Isnin, 29 Oktober 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 4


“Mak, mana abang Wafie mak? Mana, mak?” Mak Senah dari tadi hanya menangis tak berhenti-henti. Aku pandang satu persatu adik beradik Wafie yang nyata turut sama menjatuhkan air mata. Aku terduduk lesu di sisi Mak Senah. Wanita yang aku gelarkan mak ini adalah Mak Wafie. Aku tak dapat lagi menahan sebak yang sedari tadi aku tahan. Melihatkan keadaan mereka, aku bertambah yakin aku tidak dapat lagi melihat Izzat Wafie.

                “Sabarlah Filza. Allah lebih sayangkan dia.” Ucap Abah Zaid yang sedari aku tiba tadi hanya berdiri membisu.

                “Saya baru je jumpa dia tadi bah. Kenapa benda ni jadi? Ya Allah kenapa kau ambil nyawa insan yang aku sayang?”

                “Filza tak baik cakap macam tu. Apa yang dah berlaku tak dapat kita nak sangkalkan. Ini semua takdir nak. Abah ni abah kepada Wafie, abah relakan pemergiaan arwah. Jadi Filza sebagai tunangnya harus juga merelakan pemergiaanya. Dah sampai janji dia dengan Allah. Kita tak dapat nak buat apa lagi dah nak.”

                Hanya tangisan yang mampu aku berikan. Kenapa hati aku tak secekal abah? Kenapa?

                “Atin, kau bawa Filza balik ke rumah abah dulu. Esok jenazah akan di kebumikan di kawasan rumah abah. Takut lagi teruk nanti.” Arahan yang muktamat telah abah berikan. “Ana, Asyraf. Ikut kak Filza balik rumah. Abah dengan mak nak uruskan jenazah along.”

                Dengan berat hati, aku melangkah keluar bersama Atin dan adik-adik Wafie, Ana dan Asyraf. Sunyi sepi sepanjang perjalan ke rumah abah. Masing-masing mengalirkan air mata. Aku masih lagi setia mengalirkan air mata di atas apa yang berlaku pada malam ini.

                “Filza.” Panggilan Atin hanya aku sahut dalam hati. “Kau dah bagi tahu mama dengan ayah kau?” Aku geleng. Sesungguhnya aku tak tahu bagaimana hendak menjawab soalan Atin dengan keadaan aku yang begini. Hidung tersumpat. Hingus bertakung. Mata, bengkak !

                “Bagi tahu dia orang lah. Esok nak kebumikan arwah. Tak kan dia orang tak nak datang.”
                Aku hanya menjawab dengan perlakuanku. Handphone di keluarkan lalu menekan-nekan nombor ayah.

                “Hello Assalamualaikum.” Aku biarkan sunyi. Salam dijawab dalam hati. “Filza.....?”

                “Errrr... ayah.....” dalam sendu aku cuba membuka bicara.

                “Kenapa ni?Nangis pula anak ayah ni?”

                ‘”Abang Wafie......”

                “Kenapa dengan Wafie....?”

                “Dia....dia...”

                “Jangan buat ayah risau. Kenapa dengan Wafie.” Suara ayah mulai tegas.

                Aku masih lagi cuba menahan sendu supaya ayah jelas mendengar apa yang akan aku katakan nanti.

                “Abang Wafie dah meninggal.....” Pecah terus tangisan yang baru mula reda sebentar tadi. “Dia dah tak ada ayah..” Tangisan ku semakin menjadi-jadi.

                “Ya Allah, kau jangan main-main Filza. Kau ingat benda ni kelakar ke?”

                Pilu lagi hati aku dibuatnya. Ayah pun tak percaya. Inikan aku yang baru sahaja berjumpa dan bermaja dengan tunang aku tu.

                “ Betul......”

                “Atin mana? Bagi ayah bercakap dengan dia. Kau tu bukan boleh percaya, kalau dah bergaduh main cakap ikut sedap mulut saja.”

                Aku serahkan handphone itu ke tangan Atin. Lagi kuat tangisan aku. Ana dan Asyraf yang tadi sudah reda, kini kembali menagis mendengar tangisan aku.

                “Ye pakcik.. pakcik datanglah sini. Esok Abah Zaid dengan Mak Senah akan kebumikan arwah lepas Subuh insyaAllah.”

                Hanya itu sahaja aku dengar perbualan Atin dengan ayah. Aku tak ambil pusing akan itu semua. Yang aku fikirkan hanya Izzat Wafie Zaid. Aku masih lagi tak percaya  apa yang dah berlaku.

********************************
                Sudah dua bulan arwah selamat di kebumikan. Tapi aku tetap macam ni. Pembelajaran aku teruk. Boleh ke aku sambung study dekat tempat yang penuh dengan kenangan antara aku dengan Izzat Wafie. Insan yang sangat aku sayang, pergi tinggalkan aku tanpa tanda.

                Sedang aku kusyuk mengelamun, alunan lagu Lonely No More membelah kesunyian.
                “Assalamualaikum Prof....Baik, nanti saya datang.”

                Aku tergesa-gesa mengemas barang masuk ke dalam beg. Lalu meninggalkan Atin yang kusyuk mentelaah di perpustakaan.

