Khamis, 31 Mei 2012

Snow White And The Huntsman


Snow White And The Huntsman 
31 May 2012 
4.30 p.m 
GSC SUMMIT USJ 

Best ! 

style dia lebih kurang series twilight la . 
aku pulok memang layan ..
Twilight
v
v
v
v
v
Breaking Down II 
(sedang menunggu tayangan)

tapi agak pening jugak la sebab camera dia banya pusing-pusing..
tapi so far so good !
=HAHAHAHA=

peneman setia adalah
Bulat
&
Qila Adam

Thanks korang yeh !

aku tengok trailer die skali je kut.
tup tup Hari ni aku dapat tengok !
terima kasih

xoxo
muahmuahmuahmuahhhh

Rabu, 30 Mei 2012

sudah cukup sudah ...



aku dengar lagu ni kisah betul .
tapi tataw la kan sejauh mana tahap kebenaran kisah tu.


kau & aku

Seringkali teringin mengucapkan kisah kau & aku .
Tapi aku tak sekuat mana untuk memberitahu semua tentang kau & aku .
Aku takut antara kau & aku adanya penghalang .

psssstttttt..apsal aku jiwang sangat ni ? 
=HAHAHAHA=


aku inginkan suatu hari nanti kau & aku kecapi apa yang di idamkan selama ini .
Wah ! jiwang skali lagi..
apekes aku ni?
terlebih dosssss ke hape ?
=HAHAHA=

xpelah jiwang pon jiwang asalkan keluar seluruh pelusuk hati ayat-ayat aku ni .

tiap kali ku habiskan tanggungjawab 5 waktu ku ,
pasti , pasti aku angkat tangan & berdoa yang baik-baik untuk semua ahli keluarga aku termasuklah KAU !
kerana ?
Aku ingin suatu hari nanti keluarga ku menerima kekurangan diri mu & perhubungan kita jika kau adalah jodoh ku yang telah ku cari ...mungkin...

Ahad, 27 Mei 2012

Idaman vs mampu ?

So bila dah tengok harga sebulan nak bayar Mitsubishi Lancer Evolution X selama 9 tahun pinjaman bank hari tu adalah RM 3,481.92 . Aku rasa aku tak nak membazir sangatlah pasal ni. Bukannya Apa  dari bayar tinggi-tinggi nilai dia ada baiklah saving lagi baguskan..

oke.. sekarang ni tukakan DARI ...


menjadi ...


PROTON INSPIRA 
sama kan? 
tak sama ? tak sporty ?
ada duet semua jalanlah.
apa nak di kecohkan pasal sporty..
tukakan menjadi..


amacam?
hah? macam kereta promotion ?
oi oi cakap baik siket .. 
macam kereta geng-geng drift adalah..
=AHHAHAA=


boleh je kan ?
ape lagi ?
tak nampak tiptop & jerung nya ?
apa susah.. g je bangkel kereta yang mewah-mewah..
angkat kasi tuka la muka depan sket..
ada duit jadi je .
kalau tak da duit ? senyap je la. nak banyak bunyi plak.
=HAHAHAHA=


PROTON INSPIRA R3 .
banyak songeh lagi ? 
beli lah EVO sebijik puaskan hati kalau tiap-tiap bulan kena makan bercatu. haha..

aku dengar Cost kereta Proton Inspira di Semenanjung  dalam RM 90,000.00 .
ni link :
katalah macam aku. enjin aku tak berape nak kisah lah kan kemantapanNya. yang penting body mesti Mantap. 

Anggaran R3 RM 9,000.00 menurut:

So katakan total / sum insured value =
RM 90,000.00 + RM 99,000.00
=
RM 99,000.00 sahaja

jimatkan ?

ha tu la . dah den kobakan..
=tetibojo=
=HAHAHAHAHA=

so berapa kena bayar setiap bulan ?

