Ahad, 30 September 2012

mungkin...

yup sejak kebelakangan ni aku kuat sentap. so apa masalahnya? aku tak kacau hidop kau kan. aku minta maaf salah.. aku tak minta maaf nanti aku balik yang sebersalah. dah nak final kan. aku minta la maaf. aku akan minta maaf pada orang tu bukan hanya pada waktu aku nak exam . take note oke ! dengan rela hati aku akan minta maaf kalau aku memang betul-betul salah walaupon aku minta maaf bukan waktu yang sama atau hari yang sama. aku kena ambil masa untuk fikir balik sama ada aku betul-betul salah atau tak.

sekarang. dengan rela hati aku update status aku minta maaf dan doakan aku success jawap semua paper pon salah.. aku minta maaf pon salah...aku tak paham betul lah..

yup ayat tu sangat-sangat makan dalam buat masa ni sebab aku kuat sentap sejak dua menjak ni !

*mungkin aku bukan orang yang tahan dengan maki hamun lagi.

*aku bukan orang yang nak memaki hamun orang balek.

*mungkin aku berubah untuk tidak memaki orang lagi dan mengharapkan benda yang sama berlaku kat aku.. tapi aku tawu benda tu tak kan terjadi..

*mungkin orang akan kata..dulu kau maki bole skang tak kan aku nak maki tak boleh... aku hanya mampu cakap..dipersilakan sangat-sangat memaki hamun aku..semua orang ada tahap kesabaran... aku tengah belajar untuk jadi orang yang penyabar dan tak mudah melatah...sampai bila kau nak memaki hamun? dipersilakan..ini masanya aku nak kumpul banyak-banyak pahala.

*mungkin hormon aku tak stabil.. tapi sebab apa? period? tak kot..sebab bukan time die..

*mungkin umur dah meningkat dewasa kot.. nak belajar siket-siket erti kesabaran... orang muda darah tengah panas.. so aku nak suam-suamkan lah siket..

* mungkin masanya telah tiba .. antara sikap-sikap pelik 40 hari sebelum di ambil nyawa..=)

apa pon terjadi jadi seorang hamba yang tabah wahai diri.. Allah melindungi hambaNya yang Sabar.

orang tak pernah tahu apa yang ada dalam hati.

ya aku seorang yang sayang kawan-kawan tak kisah la yang rapat atau pun tidak. aku akan marah kawan-kawan aku dengan tahap yang maximun (tapi aku rasa tak pernah lagi kot) hanya sekadar average sahaja selama jangka hayat aku masih ada,

sebab apa aku marah .. sebab aku tak nak mereka-mereka ulang kesilapan mereka.sebab aku sayang mereka-mereka. aku juga harapkan begitu. aku dimarah kerana salah aku.

dulu mungkin marah aku dengan makian.. tapi sekarang aku cuba bersbar dan ajak berbincang kerana sekarang aku tahu poerasaan orang kena maki..

mungkin dulu aku tak matang untuk berinteraksi dengan orang.. tapi sekarang in sha Allah dengan izinNya aku mula berubah sediket demi sediket.

orang nak kata sekarang lah masa kau patut terima apa yang selama ni kau buat kat orang. ya.. aku sedia terima.. thanks to Allah S.W.T kerana telah menyedarkan hamba.

kau dan kau boleh berkata apa sahaja untuk memuaskan hati kerana aku tahu.. aku tidak mampu untuk memuaskan hati kau dan kau..

kau dan kau boleh bersenang lenang gelak kan aku.. kerana bagi kau aku pengecut ! kerana tak melawan lagi. hello geng..the hero will not win first la.... mulut aku akan aku katup selagi mampu tapi jangan sampai mulat ku terbuka dan lidah ku mula menuturkan kata-kata kerana pada masa itu pasti api yang menyala tidak akan mampu di padamkan dengan hanya kata-kata 'maaf' .

selama ni aku di buat begitu begini. aku digunakan ke sana ke sini. aku senyapkan kerana aku tidak kisah selagi itu mampu membahagiakan kamu-kamu semua.

kau dan kau nak kata aku sentap sekarang? di persilakan...

kau dan kau nak pergi tinggalkan aku sendirian? silakan.. kerana...

*aku tahu aku bukanlah siapa-siapa..
*aku tahu aku bukan kepuasan kau..
*aku tahu aku tak di perlukan lagi...
*aku tahu..jika satu hari aku pergi...ini tidak akan memberi sediket kesedihan di hati kau. kerana aku bukanlah siapa-siapa lagi..time ni aku akan bahagia kerana kau tidak sedih kerana aku.

ajal dan maut rahsia Allah S.W.T..

aku harap jika aku pergi amalku sudah cukop.. tapi mampukah aku sebagai hamba?
aku harap jika aku mati...salahku akan diampunkan...taubat ku diterima...tapi siapalah aku sebagai hamba?
aku tidak sanggup menanggung siksa api nerakaMu...aku tak layak ke syurgaMu..
di mana aku akan di tempatkan?

mungkin ada yang berkata... tak baik kau cakap macam ni.. kalau parents kau tahu.. mesti dia sedih.. ingatlah sahabat...mati akan datang bila-bila masa. kita semua sudah berjanji kepadaNya sebelum lahir ke dunia..

Allah S.W.T amat menyayangi hambaNya yang selalu ingat akan mati. kerana...