                “Oi nak pergi mana?” Langkah terhenti. Atin ni lah, kalau bercakap tak reti nak perlahan. Main ikut sedap je, bukan nak tengok tempat ke apa.

                “Prof. Syikin nak jumpa aku. Chaw dulu.” Aku berlalu tanpa menoleh ke arah Atin.


Tokk ! Tokk ! Tokk !

                Pintu di ketuk dari luar. Kedengaran suara Prof. Syikin memberi arahan masuk.

                “Assalamualaikum Prof.” Tegak aku berdiri di hadapan Prof muda seorang ini.

                “Waalaikummussalam. Hah, Nur Filza Iman. Have a sit please.”

                “Ada apa prof nak jumapa saya ni?”

                “Begini Filza. Awak ada apa-apa masalah ke?”

                Kerutan di mukaku mungkin jelas kelihatan di saat ini.  “Maksud Prof.?”

                “Mengikut record awak. Keputusan test-test dan quiz-quiz awak  tak pernah seteruk ini sebelum ni.” Aku diam. Tak tahu nak menjawab apa. “Awak ada masalah ke?”

                “Errr... tak ada Prof.”

                “Awak jangan bohong saya Filza. Saya bukan baru sebulan dua dekat sini, dan awak bukan yang pertama macam ni. Awak ada masalah, awak boleh cerita pada saya. Kalau boleh saya bantu atau beri pendapat saya akan lakukan sebaik mungkin.”

                “Err.......”

                Mahu tidak mahu aku terpaksa membuka cerita yang aku simpan selama ni. Bukan aku mahu semua ini terjadi. Fikiran aku masih pada Izzat Wafie. Aku masih tidak boleh fokus. Setiap kali ingin aku buka buku, pasti pesanan dari Wafie akan berlegar-legar di kepala. Pasti bayang Wafie akan hadir bila-bila masa. Mengingatkan aku segala kenangan yang tercipta antara aku dengan dia. Memang bagi orang yang memandang itu cuma alasan, itu hanya helah aku. Tapi siapa mereka untuk faham situasi aku? Mereka tak akan faham dan mereka tak akan pernah faham kerana mereka bukan di tempat aku.

                “Begini lah Filza. Saya nasihatkan awak berehat buat sementara waktu. Benda ni akan jadi serius kalau awak terus berkeadaan begini. Tidak mengapa kalau awak rehat buat sementara dan sambung semula selepas awak reda dari kejadian ni. Saya bukannya apa, saya cuma takut kalau-kalau awak akan repeat mana-mana paper untuk semesta last ni. Lagi pun kalau boleh saya tidak mahu student saya graduate dengan pointer yang cukup-cukup makan sahaja.”

                Keluar sahaja dari bilik Prof. Syikin aku terus memberi pesanan ringkas kepada Atin.
‘ Atin, aku balik terus. Kau balik dengan Reza nanti. Sorry.’

*******************************************
                Apa hal lah pulak minah ni nak balik awal pula? Bukan ke ade kelas kejap lagi. Filza...Filza... Dia sendiri kasihan tengok keadaan sahabatnya itu. Semenjak arwah Wafie meninggal dunia. Hidupnya cukup serabut. Makan minum tidak menentu. Rutin harian seperti beku, lumpuh. Tiada lagi Filza Iman yang dia kenal sebelum ini. Tiada lagi senyuman yang terukir di wajahnya.

                Pernah satu hari, dia dan Reza membawa Filza untuk menonton Maharaja Lawak akhir secara langsung. Ini semua di sebabkan ingin melihat Filza tersenyum dan ketawa semula. Tapi hampa. Filza langsung tidak tersenyum. Inikan pula mahu ketawa. Lebih teruk lagi, Filza balik ke rumah tanpa memberi tahu mereka. Katanya ingin ke tandas, tapi tidak muncul-muncul selepas itu. Hanya kiriman pesanan ringkas sahaja yang di terima dari Filza, itu pun setelah persembahan habis.

                “Hoi mak cik ! Termenung  je kerja kau kan.”

                Bagai mahu tercabut jantung Fatin Daliana di atas sergahan Reza Hakimi. Mamat selenge ni, aku back hand karang baru tahu. Bikin hati gua panas je.

First, kau ni memang tak ada adab ke? Second, kaw ni memang tak reti nak fikirkan orang ke? Buat kata aku ada sakit jantung ke , lemah semangat ke macam mana? Kau nak tanggung?”

Tersengih-sengih si siput sedut ni. Macam handsome sangat nak sengih-sengih kat aku kan.

“Ala aku minta maaf lah mak cik. Aku tahu kau sihat, tu sebab aku berani buat. Kalau kau ada penyakit tu memang aku tak buatlah. Kau jangan risau. Aku ni lelaki yang paaaaaaling baik dalam dunia ni. Itu perlu kau tahu. Fakta bukan auta.”

                Fakta bukan auta dia cakap? Akulah kalau diberi percuma pun aku tak naklah dengan si siput sedut ni. Menyemak, menyakitkan hati, apa lagi yang tak ada. Semua cukuplah.

                “Apa pandang aku macam tu?” Reza buat mata terkebil-kebilnya itu. Dia ingat dia cute ke buat macam tu. Oh,memang tak lah. “Aku handsome eh?”