Meh sini ikut jalan kerja aku :

Insured Value = RM 99,000.00 
Down Payment (minimum 10%) = RM 9,000.00
Balance = RM 90,000.00
Interest Bank (anggaran 3%) = RM 90,000.00 * 0.03 = RM 2,700.00 setahun
Jangka Pinjaman 9 Tahun , so, Total Interest Bank = RM 2,700.00 * 9 = RM 24,300.00

Jadinya :
    Balance + Total Interest Bank = RM 90,000.00 + RM 24,300.00 = RM 114,300.00

Jumlah Dibayar Setiap Bulan :
 RM 114,300.00 / ( 9 * 12)  = RM 1,058.33 sahaja .

JIMAT RM 2,423.59

ni pon kalaulah gaji aku RM 4,000.00 ke atas suatu hari nanti ..









Sabtu, 26 Mei 2012

Berangan atau fikirkan masa depan ?

aku rasa mesti ada orang kata blog aku ni blog yang kuat berangankan ?
So ?
aku cuma nak tekankan kat sini . 
tak salah aku nak "berangan" untuk masa depan aku.
sekurang-kurangnya dengan apa yang aku tulis ni , dengan apa yang aku "berangan" kan ni , aku tahu berapa gaji yang sesuai untuk aku hidup dengan selesa nanti . 
aku peduli apa kalau orang fikir aku kuat berangan ke apa.
ini impian lah weyh.
ini gambaran aku.
dengan ni aku tahu yang aku perlu :

bekerja keras lagi .
usaha lagi untuk berjaya !
Usaha sehingga aku dapat jadi apa yang aku impikan !

siapa korang nak judge aku macam-macam ?
ini cara aku untuk sedarkan diri aku bukan senang nak hidup senang. 
*take note !
BUKAN SENANG NAK HIDUP SENANG !


Gaji ? ? ? [2]

sambungan ...

katalah pulak aku hanya guna kereta yang sedia ada iaitu my lovely lolita Putra =)

Tak payah nak bising-bising nak bayar duit kereta setiap bulan. hanya perlu risaukan maintenance dia je..
dan katalah aku hanya ditugaskan bayar rumah shah alam sahaja sebab aku duduk situ sorang pulak tu.

Maintenance & service [kereta]: RM 700.00

Rumah : RM 500.00

Savings (minimum) : RM 500.00

Minyak Kereta : RM 400.00

Stock makanan : RM 250.00

Parents : RM 400.00

ToTal : RM 2,750.00

Gaji selesa untuk hidup : RM 2,800.00


kalau ikut http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1104 insyaAllah lepas dah ni..


Cara Nak Kira Bayaran Kereta Setiap Bulan

duduk diam-diam tadi aku terfikir berapa lah bayaran bulanan jika aku nak pakai kereta Mitsubishi Lancer Evolution X . Harga mengikut Mitsubishi Motor


List Price : [ Individual Private ]

Selling Price : RM 329,093.10
Road Tax : RM 379.00
Registration Fee : RM 300.00
H.P Ownership Claim : RM50.00
Inspection & Handling Fees : RM 200.00
Number Plates : RM 50.00
On The Road Price without Insurance : RM 330,072.10
Insurance : RM 8,815.90
On-the-road Price With Insurance : RM 338,888.00
Insured Value : RM 329,000.00


So, ada duit ke nak beli cash kereta sebijik ni ?
Mesti pinjam bank jugak kan nak beli kereta ni ?
So macam mana nak kira berapa tiap-tiap bulan nak kena bayar untuk kereta ni ?

Macam aku, seriusly aku tak suka terikat dengan loan lama-lama . Tapi nak beli kereta cash ? aku rasa kurang bijak kot . Sebabnya ... sebabnya... aku ada sebab tapi tak terkeluar pulak time aku nak tulis entry pasal ni..
=HAHAHA=

So berapa tiap-tiap bulan nak bayar ?

Ni formula nak kira untuk korang & aku habiskan duit beli kereta yang di idam & di mimpikan selama ni ..

Total / Insured Value : RM 329,000.00


Down Payment : RM 32,900.00 [ yang aku tahu minimum 10% dari Insured Price ]

So, ada lagi balance = RM 296,100.00


Interest Bank [ setahun ] : RM 296,100.00 * 3% (percentage mengikut peredaran semasa bank)
                                        RM 8,883.00
Jangka masa nak pinjam dengan bank [ maximum kalau tak salah aku 9 tahun tapi ada yang kata 11 tahun]

Katalah nak buat pinjaman dalam masa 9 tahun sahaja :

Interest setiap tahun darabkan dengan jangka masa pinjaman :

RM 8,883.00 * 9 = RM 79,947.00

So RM 79,947.00 ni adalah interest dengan bank !