*hambanya akan takut akan dosa yang dilakukan..
*hambanya akan bertaubat..

pada kau dan kau. terima kasih atas segalanya..

=tuka lagu bergantung pada mood.sekian

Khamis, 27 September 2012

sayang apa khabar dengan mu =)

untuk masa tak sampai seminggu aku ubah lagi lagu kat blog ni ha..
hati aku skang tengah berbunga-bunga ni..
hehehehe

Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu


oke nak sambung study dah ni..
tertangguh-tangguh aku nak study,..

bukak radio suria.fm dengar lagu syok-syok.. hahaha tulis lirik then search google and download !
kerja yang paling best !
tengah tunggu dia call .
balik kerja cepat oke..
ilysmS

Selasa, 25 September 2012

oh mama... saye....... / kekasih halal..

oh mama... saye mahu kawen.. kawen dengan siapa ? dengan dia saja...
oke.. ayat pertama yang paling sesuai... GATAL !
hahaha hello kite tak gatal lah.. kalau kita gatal kita garu lah sendiri.. 
ni ha.. aku ni.. rindu da kemaruk gila weyh.. hahaha aigooo ape da cakap macam tu...
serius weyh.. tapi nak habaq kat mama ngan ayah seram o...
diorang memang sporting ..but bab couple and cintan-cintun reject habis la.. 
aku baru nak bukak mulut sket je pasal couple.. habis kene cantas,.,
hari tu ex aku [ni kisah dulu-dulu la] post barang kat rumah.. + surat cinta la pulak...
habis oo kene soal siasat.. da macam banduan kene tahan dah aku ni.. 
nampak tali gantung pon ade.. hahaha
kali ni da tak terluah da.. pendam saja yang mampu..
rinduuuuu...rindu serinduuuu rindunya...
kene la pendam...
awak ! kita nikah lepas saya graduate ye insyaAllah..but graduate untuk diploma/degree/master/phD itu saja tataw lagi...
graduate utk diploma memang saye rasa tak lagi lah...
tapi en saya janji dekat awk.. if saye pass 3 point above and super success , graduate diploma saye.. saye akan usharkan mama & ayah saya untuk awak k..
bila line dah clear... sya angkut awak jumpe diorang oke..
saye harap awak dapat bertahan taw..
da 4 taon awk le sabar siket lagi je.. taw-taw.. hehehe
selebihnye awk pon paham kan kan apa yang saya dah cerita..
ayah & mama akan jadi orang yang paling baik kalau kita tak sentuh bab-bab couple..
tapi automatically diorang akan berubah jadi salah sorang yang akan sediakan kita tali gantung bila sentuh bab couple....
yang mampu kita buat sekarang..angkat tangan & doakan yang terbaik utk hubungan kita
hahaha saya pon tataw la kenapa saya takott nak cakap benda-benda macam ni kat dorang..
maybe sebab dah banyak kali try kot... asyik kene reject and saya putus kan diorang bab-bab ni sangatttt serius.. 
banyak tak 't' saya? ha maknenye tu saya takottt sangat la tuh..hikhikhik
[dah mula gedik da] hahahaha
kite nak nanti kite jadi kekasih halal awak..
awak pun jadi kekasih halal kita..
kita tak sabar nak buli awak puas-puas taw..
saya nak tarik telinga awak bagi capang lagi ! hahaha si capang
hikhik capang-capang pon saye minat.. kahkahkah...
awak-awak...awak sediakan duet banyak-banyak tok saye habis kan taw...
kihkihkih.bukan la boros sangatt saye ni..
not good boros-boros ni untuk jadi seorang akauntan yang berjaya...ranap duit syarikat...
kihkihkih.. saye suruh awak kumpul duit supaya senang awak nak prepare bajet kahwin nanti.,.
tak de la tekedu sangat dengar berapa hantaran ke hape dari mama & ayah nanti..
hehehe dah la penat la nak gedik-gedik..
lenguh pinggang nak teliuk-liuk [over oke!]
oke dah... bye.. ilysm

wink ~! wink~!! wink~!!!

haH! haH!
ade pesanan untuk awak...
[1]
jangan tinggal solat taw..kata nak jadi imam saye and anak-anak saye...
[2]
doakan yang baik-baik untuk hubungan kita
[3]
jangan buat perangai lagi....

^_^

ilysmS


Sabtu, 22 September 2012

yakin cintamu ku dapat chord



tengah syok-syok online pepagi ni sekali ternampak lagu ni dekat news feed aku ade lagu ni.. 