                Apa pasallah aku kenal dengan dia ni. Perasan gila. “Fil, suruh aku balik dengan kau.”

                “Hah? Kau nak balik dengan aku? Demam ke apa kau ni? Tak larat lah motor aku nak tampung berat badan kau. Dah lah gemuk. Semput motor aku nanti.”

                “Hoi, kau ni kalau bercakap tak menyakitkan hati aku tak boleh ke? Kau tahu tak mulut puaka? Tahu? Mulut puaka tu pun tak busuk macam mulut kau.”

                “Mana ada mulut aku busuk. Aku gosok gigi apa. Nak kata aku merokok, pegang kotak jelah yang aku penah. Nak kata aku makan petai, aku tak makan pun lagi dari pagi.” Kata Reza sambil menghembus nafasnya ke tapak tangan sambil cuba untuk menghidu wap mulutnya sendiri. Mana tahu memang betul busuk. Malu dia.

                “Kalau kau tak nak tumpangkan aku tak apalah. Tak payah nak kutuk-kutuk. Dah aku chaw dulu, ada kelas.” Sambil mengemas barang-barang masuk ke dalam beg galasnya.

                “Lah, sensetif lah pula kau ni. Tapi semput la weh motor aku.”
                “Motor  kau tu tahap dah boleh jual kat besi buruk je. Tak payahlah, aku boleh balik naik teksi. Terima kasih. Adios...”

                “Ni lah yang malas nak bercakap dengan perempuan. Cakap sikit mula nak tegang. Cakap sikit mula nak sentap.”

Kata-kata Reza langsung tak di endahkan oleh Fatin Daliana. Bengkak sungguh hatinya. Dia memang tidak boleh rapat-rapat dengan lelaki jenis begitu. Memang tak akan ngam. Mulut kalah mulut ahli-ahli mesyuarat tingkap. Puaka habis mulut si siput sedut ni.

Kalau tak di sebabkan Reza tu kawan baik kepada Filza, dia tak akan sesekali bertemu muka apatah lagi mahu bercakap dengan lelaki yang menjengkelkan itu.


“Kak ! Kak!” siapa pulaklah yang berkakak kakak dekat sini ni.

“Kak ! Kak Atin !” sepantas kilat kepalanya lipat kebelakang. Ingin mengetahui gerangan siapa yang memanggil itu, yang paling penting penggunaan’kakak’ itu sangat-sangat tak rasional. Aku muda lagi kut, tak kan nak panggil kakak. Jatuh saham aku. Nampak sangat dah tua. Tak boleh, di biarkan.

Excuse me. what did you call me just now? Kakak?” Gadis di hadapannya itu terangguk-angguk. Wajah dah pucat dah. Takutlah tu aku marah. Hahaha. Jahat tak aku? Serta merta wajah Fatin Daliana berumah menjadi manis bila melihat wajah juniornya itu bagaikan baru nampak hantu.

 “Apalah adik ni. Kalau nak panggil kakak, panggil pelahan sikit. Nampak sangat akak dah tua. Jatuh saham nanti.” Gadis itu kembali tersenyum bila melihat kemesraan Fatin Daliana.

“Hah, ada apa panggil akak?”

“ Errr .. kawan saya suruh tanya. Errr...” Apa punya pelik nak tanya pun takut-takut. Aku ni bukan harimau nak makan orang.

“Tanya apa? Cepatlah akak ada kelas ni. Ni pun dah lambat.” Terang Fatin Daliana sambil melihat jam. Alamak dah pukul 2.15 p.m ! Mampus aku. Dahlah kelas Encik Badrul. “Nak tanya ke tak nak ni?” Dia dah mula tidak senang duduk kerana takut akan dimarahi oleh pensyarah Akaun itu.

“Akak dengan abang Reza tu, couple eh?”

Gulp ! Macam ada batu terhempap kat atas kepala aku sekarang ni. “Apa punya soalan ni dik. Akak dah lambat ni. Akak pergi dululah.”

Fatin Daliana meninggalkan gadis itu tanpa jawapan yang kukuh. Sungguh tidak masuk akal jika Fatin Daliana dan Reza Hakimi ber-couple. Ush ! mintak simpang la weh. Tergeleng-geleng kepalanya bila memikirkan soalan yang tak logik itu. Biasalah tu budak-budak.

Ops ! Wait a minutes ! Ada budak perempuan tanya aku pasal Reza? Reza Hakimi? Tanya aku couple ke tak dengan Reza Hakimi? What the.... ada orang minat dekat Reza? Handsome ke mamat tu sampai ada orang yang nak dekat dia? Atau mata budak tu dah rabun tahap keronik? Tak mungkin, tak mungkin. Benda pelik ni.

Langkah masih di teruskan. Tapi kenapa.... apa pasal aku lalu semua orang pandang semacam dekat aku? Aku pakai baju terbalik ke? Kalau terbalik dah lama dah Filza tegur. Aku melihat baju kurung yang membaluti badan. Aku periksa tudung yang terletak di kepala, mana tahu terkena tahi burung ke, apa ke.

“Atin ! Atin !” sekali lagi kepala aku lipatkan ke belakang. “Mun.. kenapa?”

Mun yang termengah-mengah itu memusingkan tubuh Fatin Daliana membelakanginya.