Kemudian : Interest dengan bank tadi + dengan balance harga kereta tadi :

RM 296,100.00 + RM 79,947.00 = RM 376,047.00


Inilah harga kereta yang kena bayar lagi dalam masa 9 tahun .

Untuk mengetahui harga kereta yang di bayar tiap-tiap bulan :

RM 376,047.00 / [ 9 * 12 ] = RM 3,481.92 sebulan [setiap bulan]
( 9 * 12 untuk mengetahui berapa bulan dalam masa 9 tahun)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

RM 3,481.92 hanya untuk bayar kereta ? ? ?

MAMPU KAH ?


bersambung di entry : http://zidafira.blogspot.com/2012/05/gaji.html






Gaji ? ? ?

Bila sebut pasal gaji, semua orang nak gaji banyak en . Aku pon nak gaji banyak . Bohong ! sape yang tak nak gaji banyak tu .

Tadi dah cerita pasal kereta idaman yang nak di miliki sangat-sangat kan ?

 RM 3,481.92 hanya untuk bayar kereta setiap bulan .

Berapa agaknya gaji yang patot aku ada untuk stabilkan hidop aku ?

perkara yang paling penting ! saving pasti ada .

Ni cara aku kira / anggaran (gaji) & cost aku hidup waktu bujang .

katalah nanti aku hidup bujang . dapat kerja sekitar Shah Alam. So duduk lah rumah mak ayah aku . Kalau time tu mama ngan ayah dah balik kampung ? kenalah aku yang teruskan bayar rumah pulak kan .

Yang pastinya kalau aku duduk rumah di Shah Alam tu tanpa mama ayah aku , paling-paling pun aku akan angkut kawan-kawan aku duduk sekali rumah aku . Tapi tak ramai lah. Maximum 3 orang (termasuk aku) sebab bilik ada 3 je . dan yang pastinya setiap bilik sorang. kalau diorang nak kongsi bilik dan nak meramaikan rumah aku . aku tak kisah tapi haruslah ikot setiap syarat-syarat dalam rumah aku !
=HAHAHA=

oke berbalik pada tajuk .

Bayaran rumah untuk aku : Rumah (Shah Alam, katalah RM 150 seorang) + rumah Seremban (RM700) = RM 850 


Bayaran elektrik & air (setiap sorg) = RM50


Saving (minimum) = RM 500

Makan & Minum = RM 350

Minyak Kereta = RM 800

Service / etc Kereta (saving) = RM400

stock makanan (individu) = RM 100


Parents : RM 400


Kereta : RM 3,481.92 = RM3,500.00


Total : RM 6,950.00


Gaji yang betul-betul selesa untuk hidup macam ni : RM7,000.00



Kalau starting kerja . janganlah nak berangan nak hidup senang lenang macam ni weyh.. 






Kira GPA & CGPA korang

Awal-awal masuk UiTM sumpah aku pening cara nak kira pointer, sampailah suatu hari tu ada sesi Modul . waktu tu aku masih part 1 .

Yang sebenarnya aku tak faham pon apa yang Encik tu terangkan . Tapi aku senyapkan aje sebab aku tahu kat pakcik google / kawan-kawan aku akan terangkan dengan lebih lanjut..