"Yakin Cinta Mu Ku Dapat by Kangan Band"

ni chord gitar untuk lagu ni + lirik lagi oje.. haha =)

Kangen Band - Yakin Cintamu Ku Dapat Lyrics & Chord

 Intro: D A G F# Bm

 Langkah kakiku semakin sesat 
Saat dirimu hakimi hatiku
 A 
Namun ku coba selalu mengalah
 G F#
 Ku lakukan demi cinta 

Bm 
Aku menunggu dan terus berharap 
D
 Dan aku bertahan hingga datang gelap 
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
 G F# 
Yakin cintamu ku dapat 

Bm D A 
Meski kau selalu menyakiti aku 
G F# 
Ku coba bertahan walau sakit hati ini 
Bm D 
Ku paksakan dan aku percaya 
A G 
Suatu saat nanti kau akan mengerti 
F# Bm 
Bahwa cintaku ini takkan mati

 Solo: D A G F# Bm D A G F#

 Bm 
Aku menunggu dan terus berharap 
Dan aku bertahan hingga datang gelap
 A 
Hingga suatu saat tubuhmu ku dekap
 G F# 
Yakin cintamu ku dapat

 Bm D A 
Meski kau selalu menyakiti aku 
G F# 
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
 Bm D
 Ku paksakan dan aku percaya
 A G 
Suatu saat nanti kau akan mengerti 
F# Bm 
Bahwa cintaku ini takkan mati 

Bm D A 
Meski kau selalu menyakiti aku 
G F# 
Ku coba bertahan walau sakit hati ini
 Bm D 
Ku paksakan huwooo.. huwooo.. huwooo.. 
F# Bm 

Bahwa cintaku ini takkan mati


layan oh lagu ni.. pakcik.. lagu ni aku tuju tok kau taw.. haha =)

Jumaat, 21 September 2012

oh Mr. Charlie [kayap]

korang pernah dengar nama serangga ni... KAYAP/KUMBANG ROVE atau lebih famous lagi di panggil CHARLIE...? terutamanya bagi student dari Arau atau students UTARA, kalau korang tataw serangga ni alamatnya berparut-parutlah badan korang sebab tak berhati-hati dengan serangga kecik dan berkilat ni...

serangga ni fizikali macam semut tapi die panjang.. bewarna hitam dan ade jalur oren dekat badan dia. dia berkilat oke.



Binatang ni sangat-sangatlah berbahaya. sebab binatang ni bila terkena mangsa akan menyebabkan tempat yang di serang terasa gatal & pedih nak mamp** la.. 

petang tadi aku ada last test volleyball. aku jumpa dengan member-member aku. kau tau kenapa. tangan dia habis kena MR.CHARLIE ni.  dia cakap memula kene tu tak rasa apa-apa but lama-lama nanti kau akan rasa pedih. benda ni melepoh taw.. taw kan melepoh tu apa? ala yang ada air kat dalam gelembong tu. nak taw dengan lebih spesifik boleh la letak lutut anda di ekzoz moto yang tengah panassss lagi conform lepas tu kau akan tahu melepoh tu apa.. haha

back to the story.. kesian doh aku tengok dia. die kata kat telinga ada...but da mula nak kering..kat leher kat lengan..kaki and so on die kene..  tempat yang kene tu aku tengok bengkak semacam je lepas tu macam nak mula parut tuh.. scary en? 

alhamdulillah so far bilik aku memang ade jugak MR.CHARLIE sesekali tu pon aku tataw die masok dari mana. biasa la dok kat Perlis ni sangat-sangat panas weyh.. then malam kitorang prefer bukak tingkap supaya panas tu hilang .. but bila bukak tingkap bukan takat Mr.CHARLIE ni je yang masuk, ulat senget [ serangga yang tak reti jalan lurus..aku tataw name dia apa. but dia serangga padi la] kumbang and serangga-serangga lain pun pakat masuk jugak.. 

so kitorang pulak lepas tu terus la pukol 7 petang atau pon sebelum pukol 7 petang tingkap bilik aku akan di tutup. tak rela kitorang menanggung seksa . panas tak per jangan la sakit. terseksa oo..

cara nak bunuh Mr,CHARLIE ni pulak banyak jenis dan petua yang aku dengar.. antaranya :

- jangan bunuh Mr. CHARLIE ni nanti geng-geng dia bawu and seterusnya akan datang lebih banyak la ..
- kene selotep ! yang ni aku confius sket.. jadah dia nak selotep binatang ni..buat aku scary lagi ade la..

ni antara pantang larang dia lah...but aku...
tak sempat nak buat apa , apa yang ada kat tangan aku, akan aku tepekkan supaya Mr.CHARLIE ni akan jadi arwah secepat mungkin. then lap and buang dia kat luar [tong sampah la k]

contoh yang aku buat.. 

-hari tu Mr.CHARLIE ni termasuk 2 ekor dalam bilik aku.. tataw cam ne leh masuk la kan.. depan meja aku.. pergh.. jantung tu bunyi cam ni...DUP DAB DUP DAB !.. takot punya pasal.. aku tercari-cari benda yang ada untuk aku bunuh serangga ni ... aku tunduk nak ambik botol starch kleen .. pastu aku tengok balik dah tak ada.. punya la cuak time tu.. aku tak duduk kat meja aku.. aku kemas lp aku and study kat katil.. and masa tu aku nak turun dari katil tetibe aku nampak Mr.CHARLIE elok ada kat dinding tempat aku nak turun. nasib lah aku tak terpegang kalau tak dah jadi mangsa Mr.CHARLIE ni..  kebetulan kalkulator baru aku ada kat sebelah... KETEPEKKKK ! aku hentak MR.CHARLIE tu dengan kalkulator CASIO fx-991MS.. then baru tersedar.... ALAMAK ! ! ! kalkulator aku ! ! ! !