“Ni ha...” sambil menunjukkan kertas yang dia ambil di belakang tubuh ku. “Bila masa?”

Membuntang biji mata Fatin Daliana melihat contengan di atas kertas itu.

“Rezaaaaaaaaaaa ! ! ! !” nyaring sekali jeritan yang terkeluar dari bibir Fatin Daliana ketika ini. Tiba-tiba jeritan itu terhenti apabila suara Encik Badrul.

“Fatin Daliana!” wajah Encik Badrul sudah berada di hadapan mata. Mati aku, mampus aku.

“Awak kenapa? Sawan? Dah la datang kelas lambat. Terjerit-jerit macam orang kena sampuk ni kenapa? Awak berdiri sekarang dekat depan kelas ni sampai habis waktu.”

Wajah yang bengang sebentar tadi terus menikus mendengar suara Encik Badrul yang bagaikan naga bunting itu. Sudahlah bengang dengan Reza Hakimi, di tambahkan lagi bengangnya dengan denda yang di beri oleh Encik Badrul. Nasib kau lah Fatin Daliana. Agak malang kau hari ini.

“Encik Badrul, bagilah saya duduk. Lenguh kaki saya ni.” pinta Fatin Daliana dengan nada sedih.

“Bagi saya lima sebab kenapa awak datang lambat? Awak pun dah nak ikut jejak langkah Filza Iman ke? Suka termenung sana sini. Bagus sangatlah anak dara suka termenung.”

Apa masalah orang tua ni nak samakan aku dengan Filza. Dia tak tahu apa-apa jangan lah suka nak tuduh-tuduh orang. Ni lah masalah pensyarah seorang ni, suka sangat bom orang tanpa selidik dulu. Aku fikir aku dah janji dengan Filza je, kalau tidak dah lama aku buka cerita ni. Bagi semua orang tahu perkara sebenar.

“Kan bagus kalau minta alasan dari saya awal-awal. Tak adalah lenguh kaki ni kena berdiri. Encik minta lima kan? Sebelas saya boleh bagi.” Fatin Daliana menyedut sedalam mungkin nafasnya sebelum memberikan alasan-alasan kepada Encik Badrul.

“Yang pertama, saya lambat sebab saya kena ganggu dengan kawan kepada kawan saya dekat library tadi. Kedua saya tak perasan jam dah menunjukkan pukul 1.55 petang.dan seharusnya saya sudah ada dekat dalam kelas ni. Yang ketiga, waktu saya dalam perjalanan datang ke sini, ada seorang budak, entah datang dari mana tahan saya. Semata-mata nak tanya saya benda yang tak logik. Yang keempat saya kena tunggu budak tu tegagap-gagap nak tanya saya soalan. Macam ni, kak Atin....Errrr...Errrr.” Fatin Daliana mengajuk semula cara gadis yang menahan perjalannya tadi.

“ Kelima, saya tercengang dengan pertanyaan yang budak tu tanya, so benda tu dah makan 2 minit untuk saya kembali kepada keadaan yang waras. Keenam, waktu saya on the way nak pergi kelas akaun Encik Badrul ni, semua student pandang saya macam saya pakai baju terbalik,membuatkan saya sangat tak selesa. Yang ketujuh saya di tahan sekali lagi oleh kawan saya. Kelapan saya tanya dia kenapa dia termengah-mengah kejar saya. Kesembilan dia menunjukkan sesuatu yang terlekat dekat belakang baju saya. Kesepuluh saya terkejut dan tanpa sedar saya terjerit dan akhir sekali yang kesebelas saya lambat kerana saya terkejut dengar suara Encik Badrul panggil saya.” Mengah dibuatnya. Kalah Malique rap ni.

“ Encik Badrul, boleh saya duduk sekarang?”' Tanpa menunggu jawapan dari pensyarah yang sudah beruban itu, Fatin Daliana melangkah ke kerusi kosong di bahagian belakang kelas.

“Ni lah budak sekarang. Kita tanya sikit, jawab saja kerjanya.” di geleng-geleng kepalanya. “Ok kelas, kat mana kita tadi?”


Manalah teksi ni. Tadi aku call, kata tengah on the way. Jauh sangat ke nak datang sini untuk jemput aku.

Tinnn ! Tinnnn !

                “Oh teksi datang betul-betul.....depan aku !” Latah Fatin Daliana.

                Sesumpah  manalah yang kurang di ajar ni. Bikin jatuh aku punya air muka saja.

                “Oi Atin, jom aku hantar kau balik.” Pelawa Reza Hakimi sambil menjongket-jongketkan kening tebal miliknya.

                Si siput sedut ni ! Memang sengal betullah. Eeee menyampahnya aku. Dia fikir aku tergoda ke apa buat muka macam tu. Honda C70 yang sudah tersedia di depan mata, dengan topi keledar hello kitty merah jambu itu, betul-betul membuatkan hati Fatin Daliana segan ingin menerima tawaran daripada Reza Hakimi. Si Filza Iman ni pun satu, ada ke patut suruh aku naik sesumpah ni dengan mamat tak berapa nak betul ni. Tiba-tiba... Nada deringan handphone Fatin Daliana berbunyi. Panjang umur kau Fil...