So take note pada sesiapa lagi yang tak reti-reti kira GPA / CGPA hangpa . rujuk-rujuklah sini okeyh..


benda ni example sahaja . Bukan gred aku


ni korang punya Gred :

A  +  : 4.00
A      : 4.00
A  -   : 3.70
B +  : 3.30
B     : 3.00 
B -   : 2.70
C +  : 2.30
C     : 2.00
C -   : 1.70
D +  : 1.30
D     : 1.00
E     : 0.70
F     : 0.00

Keputusan Semester 1
SubjectKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai 
 
1Programming For Engineers3B3.009.00 
2Statics3B3.009.00 
3Thermodynamics I3A-3.7011.10 
4Laboratory I2A-3.707.40 
5Calculus2B-2.705.40 
6English For Academic Communication2B-2.705.40 
7Islamic And Asian Civilization I2B+3.306.60


Pengiraan GPA Bagi Semester 1 :-
GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit

GPA=9.00+9.00+11.10+7.40+5.40+5.40+6.60
3+3+3+2+2+2+2

GPA=53.90
17

GPA sem 1=3.17


Keputusan Semester 2
SubjectKreditGredMata NilaiJumlah Mata Nilai 
 
1Dynamics3B3.009.00 
2Engineering Drawing3B+3.309.90 
3Material Science3C-1.705.10 
4Engineering Mathematics3B-2.708.10 
5Islamic And Asian Civilization II2B-2.705.40 
6Swimming I1A4.004.00 

Pengiraan GPA Bagi Semester 2 :-
GPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai
Hasil tambah semua kredit

GPA=9.00+9.90+5.10+8.10+5.40+4.00
3+3+3+3+2+1

GPA=41.50
15

GPA sem 2=2.77 
 

Sekarang anda dah tahu macam mana nak kira GPA. Sekarang kita tengok pulak cara nak kira CGPA.
Pengiraan CGPA Bagi Semester 1:-
Untuk semester pertama, nilai CGPA dan GPA adalah sama kerana purata diperoleh dengan mengira keputusan satu semester sahaja iaitu semester 1. Oleh itu CGPA = GPA untuk semester pertama sahaja.
CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

CGPA=53.90
17

CGPA sem 1=3.17 
 

Pengiraan CGPA Bagi Semester 2 :-
 Pada semester kedua, nilai CGPA diperoleh dengan mendapatkan purata bagi keputusan kedua-dua semester iaitu semester 1 dan 2.
CGPA=Hasil tambah semua Jumlah Mata Nilai bagi semua semester
Hasil tambah semua kredit bagi semua semester

CGPA=53.90+41.50
17+15

CGPA=95.40
32

CGPA sem 2=2.98





Khamis, 24 Mei 2012

ilyfes

orang nak kata aku KID2? 
bia la aku kid pon yang sebenarnya aku sayang kaw !

hati aku dah penuh dengan PAROTTTT tolonglah jangan tambahkan lagi !
aku tak nak!

Saketttt !!!

*kausukatengokakunangissebabkawkan
thanks

terluka terguris tragis ='(

sedeyh gila weyh..
sport rim kesayangan aku kat kereta kesayangan aku 
dah tak lawa !
huwaaaaaaaaaaaaa~~

tadi aku nak parking side kononnya nak rapat sket ke tepi takot lori-lori besar lalu bergesel ngan kereta aku..maklomlah kereta kesayangan la kata kan.
<biasanya OKE je tak terjadinya apa-apa>

TAPI... 
sesuatu yang tidak dijangka berlaku !

v
v
v
v

sport rim aku bergesel dengan divider !
sumpah aku takot nak tengok!
sumpah aku seram nak tengok keadaan sport rim aku!
hati berdebar-debar gila !

bila tengok je sport rim aku...
v
v
v

weyh sumpah aku suka & sayang gila rim ni tapi ni la jadinya...
v
v
v




oh my ... remuk hati ku
TERLUKA TERGURIS TRAGIS
jadi pengajaran sangat kat aku dah..supaya bawa lebih berhati-hati..
walupon aku bawak perlahan je tadi.
=huhuhu=


then aku sampai rumah cerita la dengan mama ..

mama aku memula terkejut coz dia ingat body kereta semua habis.. kra dia ingat macam aku ni minor excident la.. bila aku tunjuk gambar..

ayat maut keluar..
"tulah.....laen kali bawak laju lagi" ">

yang lagi makan dalam dan menyentap-nyentap jantong aku ... ni ayat dia ..
"ahaahaha tak pe.. kereta kau .. bukan kereta mama atau ayah.. buat sendiri tanggong sendiri la"
maaaaa samapi ati...">
[tapi tak terluah nanti kena lagi ayat-ayat pedas]

ni la gambaran aku tadi :

pastu aku call ayah aku .. just nak bagitahu jelah.kang kate dah kene senyap je.. 