- then semalam ke kemarin aku tengah syok mandi and shampo rambut tetibe aku ternampak MR.CHARLIE ni dok elok skodeng aku mandi.. takut oooo dah la time tu... hahaha..berani dia skodeng anak dara orang! haha... pastu botol shampo kat sebelah.. aku tak fikir panjang terus hempok natang tuh!  krekkk bunyi die kene gelek ngan botok shampo SUNSILK HIJAU aku.. pas tu baru terfikir.. pecah tak botol ni..sebab sangat kuat aku hempok binatang tu..

and seterusnya macam tu la cara aku bunuh.. banyak kali dah aku jadi pembunuh tegar ni.. haha pembunuh kepada serangga ni la.. aku bekerjasama dengan roomates aku =) nice.. satu benda yang syok... erk? =,=''' haha.. 

ni suggestion dari blogger lain CARA nak bunuh Mr.Charlie ni ;

     *jangan memicit dengan jari atau mengetuk dengan menggunakan tangan.
                       = alamatnya bengkak la jari korang hohoho

     *kertas dan kain boleh digunakan untuk menghindarinya.
                  = safety first oke...
     *pastikan, menggunakan pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang.
                       =jangan nak seksi sangat la.. ececehh macam aku tak kan.haha

     *menggunakan penyembur serangga.
                   = yang ni aku x sure.. kalo aku x berape nak berani lah...selagi aku tak nampak dia mati depan mata, selagi tu la aku tak senang.. takuttt..
     *kurangkan penggunaan cahaya pada waktu malam ( charlie sukakan cahaya ). 
                         = name pon serangga kan..memang suka kan lampu ni.. ce pegi tempat gelap..bukan tak de benda ni tapi kurang la..


KESAN MR.CHARLIE KEPADA MANUSIA ;

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin'(C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya


Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainyaPada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang



peringatan bersama; kenelah berhati-hati , jangan dok seksi sangat kalo kene kat badan aigooo kau tahan je la sakitnye nanti. kalo korang kena cepat-cepat basuh tempat yang kena tu and sabun.. dan seboleh-bolehnye pergi la klinik cari ubat..sementara tu aku rasa boleh letak minyak gamat ke ape kot..but kalo tak sure jangan ikut apa yang aku cakap ni.. tapi apa-apa luka ke apa kan boh minyak gamat kan. tapi law takut memudarat ke ape tak payah bubuh terus g jumpa doktor ke apa oke.. especially student UTARA and UITM ARAU, coz benda ni sangat menakutkan kita semua kan.. 

* sapa yang dok utara tak tahu pasal Mr. CHARLIE ...aku memang pelik lah.. 

sekian terima kasih. =)


Jumaat, 14 September 2012

jumaat yang best la jugak =) hari rabu ?

pagi ni aku bangun awal tanpa ada siapa-siapa yang kejut kan..

tipu besar ni... maksod aku jam aku la kejutkan bukan manusia...

^_^

minggu ni penuh dengan test !

sangat-sangat...

cuma hari ni je la yang baru dapat bernafas siket sebab petang  ni hanya ade test volleyball je.

esok pulak test2 FAR200..

haish...

P.A aku pulak dok sibuk dak lulus 100% canggitu..

insyaAllah..

akan aku usaha kan..

=)

pastu cerita hari rabu minggu ni = 12 sept 2012


tenpat yang ade anak panah tu ade test

ala name pon student kan.. mesti la ade study last minutes..

for ais220 sir ,  we beg to release his class at 1000-1200 ..

benda ni suma kerana dia benarkan kami study untuk test subjek dia pada malam tu..

yang anak panah tu pulak adalah test2 tok group ACD3Ez utk 12 sept 2012

damn ! semua membaca kot..

urgh !..

so jika kelas ais220 tu xde kitorang free sangat-sangat 4 jam utk bukak kitab ais220 tu la kan..

coz hari rabu adalah hari busy 3Ez nye group..

tiba-tiba ! ! !! ! ! !

ade la sorang makhluk Allah ni ha yang nak buat extra klas ngan P.A kitorg..

ini kerana bagi dia dah tak ade masa nak ganti coz extra kelas ni tok test2 FAR200 sabtu ni..

what the....

pergh weyh.. rasa macam nak meletop je kepala aku dengar benda ni..

hurm... geram gilee kaw taw..

bukan aku sorang but kesemua student 3Ez..

pastu dia bincang ngan PA nak wat kelas tu tanpa... di ulangi tanpa... berbincang terlebih dahulu dengan group kitorang...

apa jenis manusia kah ini?

sangat-sangat jual ikan !

selfish ! dooooooooooo ...


pastu wat muka tak besalah..

then b4 PA ktorang masok time tu ..

member aku tanya.. punya la baik kan..
[coz kawan aku ni seore die sangattttt halusssss]

die bole jawab macam ham !
tak tengok muka dia lagi doh !..

law kaw tengok pon.. kaw da rasa cam nak baling semua barang yang ade kat kaw...

sangattt-sangattttt laaaaa annoying !

ade jugak la manusia macam ni..

aku bukan cerita belakang-belakang k..

aku cuma nyatakan hasrat dalam hati ni.. punya la geram nak mampus !

sampai ade member aku cakap...

'aku fail paper malam ni.. semua salah kaw'

oh men ! tersangattt la benar akan aku salah kan kaw salah 1 punca ketidak lulusan..

cukop cerita sampai takat ni dulu..

nak p sental adik-adik aku jap..

hahaha 

>,<'''''

bubye..

ops ! before tu...

happy birthday to my ex =)

patot la semalam cari aku..

aku pulak boleh tak ingat langsung..

weyh sumpah minggu ni berderet-deret test !

terbaiklah kan..

tu yang sampai tak teringat langsung..

but aku da wish kaw kan pagi ni..