                “Hah makcik! Kau suruh aku naik sesumpah ni dengan si siput sedut ni?” Tanpa memberi salam terus sahaja di hembur rasa ketidak puasan hatinya. “Aku rela naik teksi lah Fil..”Senyap lagi. Barang kali kena bebel dari Filza Iman. Reza Hakimi masih setia menanti untuk menghantar Fatin Daliana pulang. Arahan Filza Iman pasti tidak akan dia hampakan. Dia kenal dengan Filza Iman dari awal persekolahan lagi. 

“Ish..yelah, yelah. Aku naik.” Huluran topi keledar dari Reza Hakimi di sambut dalam rela dan paksa.

                “Atin, cuba kau senyum sikit. Karang makin semput motor aku kalau kau masam mencuka ni. Apa pasal kau sombong sangat dengan motor aku ni?”

                “Banyak songeh kau kan. Jalan lah, cepat.” Fatin Daliana menarik muka.

                “Eleh, mahu tapi malu pula.”

                Memang aku malu pun. Naik sesumpah ni. Harap-harap sampailah aku kat rumah dengan selamat. Amin..

                Reza Hakimi bersiul-siul sambil tersenyum melihat perlakuan dan wajah Fatin Daliana yang bagai asam kecut.


bersambung.....

KLIK untuk sambungan.... ----> Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 5
[sokongan dan comment amat diperlukan bagi membantu meningkatkan kualiti cerita =) ]

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 3


Sepanjang perjalanan Filza Iman dan Izzat Wafie dibelenggu kebisuan. Wafie menjeling wajah polos Filza. Hatinya kini yakin bahawa Filza sedang berfikir tentang kebarangkalian yang dia sendiri pun tak dapat nak agak. Kenapalah pelik sangat tunang aku ni hari ni. Selalunya bising mulut tu, ni senyap pulak. Tak syok, tak syok.

Sampai sahaja tepat di pintu rumah sewa milik Filza Iman, dia pantas bersalam dengan tunangnya itu. Semasa Filza ingin keluar dari perut keretanya, pantas dia menarik lengan gadis itu lantas membuatkan gadis itu kembali terduduk. Pandangan tajam dihadiahkan kepada tunangnya itu. Lain benar sikapnya hari ini. Persoalannya kenapa?

“Sayang, cuba cakap apa yang sayang fikirkan dari tadi?” Renungan matanya masih tajam melihat wajah ayu itu.

Masih diam. Gadis itu hanya mampu memandang semula renungan matanya. Inilah sikap Filza Iman yang dia sendiri tak tahu bagaimana ianya boleh terjadi. Rakan-rakannya tak kiralah sama ada perempuan atau pun lelaki, kalau melihat renungan tajam darinya pasti semuanya menikus. Ini lain pula ceritanya, sejak dia mengenali gadis itu, tak pernah sekali pun gadis itu menundukkan wajah jika direnung sedemikian rupa, jauh sekali mahu mengelak.

“Sayang cakap kat abang, abang ada buat salah ke?” Hanya gelengan yang diberi. “Habis tu?.”  Agak tinggi suaranya kali ini. Filza Iman bungkam. Masih tidak menunjukkan ciri-ciri akan menjawab soalan yang diberi oleh Izzat Wafie.  “Cakap sayang ! Jangan buat abang macam ni !” Kali ini dia tidak boleh sabar lagi. Perkara ini harus di jelaskan oleh Filza Iman sendiri. “Cakap sayang !” digoncangnya bahu gadis itu.

“Saya takut kehilangan awak.”

“Berapa kali abang nak cakap yang Filza tak kan kehilangan abang? Kenapa fikir sampai macam ni?”

“ Saya cuma takut...” air mata yang cuba di tahan sejak tadi tidak dapat di bendung lagi. Dia menangis dibahu Wafie. Dia tak kisah lagi jika tunangnya itu fikir dia seorang gadis yang cengeng.

“Sayang..jangan macam ni please..Kenapa fikir yang bukan-bukan?” Di peluk tunangnya itu penuh kasih. Ya kini dia pula yang terasa berat hati untuk tinggalkan tunangnya itu. Filza Iman, abang akan jadi suami sayang. Suami yang akan imamkan setiap kali solat sayang. Itu janji abang.

“Pandang abang ...” seakan dengar tak dengar sahaja suara Izzat Wafie. Diangkat wajah yang disayangi itu.  Kasihan Filza. Kenapa fikir sampai begitu sekali sayang? “Abang tahu Filza sayang abang. Abang tahu Filza takut kehilangan abang. Jangan risau sayang, pelamin indah akan kita naik bersama. Abang janji. Janji pada sayang. Janji untuk cinta kita.” Berjurai-jurai air mata yang jatuh di pipi gadis itu. Pilu rasa hati tatkala melihat wajah yang dikasihi begitu luhur menyatakan kerisauan hati.

“Dah, sayang pergi masuk rumah. Lepas tu pergi mandi dan solat. Doakan yang baik-baik untuk kita berdua ok? Abang nak balik ni, karang lambat balik bising pula mak dan abah nanti.”

Filza menghantar Izzat Wafie dengan wajah yang muram. Hatinya masih risau. Wahai hati, percayalah cik abang Wafie aku tu dalam keadaan yang selamat. Langkah di atur lemah. Di kerling jam di tangan. Alamak dah nak habis waktu maghrib. Hai...Filza...Filza.. tahu kau nak menggelabah. Tadi boleh pulak berdua-duaan, beromantik sakan dalam kereta.


