Rabu, 6 November 2013

DI MANA SALAHNYA?

Tak tahu mana salahnya. 
mana perginya gelak ketawa bersam dulu?
Mana perginya kata-kata dulu.
Aku tunggu dan tunggu.
Aku cari dan cari mana salahnya.
Jika dahulu aku pernah melakukan silap.

Sombong ke aku?
Aku seorang yang sombong?
Dari mana sombongnya datang?
Di mana nampaknya sombong tu?

Aku ni kau dan kau cari bila ada masalah je ke?
Kenapa lakukan aku seperti tiada perasaan?
Ke memang kau dan kau fikir aku tiada sekeping hati?

Air mata aku meleleh kerana kau dan kau pernah kau tahu?
Aku buat tak endah bila di tanya sama ada aku sedih atau tidak.
Aku buat happy dan aku berlakun sebenarnya.
Aku buat dan aku lagak yang aku orang paling bahagia.

Tapi sekuat mana hati yang kecil ni?
Tapi sampai bila sekeping daging ini mampu untuk bertahan?
Sampai satu hari riwayat aku tamat?
Begitu baru kau dan kau puas menyakiti?
Thanks!

Terima kasih yang tak terhingga.
Di atas lakunan anda dan anda. 
hebat sangat.
*Clap * Clap


Jumaat, 1 November 2013

melangkah ke tangga akhir ke semester 6 :)

fuhhhhh~ tiup-tiup habuk...
-apa ni habuk banyak sangat... hailaaaaa apa nak jadi ntah...

Eh? Hye .. Hehe Assalamualaikum. 
Thanks to Allah bagi peluang kat aku sekali lagi untuk stay on bernafas... *tarik nafas turun nafas...


exactly right... jika kita mahukan sesuatu kejayaan perlulah ada usaha bukan sekadar angan-angan kosong. 

Alhamdulillah untuk semester 5 kali ini habis dengan tidak sia-sia bertungkus lumus (walaupun sebenarnya ada terselit kenakalan) hehe

Cerita dari awal lah oke. Semester 4 aku berakhir dengan kesedihan yang melampau-lampau apabila aku diuji dengan kegagalan main paper... di ulangi main paper..

dekat kampus aku ada 7 orang kawan yang rapat :) termasuklah aku dalam 7 orang tu. Di kalangan 7 orang ni, 2 orang je pass semua paper.. 5 orang lagi sangkut main paper... kena pula tengah intersesi waktu tu.. di ulangi intersesi...mood memang habis lah sampai lecturer pon perasan akan mood students haha :D

dengan ujian aku sem 5 yang lepas, aku tak dapat duduk kolej atas kesalahan yang bodoh -tak mohon online- =,=''

hidup aku semester 5 pada awal-awal semester agak tonggang langgang jadinya. dengan pada awalnya tak selesa duduk dekat asrama luar. dengan kawan-kawan yang mula buat aku tacing macing.. erk? oke abaikan..haha 

result how? dengan cara belajar aku pulun last minit jugak la di katakan...tapi alhamdulillah lulus semua dan GPA dan CGPA aku meningkat .. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang bagi kejayaan ni. mungkin result ni kenalah kot dengan usaha aku.

jujur aku kata.. aku menangis waktu nak buka email.. pukol 12 tengah malam. buk-buka tweeter semua alhamdulillah syukur.. dalam erti kata lain semua mesti result oke kan. tapi aku? ya Allah that's why aku menangis sebelum buka result.. 

dan dengan di beri secebis kekuatan dari seorang kawan.. aku bukak dengan bismillah dan Allahuakbar.. dan.. resultnya melegakan. spoton..aku turus sujud mengucapkan syukur..

diam x diam .. pejam celik pejam celik.. kita sama-sama melangkah bersama ke semester 6 :) ..
kita melangkah ke tangga yang terakhir untuk Diploma in Accounting Information System in UiTM Arau, Perlis 
^,^

  


thanks untuk segala kenangan
Alhamdulillah





Sabtu, 13 April 2013

bukan senang nak senang

esok nak balik tapi malam ni aku menangis. menangis kerana? stress! ya Allah hanya KAU je lah yang faham situasi aku sekarang...

aku curi masa dari menghadap FAR250 sepuluh minit untuk menaip dan luahkan apa yang dekat hati..