=)

semoga kaw mampu jadi imam yang baik pada keluarga suatu hari nanti..

amin ~


sangat banyak typo & bahasa tonggang langgang..atas situasi & masa =)


Sabtu, 8 September 2012

aku kena sedar & aku kene terima.. =(

hari ni pagi lagi aku da bangun..
lepas Subuh aku terus mandi-mandi and siap pergi koko ganti..
ade ujian kecerdasan pebenda ntah
sampai-sampai aku ngan niza and suhaila ingatkan kitorang dah lambat..
rupe-rupenya kitorg antara yang terawal lah...

oke pas tu en.. 
da lari keliling 3 court volleyball tu sebanyak 3 kali..
kitorang di lepaskan untuk round 1 UiTM  

try and guess what?
aku kat depan among perempuan-perempuan yang ada. 
3 orang lelaki da lepas ke depan..
ceh... hebat la? haha sesekali bangge sket xpelakan kan?

pastu en.. aku jogging je la.. xde la nak pintas di saat-saat akhir nanti kan kan..
luck aku terserempak ngan mamat  dak group aku gak .. 
die datang lambat and terus masuk je da half way..
=,= ' ' ' 
apakah?
weyh tak aci..
haha
tapi die follow gak dekat2 ngan aku coz die tataw jalan 
=)
nice la weyh.. kau tak sombong..
nak sombong2 wat pe kite da setaon da kenal dalam volley cuma aku tak berani nak cakap pape ngan korang-korang yang lelaki tu coz aku takot pakwe orang weyh..
aku malas nak begadoh atas kejelesan makwe2 korang yang jeles tu..
aku perempuan aku paham =)

done 1 thing..
esok ahad free..
xde la free sangat coz kene study uh...
xle jadi test2 kene betul-betul ni..
insyaAllah..
time untuk naik kembali zida..
hari tu kaw saket pointer kau jatuh but jangan jadikan itu alasan lagi..

no no..its not good k...
=)
AIS200 &  AIS220
kene study hard-hard ni..
opsss lupe CTU151 jugak..

membaca la bai..
memang conform aku tido.. macam mana ni..
'kene buat sesuatu ni'
tapi apakah?

layan jap lagu ni..


bercerita pasal 'jadikan aku setabah yang mungkin'

oke awak-awak..
saya sedar saya tak cantik..
tapi saya rasa itu tak annoying ..
awak akan nampak lebih annoying kalau awak tu bajet-bajet hot dan cantik..

ye aku akui kaw memang cantik..
member-member gak bai.. hati orang kau kene jaga jugak..
fikir selama ni aku tak de hati la kan..

bukan saja-saja nak cerita kat blog..
aku anggap blog ni second diari aku la kan..
so its does not mean anything..
aku bukan nak kutuk kaw belakang-belakang..
tapi aku cume nak meluah kan ape yang aku rasa..

kaw sebut pasal rupe..
kau sebut pasal cantik..
kau taw keadaan aku time tu?
aku sangat-sangat merasa terlalu rendah diri weyh..
kenapa?
coz aku tahu aku tak secantik awak-awak sekalian..
ke memang aku tak cantik?
tak boleh kan fikir macam tu coz ;
ape yang Allah bagi kita pinjam tu tak kekal..
kecantikan tak kekal weyh..
hati budi? kalau cantik tapi benda ni macam haram ade bek tak payah la weyh..
ciptaan Allah sangat-sangat sempurna dan cantik weyh..
siapa kau nak cakap rupe aku macam binatang tu?
kau samakan aku dengan kucing ke ape aku tetap bole terima...
tapi kenapa binatang haram tu..
hari tu aku bercerita kerana kau pun bercerita..
selama ni pon memang tak de masalah kan..

aku sedar weyh..
memang depan korang aku leh gelak.. leh wat-wat happy cam aku tak de perasaan..
aku tak terasa langsung atas gurauan kau tu..
tapi hati..
kaw cakap sekali je..
ahaha aku gelak..
tapi hati ni benanah doh !

that's y la ade orang penah cakap
'bila berkawan jangan terlalu rapat nanti sakett'
aku tak rapat sangat pon da saket ini kan rapat..
kau nak cakap aku cakap lepas ke ape ke..
lepas-lepas aku bukan atas gurauan yang menjatuhkan diri orang,..

oke mungkin aku kene terima..
memang , memang aku tak cantik ..
tapi seteruk binatang itu ke?
hurmm..
hati sabar lah..
ketahui kelemahan diri..
ketahuilah bahawa mulut orang sukar untuk kita ramal apa yang akan keluar..
sabar.. perit?
sangattt..
coz bukan sekali aku terkena..
buka seorang yang berkata,..
aku sedar..
aku kene sedar..
aku terima..
dan aku harus terima..

thanks

Rabu, 5 September 2012

jadual exam part 3 AC120 [UiTM]