Usai menunaikan solat fardu maghrib, aku masih berteleku di atas sejadah. Kenapa aku patut fikir yang bukan-bukan. Tak tenang betul jiwa aku ni. Ada silap mana-mana ke eh? Rasanya tak ada. Lantas al-Quran di atas meja di capai. Baru sahaja duduk dan ingin membuka kalam suci itu, deringan telefon bimbit yang terletak di atas meja memainkan lagu Lonely No More dari Robs Thomas membatalkan niat ku untuk menyambung niat suci aku sebentar tadi.



Panggilan yang baru di terima tadi benar-benar membuatkan aku hampir-hampir hilang kewarasan. Apakah ini perkara yang ada di benak hati aku sepanjang hari ni? Adakah ini perkara yang aku takutkan selama ini? Ya Allah.... Air mata tak dapat aku tahan. Semenjak dapat panggilan tadi aku tak habis-habis beristighfar, menangis lagilah....

“Atin!!!”...”Atin!!!” raung ku. Aku terduduk lemah di tikar sejadah ku. Tanganku terketar-ketar memegang al-Quran yang sejak tadi aku pegang, mujurlah tak jatuh.

“Ya Allah. Kau kenapa ni?” Nyata Atin sangat cemas melihat aku yang seperti kucing kehilangan anak. Menangis bagaikan orang gila.

“Atin....Wafie ...Tin...Wafie...”

“Kenapa dengan Wafie?”

“Wafie dah tak ada !”

“kau jangan main-main weh.. Bukan tadi dia baru...” tak sempat Atin  habiskan ayatnya dia terpandang telefon bimbit Filza . “Filza apa dah jadi dengan Wafie?”

“Dia kemalangan. Dia .... dia dah tinggalkan aku Atin...Dia dah tinggalkan aku..” tersedu-sedu aku untuk mengatakan perkara ini. Sungguh aku tak dapat terima apa yang terjadi. Bagaikan mimpi. Aku baru sahaja melihat wajah bakal suami ku. Tapi sekarang aku dapat panggilan dari emaknya menyatakan Wafie kemalangan dengan sebuah lori angkut pasir. Mana mungkin aku nak terima semua ni. Allah...hebatnya dugaan Mu.

“Atin..bawa aku pergi hospital.”

“Sekarang?” Eh sengal betul minah ni. Ya la sekarang tak kan esok ! aku dah tengah sedih ni.

“Ye la sekarang !” Alamak sorry Atin. Aku tak sengaja tertengking.

Sekadar menyarungkan tudung di kepala. Aku keluar dengan memakai seluar jeans dan tshirt lusuh. Aku tak mampu drive. Nasiblah housemate aku ni ada lesen. Ah kalau tak ada pun ada kan jugaklah. Yang penting aku nak pergi hospital sekarang ni jugak .

Proton Putra milik Filza yang berwarna hitam membelah kepekatan malam menuju ke Hospital Permai, Johor Bahru.


 bersambung.......

KLIK untuk sambungan..----> Mampukah Untuk Tersenyum Lagi? 4

[sokongan amat-amat di perlukan =) ]

Ahad, 28 Oktober 2012

A I D I L A D H A =]

ALHAMDULILLAH  syukur ke hadrat ILAHI kerana masih memberi ruang untuk aku dan orang-orang yang aku sayang hidup di atas muka bumi ini..

yup salam Aidiladha kepada semua umat Islam. =) aku rasa tak lambat lagi.. just nak kongsi sket pasal cuti-cuti raya korban ni..

seperti biasa asal aku balik kampung je.. 'ZAF ! bulat nye' haha terima kasih wahai yang punya mulut.. aku dah lama tahu yang aku bulat dan makin bulat... ada lagi yang kata... 'ZAF! gemok la kau makan banyak-banyak nanti' terima kasih juga wahai pemberitahu kerana aku memang sudah tahu badan aku makin naik dan makin sihat.. hehehe =D

aku balik kampung hari rabu.. i mean rabu punya malam la kan.. balik Negeri 9 dulu sebabnya hari khamis tu lepas subuh ayah and mama akan keluar beli daging kerbau & tulang kerbau untuk raya nanti untuk rumah wan dan rumah atok mak.. =) kalo lambat alamatnya terlepas la.. habih nanti.. =)

oke lepas tu tengah hari camtu lepas zohor aku balik ke Johor , rumah atok mak aku.. ramai jugak yang balik raya korban ni.. aku pon da tiga kali kott raya korban tak balik coz ayah tak dapat cuti panjang.. =(

so taon ni la baru dapat balik untuk raya korban yeah !