tahu tak belajar ni susah? sebab apa susah? sebab pepatah Melayu kan ade cakap :

"BERSUSAH-SUSAH DAHULU BERSENANG-SENANG KEMUDIAN"

memang orang akan nampak alah belajar ni senang je. bukak buku buat latihan.. hafal dan hafal..

bai aku nak cakap sket pada orang yang fikir macam ni..

pernahkah anda terfikir bagai mana kehidupan student?

ya aku akui memang senang nak dibandingkan dengan bekerja.. tak siap kerja kena marah dengan bos atau silap-silap 'you are fired'

but...

ko tahu tak stress nya bila ---> kita takut akan hadapai kegagalan..

walaupun kau tahu kegagalan itu mematangkan dan mengajar kita?

aku tahu semua tu.. aku tahu.. tapi as long as kau sebagai students.. ko mesti jugak akan fikir nak capai target... tak nak fail takut repeat .. bla bla bla..

yes aku admit benda ni aku pon jadi..

aku admit jugak.. org yang cakap macam ni.. ' alah pasrah la.. dah usaha..berdoa...yakin...tawakal..."

these sentences dah banyak kali aku dengar.. ya.. memang perlu dan memang kita kene percaya dan berpegang pada benda ni..

dan as student kau kene yakin ayat ni 'KUN FAYAKUN' .. kalo kau dah usaha takat mana kau dah try gila-gila kalau Allah tak bagi kau berjaya kau akan gagal jugak..

dan gagal kau pada hari itu bukanlah penyebab untuk kau terus gagal lagi...

TAPI gagal kau tu untuk kau belajar dari kesilapan.. maybe waktu kau berjaya dulu kau ada terrrrr RIAK.. terrr BONGKAK... terrrrr BERLAGAK.....

Allah nak uji kau tu... sebab Allah tak nak kau jadi macam tu.. so kau kena pandai fikir..

but...

aku pon as a student aku admit yang aku dalam masalah ni.. sekian..

p/s" esok balik..tapi malam ni aku menangis..

Jumaat, 5 April 2013

wink~

nak cakap banyak pun takut terlebih merepek.. aku tawu aku da lambat sangattt dah dalam mengenai kpop. haha jangan nak kpop sangat lah kan..

cukup yang aku nak kata aku bukan fanatik atau addict kat kpop.. but aku addict kat mamat-mamat ni.. wakakaka...

abaikan... dia sangatttt handsome.. pada pkck.. hihi tercurang.. wakaka...(but you know me kan..) hihi






Sabtu, 23 Mac 2013

Alhamdulillah kini sudah makin matang

First sekali aku nak thanks to Allah S.W.T kerana memanjangkan umur aku yang banyak dosa ni. Alhamdullillah Allah masih bagi nyawa untuk aku beramal dan bertaubat. In Shaa Allah. :)

Dah 20 tahun. yeah! 18 march lepas genap la umur aku 20 tahun. yeah! 'Akak sedar akak dah tua dik'. -nada bapok sket- ewah... ;) jalan cerita yang amat panjang... oke aku akan cerita satu persatu.

jatuhnya 18 March 2013 pada hari Isnin minggu terakhir kelas before study week untuk student diploma UiTM seluruh Malaysia.. hihi... keluar bilik dengan senyuman kerana hari ini hari aku. Oh ya ya before terlupe... malam tu.. 

Fana kawan satu sekolah dengan aku datang bilik aku nak jumpa Nadot, roomate aku yang merangkap classmate dia. oke aku tak detect apa-apa cuma aku pelik. ape ke he nye minah ni tak wish ape-ape ni.. jam dah kol 12 lebih tak kan tak ingat kott.. huhu hati sedih tapi seperti biasa aku tetap berlagak macho.. puiii. tetibe die ajak aku pergi toilet teman dia pergi tandas sambil-sambil tunggu Nadot balik. oke aku pun keluar but dalam hati dah berkata.. hati-hati Zida... mesti ada yang tak kena. oke sampai je dekat depan bilik air yang sebelah bilik aku je tu.. aku tengok Sai...Ani (member volleyball aku)....Kak Nurul and Mira.. (roomate sai and Ani) ada dalam bilik air.. aku pelik then Fana ajak aku teman sampai ke depan bilik pintu jamban.. hoish.. die pike aku rajin bebeno nak ikot... tanak-tanak.. itu pun aku masuk toilet tu setelah di paksa beberapa kali... * kena paksa! jahat betol!