Jadual Final Exam AC120

Monday 1/10/2012 - BEL311 9.00 am -12.00 pm

Friday 5/10/2012 - CTU151 2.45-4.45 pm

Monday 8/10/2012 - AIS220 2.15-5.15 pm

Wednesday 10/10/2012 - AIS200 2.15-5.15 pm

Sunday 14/10/2012 - MAF220 2.15-5.15 pm


Friday 19/10/2012 - FAR200 8.30-11.30 am


GOOD LUCK SEMUA!!!!!!!!!! ^_^

mimpi ? and ex-ex datang balik ?

malam tadi aku mimpi something yang tak logik la..

and one more important thing en.. ade ke aku mimpi dalam mimpi aku tu aku jatuh suka 

dekat seorang lelaki cina but rupe dia cam melayu .

senang cite macam sir. gitar aku dulu.. hezron .

but bukan dia lah dalam mimpi aku tu..

hope tak de la betul mimpi tu. seram je aku rasa . 

dalam mimpi tu ade game taw . game dia cam bagus je .

macam real tapi hanya lakonan dan tipu daya .

ade ke dalam mimpi tu aku kene jadi investigator ..

di beri pulak pilihan aku nak investigate kat sekolah rendah or menengah..

aku ingat nak kene jadi cikgu ke ape..

tapi ade ke aku kene jadi student dah tu pulak aku p pilih sekolah rendah..

=,=' ' ' 

pelik bebnor mimpi ni..

tu la ayah pesan jangan tido pas subuh...tapi time tu la siooookkk ma dapat tido . 

=)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

sesi 2 ..

ex ex datang balik.. ape ke jadahnya weyh ..

arghhhh tak nak ...

mintak aku setia !

wah bajet ade boyfriend aku ni ..

yeke ?

haha 

urm.

tu jela wat mase ni ..

daaaa


Isnin, 3 September 2012

kenapa bila ada kita tak pernah hargai ?


benda ni terjadi kat semua orang aku rasa..

pada sesiapa yang bagus tu tak pernah ada rasa macam ni ..

tahniah dan tahniah aku ucapkan..

tapi iye ke tak pernah nak rasa benda ni ?

tajuk kali ni sangat-sangat subjective..

boleh kita refer pada macam-macam benda .

look eh..

kita boleh masukkan benda ni dalam istillah ;


kehidupan kita...

benda ni sangat besar..

hidup kite relate dengan apa?

family?

boyfriend / girlfriend ?


and so on and bla bla bla..

kita amik dua je dulu..

banyak-banyak nak buat apa..(subuh-subuh ni mate ngantokk stim kat bantal je)

=D

apa kaitannya dengan...

family 


satu perkataan yang sangat besar maknanya dalam kehidupan kita..

but ape kaitannya dengan ' kenapa bila ada kita tak pernah hargai?'

situasi 1:
seorang cucu tak suka akan datuk/nenek nya..
or anak tak suka parents dia

persoalannya;
kenapa tak suka?

alasan di beri ;
not open minded..
leceh la orang tua...
eee tu la .. eeee ni la... and eee.. eeee.. eeee

what the hell of the annoying people is it?
gedik terlampau lampau...'sangattt'

jawapan utk alasan;
1] tak open minded? kalo depa open minded hang dok cakap apa? buang tebiat ka apa orang tua ni...
2] leceh la orang tua ni? hang dok cakap lagu ni? awat sok-sok ang tak tua ka?

kaitannya..
hang dok la pot pet pot pett pasai ni en..
penah hang terfikir one day nanti diorang pergi time hang leka?
mungkin hang tak rasa apa sebab hang tak rapat dengan atuk-atuk hang tu...
but kita cakap pasal family isu kan..
kalo parents korang pergi waktu hang leka gila..
how will it happen next ?

bercakap pasal kehilangan parents di usia yang sangat mentah..

sekarang kau cakap kat aku mana datang semua yang ada kat hang hari ni..
baju
seluar 
dari yang kecik ke besar , dari yang dalam keluar..
handphone...lp.. and other of gadjet and so on..
tak payah pk mahai-mahai na..
susu yang kau minum waktu kecik asal dari mana?

bukan parents kau?
walau sebesar zarah skali pon.. waktu kecik hang tak boleh tipu yang kau tehutang budi dengan insan yang berperanan sebagai 'parents'

kau cakap kau keja.. and kau beli guna wet kau sendiri..
errr sorry la .. cuba kau fikir balik...
baju yang hang pakai before hang pegi interview mana-mana tu datang dari mana?
hang cilok kat lubuk sampah ka?
hang rembat orang lain punya?

and yang paling penting..
kalo parents kau tak de.. kau wujud tak?
skang da belagak tak semena-mena..
yang kau da besar ke ape ke.. and tak perlu kan parents kau..
try kau jadi mak bapak tengok..
anak-anak hang buat macam tu kat hang..
nak cakap...'sampai hati hang dok wat mak pak hang lagu ni en'
kau ceritakan sampai hatii anak kau?
bukan dulu kau penah wat kat parents kau jugak ke?
sampai hati pulak?

bila tiba masanya :
mereka yang kau perlukan tak ada...
banyak hal nak settle kan..
kau orang kaye?
tak ada masalah wang?
iyeee ke?
tgok sket tawu tak nanti nak uruskan hal-hal wasiat..
hang ada family sedara mara bagai nak tolong hang?
luck kalau dorng amanah..
try tgok berapa ramai yang amanah kat hang?
kena pulak time tu hang tak lepas umuq lagi..