raya ! sangat best la dengan syurga makan.. hehehehe.. keluarga aku bab makan memang tak bising la =) semuanya pemakan pemakan.. and sebab itulah kami sihat-sihat =D

tulang masak sup (tulang kerbau) =) 
kitorang makan bende ni time tengah masak-masak kat belakang rumah..
ya Allah best lepas dengan family =)

ni orang panggil periuk kera.
haha padan muka dengan kera-kera kat hutan sebab periuk masak dorang da kene rembatttt =D



ni pulak periuk kera [aku da kopek/kupas/buka kulit die] 
kat atas die tu ade lemak santan taw .. sedap !
makan dengan ayam kari [semestinya peha =) ]
dengan daging kurma [atau aku panggil kurmaq] daging kerbau kalau tak salah aku


da kenyang-kenyang makan periuk kera ayam kari dengan daging kurma...
nasi minyak pula baru siap..
panas-panas lagi !
ya Allah aku makan lagi.. ahha mama suap.. then.. sejam kemudian aku makan sendiri pula seperti pinggan di atas nasi minyak dengan ayam kari..


serius perut aku bentakkkk dohhhh =,='''

pas tu mama suruh makan lagi.. aku dah macam nak nangis da sebab aku da tak nak tapi mama suruh.. di sebabkan tak nak kecik kan hati mama aku pon makan kan juga apa yang di hidang kan.. =')



**********************************

selingan sket...
rabu petang tu aku ade buat apple pai.. percubaan pertama ...
jadi canggini.. aku lupe nak lenyek so apple pai aku kering ! 
abang complain ! ish ! makan je lah ! =D
hahaha

but aku akan cube lagi dan lagi sampai menjadi !!!
cayokkkK !


bahan-bahan nak buat : apple,kayu manis,tepung,mentega,airsejuk,minyak


*****************

hari selasa sebelumnya pulak projek aku dengan mama pulak...





Sabtu, 20 Oktober 2012

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 2

BAB 1


Pagi ini Filza bangun awal daripada biasa. Biasalah ingin bertemu buah hati lah katakan. Suasana di rumah sewanya masih sunyi. Adatlah anak dara kalau berjauhan dengan ibu bapa pasti tidur setelah mengerjakan solat Subuh setiap pagi jika tiada kelas atau agenda lain. Sambil mengeringkan rambut gadis genit itu bernyanyi-nyanyi kecil. Riang benar hatinya kerana sudah lama tidak bertemu dengan tunang tersayang.

Tanpa dia perasan Atin memasuki biliknya. “Hoi cik kak! Happy nya bukan main lagi. Nak pergi mana ni wangi-wangi?” Dia duduk di hujung katil bujang bersarungkan cadar warna hitam berbunga-bunga putih milik Filza itu.

‘‘Oh mak kau ! beruk masuk bilik.” Latah Filza. Lalu menjeling Atin yang tersengih-sengih itu. “Kau kan, memang tak reti nak bagi salam ke, hai ke, bila masuk bilik aku ni?” Omelnya sambil mengurut dada yang laju degupannya kerana terkejut dengan sergahan Atin tadi.

Sorry lah kawan. Aku tengok kau happy je siap nyanyi-nyanyi lagi. Tu yang aku jengah masuk dalam bilik kau ni. Kau nak pergi mana?”

“Jumpa Wafie kejap. Hari ni dia tak kerja. Kita kan tak ada kelas esok, bolehlah balik lambat sikit.” Jawabnya sambil menyarungkan tudung selepas mengeringkan rambut dan mengikatnya sebentar tadi.

“Kau jemput dia ke atau dia jemput kau?”

“Dia jemput! Seperti biasa, aku nak jimat sikit.”

“Kau bukannya nak jimat sikit Fil, tapi nak  jimat banyak. Dah macam kedekut pun ada aku tengok kau ni. Kau tu perempuan tau, macam tak normal je kedekut-kedekut ni.” Ujar Atin tak puas hati.

“Lah kira ok lah tu. Persediaan untuk dia menaja aku sepanjang hidup.” Tiba-tiba telefon di dalam beg mininya berbunyi. Nama Wafie tertera di skrin. “ Hello..dah sampai? Ok kejap saya turun.” Dia meletakkan semula telefon bimbitnya kedalam beg tangannya. “Tin, aku gerak dululah ya. Wafie dah ada kat luar tu.” Filza menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Atin.

“Kau keluar tu hati-hati. Aku tahu kau dah bertunang tapi jaga maruah tu. Nanti takut tak sempat malam pertama dah tergadai.”

“Kau ni... aku tahulah jaga diri. Don’t worry okey sayang..dah aku gerak dulu.”

Masuk sahaja dalam kereta. Wafie terus memandu keretanya ke Bandar Johor Bahru. Tujuan mereka keluar ke bandar hari ini untuk melihat rekaan-rekaan baju untuk hari persandingan mereka yang akan menjelang tidak lama lagi. Rancangannya untuk menikahi Nur Filza Iman selepas Filza menamatkan pelajarannya peringkat ijazah ini di restui oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian panggung wayang menjadi lokasi seterusnya bagi pasangan itu.

Aduhai apa pasallah mamat ni lain macam hari ni. Janji nak tengok cerita-cerita romaktik tapi ada ke patut dia hadapkan aku dengan cerita perang? Kalau nak kenakan aku tu pun agak-agaklah. Ugh...Sengal !
Selepas keluar dari panggung wayang, aku mengajak encik abang sayang seorang ni ke Food Coart. Laparlah pulak perut aku ni. Setelah dua tiga kali aku pusing food court tu, barulah aku putuskan apa yang ingin aku sental sekejap lagi.

“Abang..tak lama je lagi kita dah nak naik pelamin...” kenapa berat pulak hati aku nak cakap ni..