lepas je Fana kua dari jamban tu aku terus masuk bilik cepat-cepat.. huhu tamaw aku tunggu lelame... cam pelik je.. dengan baldi air sabun kemain banyak dalam bilik air tuh.. seram...seram.. aku pun sambung buat latihan Maf280 aku.. buat punya buat jam dah kol 1 lebih kot time tu.. tetibe Ani masuk bilik and Fana pulak tak masuk-masuk bilik.. ani amik fon Fana main-main.. TIBA-TIBA! 

TOK TOK TOK ! !! ada orang ketuk pintu dari luar bilik macam nak roboh pintu bilik aku tu ha.. dengan nada bengang aku bersuara.. "MASUK JE LAAAA" oke nada bengang gila! haha

pintu terbukak then Kak Nurul ada depan pintu...muka serius nak mati bak hang... aku pandang kerja aku balik and buat sambil tu pasang telinga jugak lah..

"Nadot.. Ani..! Fana dengan Sai bergaduh tuha..."

krik..krik.. tadi bukan oke ke? fikir aku.. apa-apa je lah.. trick ni.. aku fikir lagi.. oke lepas tu..aku macam sebersalah nak keluar ke tak sebab aku dapat rasa ini perangkap ni.. heh heh.. 
oke lah aku redha je la.. pergi jugak.. Nadot... sume dah berdiri depan pintu bilik air tu.. aku pun teragak-agak.. tertinjau-tinjau..

tengok-tengok Sai serius je muka.. memang macam bergaduh betul je ghupenye.. huhu.. tanya-tanya Fana mana.. rupe-rupenya Fana kat dalam tandas merajuk semua.. aku terfikir jugak.. ai takut-takut pergi tandas pun merajuk boleh pulak minah ni duduk dalam tandas then nadot masuk dulu and aku follow die... 
then Nadot ye ye ooo je pujok Fana..
"Fana keluarlah...Fana...bla..bla..." sungguh pandai masing-masing melakonkan watak yew.. hewhew... aku pon dok la pujok2...then aku cakap.."Hish kau ni bagi aku melepas dulu lah... nanti aku pujuk kau..." wak tu aku nak jalan je nak pergi masuk tandas  sebelah... TIBA-TIBA.... aku nampak Ani berlari kat aku seterusnya......

GEDEBUSHHHHHHHH!!!! serrrr maka air sabun berbaldi-baldi di siram kat atas kepala aku.. yeah! aku mandi sabun malam tu.. Kak Nurul datang and... goncang-goncang botol bedak kat kepala aku... huhu Haru-haru..... *1 hari 3 kali aku mandi.. and 2 kali aku shampoo rambut...siap boh perapi....tapi rambut still kejong and bau bedak.. haru-haru...... *Then... HAPPY BIRTHDAY TO YOU......Happy Birthday to You....bla...bla....


++++++++++++Habis First Slot +++++++++++++


oke pagi tu keluar dengan senyuman pergi kelas... di wish-wish tapi tak ramai.. yelah siapa lah kita kan.... haha abaikan... ada aku kisah nak jadi famous...? tak pernah pon.. tapi bila esok nye birthday kawan aku mereka-mereka sambut bagai nak rak.. oke aku jeles... seriously aku jeles... Teya... Raffi (bf Teya) sanggup datang dari jauh..KL semate-mata nak celebrate birthday Teya...dapat bear besar..... mereka-mereka pun bertungkus lumus kerana birthday dia... sedangkan aku.. haish.. hanya wish sahaja.. aku biarkan sahaja.. tapi orang cakap muka aku memang tak boleh nak hide kan apa yang aku rasa kan.. diorang nampak perubahan muka aku dari semasa ke semasa.. senyum kerana menjaga hati.. senyum kerana ingin menyorok segala sedih di hati...

aku tak harap kek mahal.. aku tak harap nak sambut kat SR..tapi bila si dia birthday sebelah aku di layan bagai puteri.. hamboi.. puteri... kemain kau nyah.. hakhak... aku terasa dalam diam.. tapi gagah kan lagi...