then.. fikir dlu...
sebelum kau cakap apeee sekali pun..
betul ke kau boleh survive tanpa mereka dan mereka?


situasi 2 ;
boyfriend / girlfriend..


persoalannya;
kenapa tak reti nak setia? loyal? ape lagi ek pasal benda ni..
ha! kenape perlu curang?

alasan di beri;
nak cari yang perfect 
nak cukupkan spepat...
muda lagi...

jawapan untuk alasan..;
1] hang tu perfect tak? ke lagi hancuq?
2] bab ni.. hang tu mampu ke nak berspepat bagai?
3] muda? bukan time muda ni ke yang korang kena belajar loyal? then kenapa tak pratiskannya?

kaitannya ;
hang marah dak kalo orang clash ngan hang law alasan 'aku nak yang perfect'
errrr geram en.. dah sayang tahap gaban tetibe nak yang perfect? selama ni tak cukup perfect ke?
macam la si dia tu hebat sangattt .. ni jumpa anjing pun da lari lintang pukang...
nak yang perfect di kata kan...

hello cerita sini habis sini la kan..
Allah jadikan manusia ni berpasangan...untuk saling melengkapi..
then kalo pasangan korang tu da perfect ... buat ape lagi nak berpasang-pasangan?
dia da perfect.. tanpa korang pon die bole survive..
apadahal...kan?

sini habis sini la kan...
nak buat stock bagai.. hang ingat barang ka pa nak berstok-stok ni..
ke hang ingat ni kes beli stok perencah rasa maggie tu ..yang hang bole tibai beli banyak-banyak..
please la weyh.. hati manusia ni hanya 1..
utk di sayangi dan di manjai..
(jiwang karat kau zida)

aku tak faham betul la jika..

keadaan 1;
bf/gf bla cam tu je.. sebab nak g kat bf/gf len..

what the....f..
pastu datang balik kat bf/gf ni coz baru kau nampak dia tu lagi better dari yang kau cari selama ni..
tak ke namenya nak makan penerajang?

bila orang tu tak nak kat kau..
kau cakap tu la ni la..

persoalannya ;
tak malu ke jilat ludah sendiri balik..
eeeuuuuwwww
sangat menjijikkksssskan...

skang baru nak fikir..
asal la aku tak hargai kau dlu..
tu la tamak halobaaaa..kan da melepas..
then skang baru nak seda la.. 

'kenapa bila dia ada aku tak hargai?'
so now, how?





Ahad, 2 September 2012

apa yang akan terjadi di tengah perjalanan kita nanti ?

19taon----------------------------------------------------------------------------------------60taon
anggaran jangka hidup kita..


hari tu en kelas en.farid. dia ada selingan sket la nak end-end of the class tu..

bercerita pasal ..
what do you do now will effect your future
tak percaya apa yang aku cakapkan ni?

aku bukan reti nak ceramah sangat la kan... benda ni aku buat kerana menyedarkan diri sesama kita juga..termasuklah aku yang tak seberapa ni ha..

jom kita fikir balek pasal benda ni..

what do you do now will effect your future..

cam tak nampak kan benda tu..

oke senang cerita lah kan..

situasi 1 :
jika seorang kanal-kanak / xpayah fikir kanak-kanak sangat lah kan... dilahirkan  dengan cukup sifat...
alih-alih dengan tidak semena-mena dia kehilangan tangan kerana bermain mercun ..


persoalannya ;
mampu ke budak tu nak survive for their future?

jawapan ; 
korang fikir sendiri coz benda ni sangat-sangat subjective. 

situasi 2 ;
seorang remaja lelaki .. bebas .. atau sering melakukan aksi-aksi yang tak bermoral seperti merempit or what ever la kan.. tiba-tiba .. accident .. how ? 

kalo ...mati ...
syukur alhamdulillah dia terselamat dari pada berhadapan dengan future kat atas muka bumi ni..
tapi akhirat?
aaa solatnya cukop?
dosanya dah terampun ke belum ?
dosa-dosa yang biasa di lakukannya bagaimana pula?
arak? seks bebas? 
how these thing happened later?
kaw selamat ke kat api neraka?
tak payah cakap kat neraka..dalam kubur selamat tak?

kalo hidup...
kata la tak ada kaki .. tangan.. ke ape-ape je la kan..
bro lu ada berapa lama lagi doh nak hidop ?
You still invisible anymore, what will happen next ?
kau nak kerja apa bro?
orang tak cukop kaki ada ke orang nak bagi kerja..
luck kau kalo kau orang kaya boleh buat tangan/kaki palsu..
tapi kau penah fikir kalau orang tanya kau ..
'bro asal kaki lu tempang?'
'bro asal tangan lu kudung?'
penah ark korang fikir?
nak jawab apa?
'oh aku dulu legend remp-it'
'dlu je ke bro, skang?'
skang hang nak dok jawab apa?

tak kan korang tak nak kahwin kan ?

persoalannya ;
nak sara anak bini makan apa nanti ?
nak hidup macam mana?
tak malu naik pelamin tak cukup sifat ?
<aku tulis ni bukan nak mengata somebody yang mungkin istimewa sejak azali.. cuma ni aku nak bagi peringatan bersamalah...>

jawapan ;
ada hati ada akal kan? fikir lah..