“Jadinya kenapa sayang?” alahai kenapalah dia ni tak pernah nak kasar-kasar dengan aku. Wahai hati sabar...sabar.. tak lama je lagi dia akan jadi suami kau Filza.

“Saya takutlah kalau awak tak cukup duit nak prepair barang-barang.” Ceit! Ade ke ke situ dia ni fikir. Aku tahulah aku ni nampak sengkek tapi tak de la teruk sangat nak kahwin pun tak ada duit. Ye ke Wafie? Aku rasa betullah apa yang bakal bini kau tu cakap. Ni satu lagi masalah, apa pasallah hati aku ni tak pernah nak backup tuan sendiri?


“Filza Iman, kenapa sampai fikir macam tu? InsyaAllah tak ada apa-apa yang kurang. Jangan fikir yang bukan-bukan oke?” Nampak gayanya cik kak seorang ni masih ragu-ragu ni. Hai sayang, jangan kau ragukan keupayaan abang mu ini, segalanya pasti ok.

“Bukan itu masalahnya bang.” Nak teruskan ke tak ni. Hurm... Aku dapat rasakan perkara ini tidak seindah yang dijangka. Pasti tak seindah seperti yang dibayangkan. Tangan kanan Wafie ditarik. Aku genggam erat tangannya. Berat nak luahkan. Takut difikirkan suka berfikir yang tidak-tidak. Haish...berapa banyak fikir da... “ Saya takut kehilangan abang.” Akhirnya terluah juga apa yang ada dalam hati ini.

“Shhh... Apa yang sayang fikir ni?  Depan rezeki jangan monyok-monyok. Sayang tak kan kehilangan abang. Abang sayangkan awak. Sayang awak selamanya.” Dibalas genggaman tangan tunangnya itu. Melihatkan tiada respon yang diberikan oleh Filza Iman, Wafie terpaksa membuka bicara kembali. “Dah la tu sayang. Jangan buat abang risau.”




KLIK untuk sambungan ---> Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 3 

*****
SUDI-SUDI HANTARKAN COMMENT ANDA


**********
SUDI-SUDI BERIKAN COMMENT ANDA =)

Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 1

PROLOG


Awak kenapa awak pergi? Kenapa tinggalkan saya seorang diri? Awak dah janji, dah janji dengan saya yang awak akan bersama dengan saya sampai ke akhir hayat...” pilu hati tak siapa yang tahu. Kasih yang tersimpul rapi akhirnya terlerai kerana sudah sampai seruan Ilahi. Cinta yang di semai walau pada awalnya tiada keberkatan dari keluarga, bila sudah di restu lain pula jadinya..

            “Maha suci Tuhan. Kuatkanlah jiwa ku. Jadikanlah aku hamba-Mu yang kuat!” Pedih! Hanya itu ayat yang paling sesuai untuk aku gambarkan hati dan jiwa ku saat ini.

Itulah kehidupan aku, Nur Filza Iman. Setelah tunang tersayang aku pergi, aku terpaksa tangguhkan dahulu pembelajaran ku dalam bidang Akaun untuk semester terakhir Ijazahku di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) , Johor hanya kerana ingin melupakan segala yang telah berlaku dalam sekelip mata.

Bagai baru semalam aku berjumpa dengan Wafie dan bagai baru semalam aku merenung ke dalam matanya. Ada sesuatu yang ingin dia luahkan tapi apa? Aku tak dapat meneka.

            “Sayang. Lama tunggu? Sorry abang lambat sikit. Tadi dalam perjalanan tadi minyak tiba-tiba habis, abang singgahlah isi minyak kejap.” Tangan yang di hulur ku sambut dan ku cium tanda hormat. Aku bersahaja. Tanpa menunjukkan apa-apa riaksi. “Marah abang ye?” duganya.

            Jelingan maut ku berikan lantas satu cubitan hinggap di lengan sasa miliknya. “Bukanlah marah tapi saya risau. Masej pon tak, telefon saya pon jauh sekali. Rasanya taklah jauh sangat rumah tu dengan taman ni kan?” marahku. Tidak duduk diam Wafie apabila aku hadiahkannya cubitan paling sedap! Hahaha! Padan muka!

            “Lain kali ingat! Saya ni risaukan awak. Apa-apa hal cubalah bagi tahu. Susah sangat ke wahai Encik Izzat Wafie Zaid? Awak sukakan buat saya tertunggu-tunggu, melangok sana sini . memang saya ni...” tak sempat aku habiskan ayat dia sudah menekup mulut ku..

            “Wahai tuan puteri boleh tak kalau jangan nak membebel panjang lebar. Abang salah sikit je pun. Awak membebel macamlah saya ni umur 5 tahun. Mulut awak ni suka makan bontot ayam ek? Kalau dapat membebel tak ingat dunia!” baru dia lepaskan mulutku. Jeling lagi! Ah tak peduli. Ada aku kisah. “Ha jelinglah, jeling lagi. Karang juling abang tak bertanggungjawab tau!”

Kini semua itu tiada lagi. Anggaplah hanya bayangan yang hadir sekadar gurauan. 


KLIK untuk sambungan ---> Mampukah Untuk Tersenyum Lagi ? 2 

*****
SUDI-SUDI HANTARKAN COMMENT ANDA