1 hari aku berjalan sampai malam baru masuk gate A and pergi sport com nak tengok Yana lawan lontar peluru... -kat sini ada bende lucu.. tapi abaikan..-  waktu Nani...Irah...Dayah...and Niza tengok orang-orang berlawan... aku sibuk on the fon dengan mama and ayah.. seriously waktu ni nak mama and ayah and nak nangis puas-puas...
ayah pun cakap .. : "ala tak per nanti kita sambut lambat sikittt..oke..tak mo sedih-sedih"
mama pon cakap bende yang sama..

aku tak dapat tangkap pun apa yang mama and ayah cakap tu.. yang aku ingat dorang na re-celebrate birthday aku.. pastu aku terfikir jugak yang Niza ni biar betul datang sorang-sorang dari Kolej ke Sport Com semata-mata nak tengok Yana main.. aku pelik.. jalan gelap kot....tapi... maybe ada logiknya...

malam tu waktu on the way balik Kolej... area court tenis.. Yana... "Bak sini handphone hang sat.. aku nak tengok gambar...dek sebab kan siang tadi banyak gambar-gambar birthday Teya dalam fon aku.. aku pon tanpa curiga bagi.. then dekat batu cave.. diorang take picture banyak-banyak bawah lampu... aku yang dah penat ..jalan kat depan.. tengah-tengah jalan...

aku rasa ada air and bende jatuh atas kepala aku and terbang atas kepala aku.. aku pon sapu kepala aku tengok-tengok tepung! then...

"HAPPY BIRTHDAY ZIDAAAAAAAA!!!"

dia orang dah meluru turun tangga tinggalkan aku.. aku kejo diorang.. waktu ni sedih aku tak ada dah.. yang aku fikir... aku nak kotorkan diorang jugak :)

sampai je kat depan kolej... aku terduduk.. aku nangis... weyh gila terharu.. aku ingat dorang tak nak sambut.. as i said sebelom ni.. aku tak harapkan kek besar..kek mahal.. or apa-apa yang lebih-lebih.. aku cuma harapkan sesuatu yang boleh buat aku simpan sebagai kenangan...

then diorang kata...
"zida kami sayang hang.. bukan kami tak ingat birthday hang.. tapi kami fikir mesti hang dapat agak yang kami ada buat something....kami minta maaf buat hang nangis.."

dush...waktu ni melalak habis weyh... sedih gila...!

then yana Ada tulis "20 ,ZIDA" kat parking lot guna tepung....so sweet......tingkiuuuu kak...long....

aku fikir malam tu tamat semuanya.. rupa-rupanya... esok tu habis kelas MGT180... skali lagi aku pelik... biasanya aku dengan Niza waktu balik mesti ikut pintu depan then hari tu dia nak ikut pintu belakang..alasan... Dayah and Irah nak ikut balik sama... diorang pergi tandas sat... 

lepas kat tandas tengok-tengok Dayah betulkan tudung je...
nak turun tangga tu.. Irah and Dayah dah mula peluk-peluk aku... cakap... "Zida Kami sayang hang...Kami sayang Hang..."

aku dah rasa macam lesbian dah waktu ni.. hihi.. but.. aku ikutkan aje,..waktu ni seriusly aku pelik gila lah.. diorang pimpin aku macam aku dah tak reti berjalan dah...

sampai bawah... diorang nak pakaikan aku penutup mata waktu tidur tu..ape ntah namenye.. aku dah fikir aku nak lari dah.. tapi di pujuk-pujuk.. aku pun ikutlah...pakai natang tu...

diorang bawak aku jalan kat tasik ilham .. tipu aku kata ada longkang tapi tak de longkang pon.. oke bende ni di rakam gune fon aku pulak tuh.. ceit... kejam... 

then sampai satu tempat Irah and Dayah tinggal kan aku kejap... TIBA-TIBA ! POMMMM! belom meletop and ada air jatuh kat kepala and baju aku.. aku pon jeritttt... then aku di pimpin lagi and di suruh dudukk...

anddd...anddd HaPPY BIRTHDAY TO YOU....HappY BirthDay TO YOU...bla-bla.." dengar bunyi gitar.. ah sudha siapa pulak yang main gitar... Then sekali lagi POM !!!! belon meletop lagi... 

aku dibenarkan bukak mata... andddd guesttt what semua ada.. TEya Niza.Yana Irah Dayah and Nani ada.. and .. selebihnya korang tengok sendiri....