situasi 3 ;
seorang gadis Islam terutamanya..sosial habis.. alih-alih perut buncit..

persoalannya;
apa akan terjadi kat minah-minah ni?
mana pergi balak-balak lu yang janji setia nak sedap bersama?
dah kene tebang ke?

apa akan terjadi nanti ?

bunuh diri?
azab bai.. Laknat Allah free je kaw dapat..
dosa tak terampun.. kau tau tak?
ke kau tak tau thats y kau buat kerja tak senonohkan..
jangan salah kan orang lain tak care pasal kau ..
sedangkan kau dah besar dan boleh fikir sendiri apa akan terjadi... apa effectnya..and so on..

gugurkan kandungan?
membunuh tu bai..
kau da buat dosa zina..kau nak buat dosa bunuh pulak?
larat ke tulang 4 kerat kau nanti nak kene azab kat kubur , to next neraka?

prengnant & buang bayi tu..


comelkan bayi yang tak salah ni..alangkah indah kalau aku dapat pegang si comel ni..die tak salah..kenapa perlu dia di lakukan demikian rupa?

kau penyebab banyaknya kes pembuangan bayi meningkat kat negara kita ni..
then tade sape care pasal bayi tu..
orang keliling tak perasan pon bayi tu..
mati bayi tu kelaparan ..kesejukkan..kesakitan...
cuba hang dulu mak bapak hang buat macam tu apa hang rasa?
sebelum buat fikir dlu..
ni kalo parents hang pukui hang kata depa tak sayang hang..
padahal depa sayang kat hang la depa wat cam tu hang taw?
mungkin hang tataw coz hang tak penah nak rapat dengan depa.. 
hang leka dengan balakssss-balakssss hang tu ja kan..
mana la sempat nak luang kan masa dengan parents..
parents hang busy? depa busy sebab apa?
nak kaya? bukan hang jugak ka yang perabih duet depa tu?
tak bagi barang yang hang nak memberontak bagai..
awat nya lagi? hang miskin..?
then dengan sosial bagai boleh kaya rayakan hang sekeluarga la?
hang ada berapa lama lagi masa nak hidop..
tuka-tuka jantan ni best sangat ke?
jantan yang macam tu taw nak sedap je weyh...
nanti dah bosan dia campak kaw lebih hina dari anjing kurap..
kalau kau ada penyakit..
AIDS.. how?

jawapan ;
fikir la weyh...
angkat tangan doa la banyak-banyak dekat Allah tunjukkan kita semua ni jalan yang benar..
Allah tak kan bantu umatnya yang tak usaha nak perbetulkan diri..
Allah dah janji dengan kita yang dia akan bantu setiap hambanya yang susah...itu janjiNya.. sapa kita nak sangkal DIA..


situasi 4 ; 
gadis yang tak ada kesucian lagi...sosial lebih...
teruskan sosial dan melakukan benda-benda yang di larang kerana percaya yang somebody yang dia syok sangat tu akan jaga dia..

persoalannya ;
iye ke diorang nak jaga kau?

kemungkinan...
seorang lelaki yang jika benar dia sayang kan kau dengan ikhlas...
dia tidak akan menyentuh kau walau kau merelakan..
kerana di hati dia tidak terniat utk merosakkan kau sebelum kau benar-benar jadi milikknya..
jangan mudah tertipu dengan janji romeo dorang..

dengan  dosa yang bertambah-tambah.. 
dengan kesedapan dunia yang kau buat...
dengan hinaan dari orang sekeliling..
dengan perott yang tiba masanya memboyot..how?

kau marah orang hina kau..
kau marah orang pandang serong dekat kau..
kau marah lelaki tu bla bila kau da susah macam ni ( pregnant or berpenyakit )
TAPI...
kenapa kau tak marah bila mereka-mereka tu nak ambil kesempatan kat diri kau?

nampak tak kat mana tahap IQ kau skang?

jawapan ;
meneruskan aktiviti yang hanya sedap dan di beri pinjam oleh Allah di dunia.. tak kemana...
kau juga tertipu dengan tipu daya Syaitan..dan di humban dalam Api Neraka...
fikirlah..

BENDA YANG PALING BERHARGA DALAM DIRI NI ADALAH AKAL..
TAK ADA AKAL & TAK GUNAKANNYA SAMALAH KITA DENGAN BINATANG-BINATANG SEGALA BAGAI...

AKU MANUSIA LEMAH..TAK MAMPU BERSUARA SELANTANG MEREKA.. AKU HANYA MAMPU AJAK MEREKA DAN MEREKA BERFIKIR.. JIKA MASIH BELUM TERBUKA HATI UNTUK BERHIJRAH KE ARAH KEBAIKKAN.. BUKAN HAK AKU UNTUK MEMAKSA KAU DAN KAU . 

AMBIL APA YANG AKU KATA KAN NI SEBAGAI PERINGATAN BERSAMA..
SAYANG AKU PADA SEMUA INSAN TERUTAMANYA KITA SAUDARA SEISLAM..TAK KIRA LELAKI DAN PEREMPUAN...
JIKA KAU NAK BERUBAH JADI BAIK... IKUT JALAN YANG BETUL..

APA YANG KITA LAKUKAN SEKARANG AKAN EFFECT APA YANG AKAN KITA HADAPI MASA AKAN DATANG...

SEKIAN...

from...
writer