kesannya :
"tak pe lah .. janji yun tak de pape. teruk sangat ke?"
tapi en sempat lagi soalan cepu mas : "KERETA SAPE??"
[oke waktu ni suara dia jelas terkejut..maybe dia ingat kereta dia la kot yang kena . bila tahu bukan kereta dia suaranya back to normal]
lega...

then ayah suruh aku mms dia gambar rim ni.. aku pon sent la mms ...
v
v
DELIVERED 
v
v
tit tit tit tit
ayah:
"alaaaa siket je ! haha"

aku rasa macam muka ni tetepek kat cermin kaca !

siket dia kata ??

hati aku terguris terluka bagai nak gila . 
siap nak nangis lagi .
huwaaaah ! dia kate siket !
mentang-mentang bukan kereta dia..


GUA SAYANG HARTA BEB !
GUA HARGAI APA YANG ORANG BAGI KAT GUA !
GUA TRY JAGA BAIK-BAIK !
REMUK HATI GUA BILO TENGOK BARANG GUA SAYANG CAM NI JADI EH !










Rabu, 23 Mei 2012

makan malam ni apa erk ?







barang baek bro.. =)
this is the best bro .. best bro..
^0^

Steak Kambing Frozen

[ ni yang dah masak & complete set la kan]
BUT...
aku tak jual yang dah siap ni , mungkin kalau tempahan banyak boleh dipertimbangkan kot & aku boleh bincang dengan mama & ayah aku 
^_^

[yang ni plak yang aku JUAL . FROZEN]
dalam 1 packet yang besar tu ada 10 keping daging kambing yang dah siap perab & dipotong mengikut potongan steak .


[yang ni waktu aku masak Steak Kambing ni untuk Dinner Family aku]
besar ni la setiap 1 potongan steak kambing ni
biasanya aku makan kat kedai 2 keping sedap2 perot aku je kan
=HAHAHA=
(perot aku besar siket)
THEN..
bila aku makan yang ni.. weyh 1 keping pon aku da kenyang !
rasa rempahnya kelas kaw maria haha..

Kuantiti & Harga:
RM50 <package>
lebih kurang nak 2 kg la (10 keping , mengikut potongan steak)

RM6
Each Slice ( 1 keping potongan steak )

Kelebihan :
Dah siap perap
tinggal masak/bakar & makan sahaja


*TURUT MENERIMA TEMPAHAN MAJLIS-MAJLIS
*HARGA TAK TERMASUK COST PENGHANTARAN



Kalau berminat boleh PM aku kat Facebook aku .
ni link dia :

*PM aku kat facebook then kalau nak nombor fon later on aku bagi

^_^


Karipap [Home-Made Curry Puff Frozen]





Sesiapa yang teringin nak MENCUBA 
Home Made Curry Puff Frozen 

INTI : DAGING+ KELEDEK 
INTI : DAGING + KENTANG 
INTI : SARDIN + KENTANG

KUANTITI :
14 biji (bertapawe)

HARGA :
RM6 
(terus dihantar ke rumah *seksyen 27 & 28 Shah Alam)
RM5
(ambil kat rumah aku)

*Harga tidak termasuk POSTAGE 
[menggunakan kaedah POS]
KAMI JUGA TURUT MENERIMA TEMPAHAN

*lokasi yang dihantar :
*POSTAGE dilakukan mengikut kuantiti tertentu 
KALAU BERMINAT 
ni link FB aku :



Cuba beli dan rasa 
tak beli tak tahu rasanya
tak rasa, tak tahu sedap ke tidak 
^_^

PENGEDAR AMAT AKU ALU-ALUKAN

KEPADA :
rakan-rakan yang telah membeli product tangan mama aku ni..
thanks sangat kerana sudi membeli dengan aku
dan aku harap korang puas hati dengan Home Made Curry Puff Frozen mama aku buat ni

TERIMA KASIH 

ikhlas: zidafira