20 March 2013




*lawakan diorang hias.. aku rasa macam back to 2 years old balik da :)



*mate nangis tengok kek and effort diorang :)


*mama.....ayah... dari jauh pun boleh berpakat dengan member-member yun ye.. thanks Allah coz bagi aku parents yang sweet macam ni.. dari jauh pun diorang sanggup buat aku happy dan gembire.... 
*idea terpakse ditangguhkan kerana  dorang cakap... aku mesti dapat agak ..so naty tak jadi surprise.. walaupun 12 March ayah da bank in duet :'(




19 MARCH 2013


* gambar before kene prank






v
v
v
v
v
 TEYA 
(birthday kitorang sebelah-sebelah)
(ZIDA 18 MARCH / TEYA 19 MARCH)




Alhamdulillah kerana dapat kawan macam ni...

NURRUL ANIZA pakat dengan mama aku ye....

GIRLS... alot of THANKS

_______________________

AYAH & MAMA... 
sampai ke akhir nyawa YUN sayang mama ayah ..





Isnin, 18 Mac 2013

senyuman tak menggambarkan perasaan

Ku Petik Bintang-bintang Lyrics

Kupetik bintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak rasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhir terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

sumbangan :  http://www.lyrics.my/46964

* melodi & lirik...menggambarkan apa yang aku rasakan...

Ahad, 17 Mac 2013

Siapa yang nak gagal ?


Assalamualaikum ... hujung-hujung semester ni.. as a student siapa yang nak gagal kan? macam tu jugak aku. Sekadar berkongsi bersamalah. Semester ni seriusly aku memang banyak main. aku admit it.

So disebakan oleh itu some of paper test aku ada yang fail. Yup! maybe ada orang akan kata

"Tak Malu Ke cerita yang kau ada fail?"

Pada aku.. memang aku malu. Kalau aku tak malu aku tak akan rasa se-down macam hari tu. Yelah di kelilingi dengan orang yang pandai-pandai.. try untuk maintain pointer or tingkatkan pointer tapi sudahnye fail!

Memanglah orang akan kata

"Alah...fail test je pun.. final ada lagi."

Seriusly orang macam ni.. hurm... kind of... oke abaikan.... tu maybe pada dialah. bukan aku.

maybe Allah S.W.T nak uji aku.. mesti ada sebab dan hikmahnya..

Aku perlu rasa gagal ni pada awal-awal supaya one day if jadi yang lebih dasyat aku tak terlampau sedih dan duka...

Aku ada satu story nak cerita .. sekadar perkongsian bersama.. dari ayah aku..

" Ada seorang makhluk Allah.. dia dulu sangat success dalam hidup terutamanya study.. success die bukan DL biasa-biasa.. tapi DL 4 flat (btol ke eja flat tu?) die top students..memang succes la orang kata.. but one day.. paper final die.. tataw la kan final apa... die fail!// u know what.. wayar otak putus.. then terus tak betul... 

ayah aku kenal die ni dekat bus stop kat seremban dulu..waktu die mude-mude kerja kat seremban dulu... makhluk Allah tu selalu lepak kat bus stop dengan gitar then dia akan menyanyi.. guest what.. suara die ayah aku kata sedap kott.. but orang yang di duga macam tu.. orangnya tak ganggu orang... 

one day ayah aku bertanya a.k.a berborak-borak dengan dia.. layan dia... dari situ ayah aku dapat tahu cerita ni.. "

Ya Allah berat sungguh dugaanMu pada dia..

Dan Ya Allah terima kasih kerana bagi aku keperitan ini kerana aku tahu kau mahu aku jadi kuat.. in shaa Allah dengan izin Mu aku akan jadi lebih kuat menutup segala perasaan aku..

Rezeki ada dekat mana-mana.. in shaa Allah selagi kita berusaha.. bertawakal...berdoa... in shaa Allah.. Allah tak kan hampa kan kita.. jika kita tak dapat habuannya sekarang..mungkin Allah telah/sedang merancanakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita inginkan...

WaAllahualam...