nak Tanya sikit boleh?” Zaf hanya mengangguk. “Er…kenapa kau senyap jea?”
“Mana ada. Aku penat je.” Jawab Zaf ringkas.

Hafiz tidak berpuas hati dengan jawapan yang diiberikan oleh Zaf. “Kau jangan nak tipu aku dear. Aku kenal kau tau. Ni mesti ada apa-apa ni. Come on lah, kita dating sini nak happy. Ke kau tak suka jumpa aku dekat sini?”

Pantas Zaf menggeleng. Sememangnya hatinya begitu teruja berjumpa dengan Hafiz di sini. Hatinya dah lama benar menyimpan perasaan. Pernah dulu dia memberitahu, tetapi Hafiz hanya buat tak tahu. Jadi, dia tidak mahu menjadi bagai perigi mencari timba, dia hanya mendiamkan diri. “Aku Cuma tak sedap hati.”

“Tak sedap hati kenapa pula? Kau ada masalah ke? Ke kau takut apa-apa jadi dekat Qila?”

“Entah. Nantilah aku cakap. Aku penat je sekarang ni.”

“er…Zaf kalau aku Tanya lagi boleh tak?” dia ragu-ragu. Dia takut skandelnya itu rimas. Maklumlah penat. Zaf hanya mengangguk. “err… betul ke kau serius dengan apa yang kau cakap dulu?”

“Cakap apa?” Zaf sebenarnya tahu apabila Hafiz bertanya begitu . mengenai perasaannya dahulu.

“pasal kau….” Tak sempat Hafiz meghabiskan ayatnya Zaf telah berkata-kata semula…

“Kau juga pernah cakap aku ni sesuai ke dengan kau.. betul tak?” Hafiz terdiam, benar tetapi dia tidak pernah bagi tahu Zaf, dia hanya cakap pada kawan-kawannya yang dahulu gemar menggosipkan dirinya dengan Zaf, tidak dia sangka bahawa cerita itu sampai ke telinga Zaf. “dah lah, lupakan. Aku tahu siapa aku.” Zaf meneruskan langkahnya menghampiri kawan-kawannya, meninggalkan Hafiz di belakang. Dia berpura-pura ceria di hadapan rakannya. Tetapi hati siapa yang tahu. Hatinya benar-benar terluka apabila menceritakan hal sebegitu lagi.

Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10 malam, kalau di ikutkan kedai runcit biasa, sudah lama tutup. Mereka masih berborak, Zaf yang duduk di sebelah Mira bangun melihat daging yang di panggang , sudah masak, dia meletakkan daging dan ayam itu di dalam sau bekas yang ada.

“eah Bulat, Qila tak balik-balik lagi ke?”

Bulat yang baru perasan hanya menggeleng kepala. Pantas jari Zaf mendail number handphone Qila, tetapi tidak di jawab. Hatinya mula resah. “weyh korang, Qila tak balik lagi ni. Cari jom. Aku risau lah.”

Mereka bersetuju. Lalu berpecah kepada 4 bahagian. Tidak lama kemudian mereka berkumpul di unggun api di tepi pantai itu semula. Masing-masing tidak menjumpai Qila.

“Zaf, apa kata kita naik hatol dulu. Kau bagi mesej dekat minah tu yang kita tunggu dia dekat bilik. Err.
. korang ambil lah sikit untuk makan malam nanti.” Masing-masing mengemas barang-barang untuk naik ke bilik.


to be continue...

Tiada ulasan: